View: 4446|Reply: 32
|
[Tempatan]
dapur sekola puteri meletop..
[Copy link]
|
|
Lima Pelajar SMK Puteri Seremban Cedera Apabila Gas Dapur Mudah Alih Meletup
SEREMBAN: Lima pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri di sini melecur di tangan apabila gas dapur mudah alih yang digunakan mereka untuk memasak sempena Hari Kantin Sekolah meletup pagi Rabu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, pelajar berkenaan dikatakan sedang cuba 'menghidupkan' dapur itu apabila ia tiba-tiba meletup dan apinya menyambar mereka.
Kesemua mereka dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini dan keadaan mereka dilaporkan tidak serius.
Pihak bomba dan penyelamat yang menerima panggilan berhubung kejadian itu menghantar dua jentera bersama 17 anggota dari balai Seremban dan Seremban 2 serta pasukan forensik.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Johari Ahmad yang ditemui di tempat kejadian berkata ketika pihaknya sampai, api telah dipadamkan manakala para pelajar berkenaan telah dikejarkan ke hospital.
Beliau berkata siasatan mendapati kejadian itu berpunca daripada gas dapur mudah alih yang meletup.
Sementara itu Pengarah Pelajaran Negeri Kalsom Khalid berkata beliau telah mengarahkan semua aktiviti berkaitan memasak di sekolah itu dihentikan serta merta.
"Saya telah meminta semua pelajar hanya menjalankan aktiviti yang tiada kaitan dengan masak-memasak. Guru-guru akan memantau sehingga program ini selesai pada hari ini.
"Kita akan menunggu laporan lengkap kejadian daripada pihak bomba dan juga polis sebelum mengambil tindakan selanjutnya," katanya.Beliau berkata lima orang pelajar terbabit masih berada di hospital sementara menunggu rawatan dan pengetua mereka akan ke hospital untuk berjumpa mereka dan ibu bapa mereka.
"Dalam hubungan itu, keselamatan adalah perkara utama yang kita harus ambil kira. Untuk itu kita akan teliti semula untuk membenarkan aktiviti memasak semasa Hari Kantin Sekolah dan sebagainya supaya perkara ini tidak akan berulang lagi.
"Saya harap dapat berjumpa dengan semua pengetua dan guru besar dalam masa terdekat untuk memaklumkan perkara ini. Jadi, saya memberi nasihat kepada pihak sekolah untuk mengambil tindakan dari segi keselamatan pelajar, kita akan maklum pada sekolah," kata Kalsom. - BERNAMA
psst : sekolah aku dlu nii..ish2..
Last edited by missyqaldina on 21-8-2013 05:00 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
kemalangan tak berbau..... |
|
|
|
|
|
|
|
masing2 kat umah penah memasak tak ni? |
|
|
|
|
|
|
|
calling for @Syd ..budak2 skolah ex-convent seremban |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha
huntung laa kan?
pak ai keje jadik gad sekolah tu, terus lekat sekolah tu ai yang punye
|
|
|
|
|
|
|
|
kat sekolah lama tuh, tak penah pung meletup apa
ok jahh kalau dorg masak
dari jauh dah bau wangi |
|
|
|
|
|
|
|
huntung laaaaa
MB misai kontot datang melawat katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 21-8-2013 05:13 PM
hahahaha
huntung laa kan?
tuan punya sekolah dah mai
|
|
|
|
|
|
|
|
arasham posted on 21-8-2013 05:15 PM
tuan punya sekolah dah mai
bapak = gad
mak = keje kantin
anak = tuan punye sekolah
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 21-8-2013 05:17 PM
bapak = gad
mak = keje kantin
family bisnes
|
|
|
|
|
|
|
|
sekolah anak2 org ternama kott niii... sampai MB pun turun padangg... |
|
|
|
|
|
|
|
masa skola dulu aku jual lolly pop je smpai berjalan2x. paksa budak2x beli..
and budak2x chines india tukang buat lukisan kat muka2x customer yang datang,... charges 50 sen hingga seringgit..
senang.. tak payah nk masak bagai.. oke je. laku je.. balik la modal juga hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 21-8-2013 05:17 PM
bapak = gad
mak = keje kantin
mb misai kontot tu ex sekolah mak cik nak oi..
|
|
|
|
|
|
|
|
arasham posted on 21-8-2013 05:40 PM
mb misai kontot tu ex sekolah mak cik nak oi..
nak tgk tv laa malam kang
kot2 ada kuar gambo cikgu mazlan yang ensem tuh
hahahah
|
|
|
|
|
|
|
|
arasham posted on 21-8-2013 05:40 PM
mb misai kontot tu ex sekolah mak cik nak oi..
errk..lupo nak tanya..
sekolah mano yo makcik sayam?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dan2 bile ade kes nk lepas tangan.
Saya ada beritahu supaya aktiviti memasak tidak dijalankan.
Cis, kalau ade cemerlang lak semua hasil usaha korang kan |
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 21-8-2013 05:42 PM
errk..lupo nak tanya..
sekolah mano yo makcik sayam?
sekolah abam hattan tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejadahnya meletup!
Salah perkataan utk kejadian di atas..
Aku rasa 'disambar api memasak' lebih tepat daripada meletup..
Kalau meletup, dah matilah bebudak tue...
Apalaa punye wartawan..
p/s: Aku baca je aku dah dapat gambarkan apa yg berlaku sebenarnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|