CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2206|Reply: 11

[Tempatan] {1}Giliran wartawan yg melapor pula diragut !

[Copy link]
Post time 25-8-2013 06:32 AM | Show all posts |Read mode
Wartawan Sinar Harian diragut dalam stesen minyak

24/08/2013 10:00pm

BUKIT MERTAJAM - Seorang wartawan akhbar Sinar Harian edisi Utara disamun seorang lelaki ketika berada dalam sebuah stesen minyak di
Jalan Tenggiri, di sini hari ini.


Siti Nur Mas Erah Amran, 29, berkata, kejadian samun itu berlaku pada 4.50 petang ketika beliau sedang menggunakan perkhidmatan wi-fi percuma di dalam stesen minyak tersebut.


"Saya baru selesai membeli barang di kedai serbaneka tersebut dan duduk di meja yang disediakan untuk menyiapkan tugasan yang perlu dihantar.

"Tiba-tiba, seorang lelaki bertopi keledar datang dari bahagian rak roti di belakang saya dan terus mengambil dompet yang diletakkan di atas meja sebelum melarikan diri dengan motosikal," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis ini Balai Polis Seberang Jaya, di sini hari ini.

Katanya, kejadian itu berlaku dengan pantas dan beberapa pelanggan di dalam kedai serbaneka tidak sempat berbuat apa-apa serta gagal menghalang lelaki berkenaan. - Bernama

p/s wartawan yg tiada data plan....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2013 06:37 AM | Show all posts
Bodoh betulll dlm keadaan jenayah yg berleluasa ni dia blh expose purse dia gitu je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 07:00 AM | Show all posts
Dia wartawan, dan dia selalu ke tempat kejadian..

Bagaimana dia tidak mengambil iktibar terhadap apa yg berlaku seperti yg dilaporkan oleh dia?

Apa-apa pun aku ucapkan simpati dan syukur.

Simpati dgn apa yg berlaku.

Syukur kerana tiada darah yg 'tertumpah'
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 07:37 AM | Show all posts
ni nk panggil Siti, Nur, Mas, Erah ke ape?
punyela byk nama..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 10:04 AM | Show all posts
malaysia ku aman damai...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 10:09 AM | Show all posts
batmana posted on 25-8-2013 07:37 AM
ni nk panggil Siti, Nur, Mas, Erah ke ape?
punyela byk nama..

semua boleh kecuali amran...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2013 10:55 AM | Show all posts
wartawan kena pg mamak lepas ni.. tak blh duk stesyen minyak..

by the way stesyen minyak ada wifi ke? ke dia pg stesyen minyak yang ada fast food?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 11:34 AM | Show all posts
kesian sheols... semoga bertabah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2013 12:09 PM | Show all posts
malaysiaku aman damai.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 12:38 PM | Show all posts
semoga tabah
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 01:41 PM | Show all posts
Hadap sangat menda percuma..rugi bape dah..

Len kali subscribe data plan ye kak


Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 02:00 PM | Show all posts
tetiba teringat plak beberapa tahun aku nk gi interview kt mane ntah aku pun lupe tp yg aku ingat ms tu aku berenti kt KL sentral makan mekdi kt situ. dgn selamba badaknye aku letak handbag aku atas meja. dtgla sorg auntie india ni nasihat kan aku, 'adik jgn letak handbag mcm ni nnt senang orang ambik'. so aku pun tersedar la n until today handbag aku letak bawah meja or atas riba je.

Thank you auntie atas nasihat yg sgt berguna itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.050363 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list