View: 18723|Reply: 141
|
[Jenayah]
Altantuya UPDATE: Azilah tinggalkan Penjara Kajang, Sirul dibebaskan dari Pen...
[Copy link]
|
|
Kes Altantuya: Keputusan Jumaat ini
http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-altantuya-keputusan-jumaat-ini-1.193437
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini akan mengumumkan keputusannya Jumaat ini berhubung rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas polis yang disabitkan kesalahan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Ketika dihubungi hari ini, peguam Datuk Hazman Ahmad, yang mewakili bekas cif inspektor Azilah Hadri, berkata beliau menerima notis daripada pendaftar Mahkamah Rayuan tentang tarikh pengumuman penghakiman kes itu.
Pada 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabitkan kesalahan dan menjatuhi hukuman mati terhadap Azilah, 34, dan bekas koperal Sirul Azhar Umar, 39, kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 apabila pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Setelah mendengar rayuan mereka selama dua hari mulai 24 Jun tahun ini, panel Mahkamah Rayuan, yang dianggotai hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, menangguhkan keputusan mereka. - Bernama
Last edited by DTECCONAN on 23-8-2013 04:37 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
keputusan yang sangat tepat dan boleh dipercayai......
mahkamah adalah satu lambang keadilan dan kebijaksanaan tapi bila ianya bercampur gaul dengan politik, yang bijak akan nampak sgt dangkal....... ini kes yang berprofil tinggi dan membabitkan rakyat negara asing yang mana ianya sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap pandangan negara luar terhadap negara kita..... adakah sistem penghakiman kita cukup telus dan amanah untuk kes ini???????
dalam negara, kita disogokkan dengan kata-kata pujian dari negara luar yang dilaung2kan oleh para menteri dan PM kita sendiri tapi adakah itu realiti sebenar yang berlaku?????????? adakah kita cukup naif untuk memahami yang hakikat sebenarnya adalah imej kehakiman negara kita sudah tercalar dengan kes berprofil tinggi ini.......
apa yang tinggal untuk MEREKA yakinkan kepada rakyat bahawa sistem perundangan kita tidak dicemari oleh isu2 politik????? sedangkan kes yang mendapat liputan media luar negara ini pun tidak mendapat keadilan yang secukupnya dan terlalu banyak persoalan2 yang tidak mampu di jawab dan dihuraikan, maka tidak hairanlah jika kes2 terpencil membabitkan rakyat marhaen akan di 'tong sampah'kan........
sekiranya rakyat marhaen bertanya kepada MEREKA tentang ketelusan dan kebenaran di sebalik semua ini, maka jawapan yang akan kita dapat ialah, TAK SUKA TINGGAL DI MALAYSIA, SILA PINDAH KE LUAR NEGARA......
adakah ini yang kita mahukan sebagai balasan untuk kita menyokong kerajaan selama ini?????
disclaimer: ini adalah pendapat peribadi aku yang hanya memerhatikan senario yang berlaku dari mula kes ini berlaku. ianya tiada kaitan dengan mana-mana parti politik dan bukan bertujuan untuk memprovokasi mana-mana pihak. Last edited by roti_planta on 23-8-2013 10:36 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah bebas Azilah, Sirul dari tuduhan bunuh Altantuya
http://www.malaysiakini.com/news/239077
Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Ini berikutan mahkamah dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pasangan itu.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.
Hakim Datuk Md Apandi Ali mengetuai panel tiga hakim. Bagaimanapun, penghakiman tersebut dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang memutuskan berlaku penyalaharahan yang serius oleh hakim Mahkamah Tinggi.
Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan bahawa Azilah (kiri) berada di Bukit Aman pada masa berkenaan.
Seorang lagi anggota panel hakim tersebut ialah Datuk Linton Albert.
Pada April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaki Md Yassin telah mensabitkan dua anggota polis tersebut atas tuduhan bunuh. Manakala penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan itu.
