View: 2546|Reply: 7
|
APA KES : 156 majikan didenda tidak carum KWSP
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Sebanyak 156 majikan yang tidak mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikenakan denda berjumlah RM184,900 oleh mahkamah pada suku kedua tahun ini berakhir 30 Jun.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata jumlah itu turun sebanyak 10.86 peratus berbanding 175 majikan pada suku pertama tahun ini.
Katanya, denda dikenakan adalah untuk kesalahan di bawah Seksyen 43 (2) Akta KWSP 1991, di mana semua majikan dikehendaki membayar caruman bulanan untuk pekerja mereka sebelum atau pada 15 hari bulan setiap bulan.
"KWSP menguatkuasakan peraturan ini untuk melindungi kepentingan ahli (pencarum).
"KWSP berjaya mengesan majikan tidak mencarum hasil penguatkuasaan yang cekap dan ketat serta keprihatinan yang semakin meningkat dalam kalangan ahli untuk memantau majikan yang tidak mencarum melalui i-Akaun dan Kios KWSP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata denda yang dikenakan ialah antara RM6,000 dan RM3,000.
Katanya, mahkamah lazimnya membenarkan majikan yang didenda menjelaskan tunggakan caruman melalui ansuran sehingga enam bulan dan akan mengkreditkan tunggakan caruman ke dalam akaun ahli terbabit setelah semua tunggakan dibayar.
"Setakat 30 Jun 2013, KWSP juga telah mengemukakan nama 272 pengarah syarikat kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang mereka daripada meninggalkan negara sebelum menjelaskan tunggakan caruman KWSP seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 30 Akta KWSP 1991, " katanya.
Nik Affendi berkata oleh itu, ahli digesa supaya menyemak penyata KWSP dengan lebih kerap untuk memastikan caruman KWSP mereka adalah teratur.
"Sekiranya ahli mendapati sebarang keraguan dalam akaun mereka, mereka perlu mendapatkan penjelasan segera daripada majikan atau membuat laporan kepada KWSP dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti slip gaji dan surat pelantikan," katanya.
Katanya, laporan itu boleh dibuat di cawangan KWSP berdekatan atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000 dari 8 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat.
"Ahli juga boleh mengemukakan pertanyaan secara online melalui laman web myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my ," katanya.
Di samping itu, Nik Affendi berkata pihaknya menyarankan agar majikan menggunakan kemudahan e-Caruman yang disediakan melalui i-Akaun bagi membolehkan mereka mengemukakan maklumat caruman secara online dengan selamat.
"Kemudahan e-Caruman adalah selamat dan menjimatkan masa sekali gus meningkatkan kecekapan operasi majikan," katanya. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
depa tak de anggota yang memantau benda nie???? |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha..mmg kewajipan bagi majikan mencarum..sbb caruman tu adalah dari caruman bersama pekerja dan majikan...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg cek tetiap bulan kwsp aku masuk ke tidak.. w/pun company aku ni bagus.. tapi tah nape suker je aku tgk amount yg bertambah2 tu.. w/pun x byk sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
gaara_X posted on 16-8-2013 09:39 AM
depa tak de anggota yang memantau benda nie????
anggota KWSP ke?
ada...kadang2 ada dtg tiap ofis buat gerak gempur
efisyen dah mereka sekarang
|
|
|
|
|
|
|
|
good job, tingkatkan prestasi..... |
|
|
|
|
|
|
|
"KWSP menguatkuasakan peraturan ini untuk melindungi kepentingan ahli (pencarum).
bagus macam tu ....menggunakan wang pencarum ..untuk pelaburan ...ada melindungi tak ..??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|