CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1430|Reply: 0

[Jenayah] Dua sahabat dijel, sebat

[Copy link]
Post time 23-8-2013 10:59 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Tinggi di sini, semalam menasihatkan bekas juruteknik sambilan dan pembantu jualan agar mencari rezeki tanpa bermain dengan dadah setelah tamat menjalani hukuman penjara kelak.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi berkata, kedua-dua tertuduh itu sepatutnya berterima kasih kepada pihak pendakwaan kerana menggunakan budi bicara mereka meminda daripada tuduhan mati kepada penjara.

“Pendakwaan mengeluarkan tali gantung daripada leher awak berdua. Saya harap kamu berdua betul-betul insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu,” katanya.

Ahmadi memberi nasihat itu selepas menjatuhkan hukuman penjara masing-masing lapan tahun dan 10 sebatan terhadap Ahmad Al- Auza’ei Mohd Safian, 23, dan Mohd Shahril Reza Md Sadiran, 22, selepas mereka mengaku bersalah kerana memiliki 957 gram ganja, tiga tahun lalu.

Beliau memerintahkan kedua-dua mereka masing-masing menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 14 Mei 2010.

Mereka mengaku memiliki dadah itu di luar restoran Al-Bidayah Jalan Serawak 19, Taman Sri Andalas, Klang, jam 8.30 malam, pada 14 Mei 2010.

Ahmad dan Mohd Shahril bersalah mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39 A(2) akta sama.

Sementara itu, Akmal Hakim Latip, 24, dilepaskan dan di bebaskan, selepas pihak pendakwaan menarik semula pertuduhan itu terhadapnya.

Sebelum itu, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali berkata pengakuan salah anak guamnya telah menjimatkan masa mahkamah.

Menurutnya, anak guamnya telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

“Ini merupakan kesalahan pertama yang dilakukan oleh kedua-dua tertuduh dan tiada jenayah lampau dilakukan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Faradziah Kasah dalam hujahnya berkata umur muda bukan halangan untuk menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh kerana mereka tidak menghormati undang-undang.

Beliau memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kepada kedua-dua tertuduh agar dapat memberi pengajaran kepada mereka berdua.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.034999 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list