Pendakwa akan merayu
Azilah diwakili oleh peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican mewakili Sirul.
Timbalan Peguamcara Negara 111, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengetuai pasukan pendakwaraya yang turut dianggota DPP Manoj Kurup dan Noorin Badaruddin.
Altantuya telah dibunuh di hutan Puncak Alam dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Menurut peguam, kedua-dua tertuduh mungkin dibebaskan dari penjara Sungai Buloh lewat hari ini.
Dalam mesej teks, Tun Majid berkata mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya ingin berada di rumah, kata Azilah
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sayainginberadadirumah_kataAzilah/Article/?mutakhir
PUTRAJAYA: Doa Cif Inspektor Azilah Hadri untuk menjalani kehidupan di luar penjara setelah menghuninya selama tujuh tahun akhirnya dimakbulkan setelah Mahkamah Rayuan membebas dan melepaskannya daripada hukuman serta sabitan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Azilah, 37, yang ditemui Bernama sebelum hakim membuat keputusan sempat menyatakan bahawa walaupun fizikalnya tidak berubah sejak didakwa atas pertuduhan itu, namun jiwanya terlalu 'kecil' dan amat berharap akan berada di rumah.
Beliau yang diiringi pegawai penjara sepanjang prosiding, kelihatan terkejut apabila keputusan panel tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Mohd Apandi Ali itu dibacakan.
Koperal Sirul Azhar Umar, yang dituduh bersama-samanya, pula sempat menyatakan "Terima Kasih Yang Arif" sebelum kedua-duanya dibawa keluar dari kandang tertuduh.
Azilah berkata beliau amat bersyukur kerana Allah SWT memperkenankan doanya dan berkata dengan nada suara gementar: "Saya masih lagi berdebar-debar".
"Saya perlu kembali ke Penjara Kajang untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertugas menjaga saya di sana...mereka menjaga saya dengan baik, saya ingin menunaikan solat Jumaat dan urusan lain akan dibuat selepas itu," katanya.
Pada 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabit kesalahan dan menjatuhi hukuman mati terhadap Azilah dan Sirul Azhar yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.
Tunang Azilah, Nor Azila Baharuddin, 35, pula dilihat mengalirkan air mata apabila mendengar keputusan itu.
Beliau menyatakan doanya dan anggota keluarga supaya Azilah dibebaskan telah dimakbulkan Allah SWT.
Katanya sejak mereka bertunang pada 2006, beliau tidak pernah berputus asa dan sering melawat Azilah di penjara seminggu sekali.
"Saya gementar selepas keputusan dibuat, saya seperti tidak percaya. Saya amat gembira kerana inilah saat yang saya tunggu sekian lama. Syawal kali ini amat indah," katanya.
Sejak didakwa pada 2006 dan melalui proses perbicaraan, Azilah dan Sirul Azhar sentiasa menutup wajah mereka ketika berada di luar mahkamah dan kain yang menutup muka hanya dibuka selepas berada di dalam mahkamah.
Pada kebiasaannya, wajah Sirul Azhar kelihatan serius dan lebih banyak menyendiri berbanding Azilah yang ramah dengan mereka yang berada sekelilingnya.
Namun, selepas keputusan mahkamah itu, Sirul Azhar mempamerkan wajah berbeza dengan melemparkan senyuman ke arah anggota keluarganya yang berada di belakangnya.
Ketika ditanya pemberita Bernama sebelum beliau dan Azilah dibawa semula ke penjara untuk proses pembebasan, Sirul Azhar menunjukkan keramahannya sambil menyatakan kesyukuran.
"Bersyukur kepada Allah, semuanya telah selesai. Saya berterima kasih kepada barisan peguam yang membela saya dan ahli keluarga terutama ibu saya yang tidak putus mendoakan. Terima kasih kepada pihak penjara yang menjaga saya dengan baik. Saya berhasrat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini," katanya.
