Kuala Lumpur, 18 Ogos : “Sejak pagi tadi, sudah beberapa kali saya keluar masuk tandas sehingga badan terasa panas dan sangat lemah, " kata pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah Mohamed Nizarfarid Shamsudin, 17, yang disyaki keracunan makanan.
Dia seorang daripada 54 pelajar sekolah berasrama penuh berkenaan mengadu sakit perut selain ada yang demam sejak awal pagi semalam, menyebabkan mereka dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada jam 9 malam tadi.
Difahamkan, pelajar terbabit dihantar ke hospital dengan bas sekolah kerana mengalami kesan keracunan yang agak serius bagi pemeriksaan lanjut.
Menurut Mohamed Nizarfarid, dia kurang sihat sejak pagi semalam dan mengalami cirit-birit sebelum mengadu perkara berkenaan kepada guru.
“Saya tidak pasti sama ada ia berpunca daripada makanan yang diambil pada malam semalam atau ketika bersarapan pagi tadi.
“Selepas mendapati ramai lagi yang mengalami tanda-tanda tidak sihat dan cirit-birit, pihak sekolah mengambil keputusan menghantar kami ke sini.
"Malah terdapat ramai lagi yang mengalami kesan keracunan bagaimanapun keadaan mereka tidak begitu serius,” katanya.
Sementara itu, pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan pulang lebih awal ke asrama bagi mengikuti kelas tambahan sempena peperiksaan percubaan yang bakal mereka hadapi tidak lama lagi.
p/s penangan e-coli...
|