Anak lelaki Sirul Azhar yang berusia 13 tahun, turut kelihatan amat gembira dengan pembebasan ayahnya dan dia yang diiringi dua anggota keluarga terdekat sempat menyatakan amat merindui bapanya.
Bapa saudara Sirul Azhar, Mustapha Samat dari Ipoh berkata sejak Sirul Azhar didakwa, beliau hanya sempat hadir ke mahkamah sebanyak tiga kali dan tidak putus-putus berdoa supaya dia dibebaskan.
Mustapha yang tiba di Kuala Lumpur semalam dilihat menghubungi anggota keluarga untuk memberitahu keputusan mahkamah itu. - BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Azilah tinggalkan Penjara Kajang, Sirul dibebaskan dari Penjara Tapah
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AzilahtinggalkanPenjaraKajang_SiruldibebaskandariPenjaraTapah/Article/?mutakhir
KUALA LUMPUR: Anggota polis, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar meninggalkan penjara masing-masing hari ini selepas dilepaskan dan dibebaskan daripada hukuman serta sabitan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar mengesahkan Azilah meninggalkan Penjara Kajang 11.45 pagi selepas selesai proses dokumentasi.
Koperal Sirul Azhar pula dibebaskan dari Penjara Tapah.
"Azilah balik dari Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk beberapa proses dokumentasi serta mengambil barang kepunyaannya sebelum meninggalkan penjara bersama keluarganya," katanya Zulkifli ketika dihubungi di sini.
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada sebelah pagi, melepaskan dan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada tuduhan membunuh Altantuya tujuh tahun lepas.
Tiga anggota panel hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar terhadap pensabitan dan hukuman. - BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
aku speku..dia tetap bersalah..walaupun atas arahan si polan...dia tetap akan terima hukuman di atas apa yang dibuat |
|
|
|
|
|
|
|
confirm lopas |
|
|
|
|
|
|
|
kes berprofil tinggi paling win di Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
salah atau tak ...isu sebenar tak ketengah ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes sudah lama tunggu.... let see what will happen!
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah sbb kes ni jualan C4 makin meningkat? Mari kita lihat sapa yg kena... |
|
|
|
|
|
|
|
kes yang mana banyak dimanupulasi oeleh sipolan sipolan tertentu....so ada laa pak sanggupnya....ahaks!! |
|
|
|
|
|
|
|
Kes ni biase2 je...takde isu sgt....lgsg tak kejam, tak sekejam Anwart yg meliwat Sepol...itu cukup kejam |
|
|
|
|
|
|
|
PitMie posted on 21-8-2013 10:35 AM
Kes ni biase2 je...takde isu sgt....lgsg tak kejam, tak sekejam Anwart yg meliwat Sepol...itu cukup ...
sarcastic? |
|
|
|
|
|
|
|
-electrifying- posted on 21-8-2013 11:06 AM
sarcastic?
Nope....serious, dead serious.
|
|
|
|
|
|
|
|
PitMie posted on 21-8-2013 12:25 PM
Nope....serious, dead serious.
haha hell yeah |
|
|
|
|
|
|
|
aku berdoa...mereka semua yang dituduh dibebaskan...sebenarnya altantuya yang bunuh diri sendiri,
ambil c4 ikat dibadan dan letupkan sendiri...mungkin dia keciwa dengan hidupnya sendiri dan berhasrat agar jasadnya tidak kembali lagi ke bumi mongolia....sebelum meninggal dia telah mewariskan cincin serta jam tangan kepada pegawai polis tersebut, sebagai kenang kenangan...ala ala...kenang daku dalam doamu... Last edited by lizaliza on 21-8-2013 12:57 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan aritu depa mengaku bunuh ker? ntah ingt2 lupa dah..ada tak sapa2 yg ingt? |
|
|
|
|
|
|
|
pelik ler pulak
sape yg bunuh si tuya ni..
org bunian le yerk.. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la sapa suruh hapuskan ISA, kan depa dah dibebaskan ~ Menteri UMnGoK |
|
|
|
|
|
|
| |
|