View: 1907|Reply: 15
|
[Tempatan]
APA KES : Tanya khabar sebelum ragut
[Copy link]
|
|
Antara senjata dibawa suspek.
SIJANGKANG - Empat suspek samun berjaya dicekup polis peronda tidak sampai setengah jam selepas meragut rantai seorang wanita di Jalan Rumbia Batu 8, Kampung Sijangkang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, seorang daripada suspek turun dari kenderaan Kia Carens bertanyakan khabar ibu mangsa dan perihal rumah sewa sebelum meragut seutas rantai emas dipakai wanita terbabit.
Terkejut dengan tindakan itu, mangsa lingkungan 40-an menjerit meminta tolong dan pada masa sama, suspek cuba menghidupkan enjin kenderaan untuk melarikan diri, namun gagal.
Suspek bersama dua rakan subahatnya bertindak meninggalkan kereta berkenaan di hadapan rumah mangsa setelah enjin kenderaan itu gagal dihidupkan.
Mangsa kemudiannya menghubungi polis meminta bantuan kerana bimbang keselamatan terancam sekiranya suspek kembali semula.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, tidak sampai 10 minit sepasukan polis peronda tiba di tempat kejadian dan mendapati empat lelaki menaiki Perodua Viva putih berlegar dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, polis kemudian bertindak mengekori kenderaan terbabit sebelum memintasnya 10 minit kemudian di Jalan Ubi, Kampung Sijangkang.
"Hasil pemeriksaan dijalankan polis menemui sebilah parang, pisang, pemotong besi, dua playar, dua set sepana, lima telefon bimbit, sejumlah wang tunai dan seutas rantai emas putus.
"Semua suspek ditahan dan siasatan awal polis mendapati empat lelaki berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes samun, pecah rumah dan curi selain mendapati positif syabu," katanya.
Beliau berkata, dengan penemuan Perodua Viva dan Kia Carens yang dilaporkan hilang di Bandar Baru Salak Tinggi dan Klang itu, polis percaya ia ada kaitan dengan beberapa kes samun sebelum ini.
"Semua suspek lingkungan 26 hingga 30 tahun itu direman bagi membantu siasatan," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
ape kabo mak sihat tak?
zaassssss!! |
|
|
|
|
|
|
|
nasib dia bukan gayah tua...tanya khabar terus ngep
|
|
|
|
|
|
|
|
mcam2 taktik dia org guna pakai
seram la..
tp tu la kdg2..da sifat semulajd kita bila org bertanya nak jerk menjawab
kdg2 x terpk lak org tu berniat jahat..
susah gak kan..nak tau yg bertanya tu penjahat ke bukan..
biasa jugak tiba2 org bertanya arah jalan atau apa2..aku main jwab jerk..x pernah lak terpk dia org ada niat buruk..
Alhamdullilah..so far smua bertnya ngan baik, x de lg maksud apa2... |
|
|
|
|
|
|
|
mak kawan aku pun kene mcm ni lah jugak. ade org tny jalan pastu zaaassss terus kene ragut rantai emas mak die. pastu ade motor dah standby tunggu plak
jgn salahkan org malaysia kalau pasni org yg betul2 nk tny jalan tp tak dilayan.. |
|
|
|
|
|
|
|
aie..bodonya taktik mcm tu..ni mesti baru berjinak2 nak meragut, sebab lepas raya ramai yang tak berduit dah |
|
|
|
|
|
|
|
mesia nak kena pakai teknologi ANPR (automated number plate recognition) pada setiap kereta pulis.
senang nak tangkap sesapa yg tak bayar road tax, no plet palsu, dan plet2 number yang bermasalah.
Last edited by nexusys on 16-8-2013 10:21 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
x paham...kalo rentap kuat mmg leh putus ek rantai ?
|
|
|
|
|
|
|
|
"Hasil pemeriksaan dijalankan polis menemui sebilah parang, pisang, pemotong besi, dua playar, dua set sepana, lima telefon bimbit, sejumlah wang tunai dan seutas rantai emas putus. Apa ke jadah nye bawak pisang tu??
|
|
|
|
|
|
|
|
namirulmukminin posted on 16-8-2013 10:22 AM
Apa ke jadah nye bawak pisang tu??
pisang yang turut dikebas dari kebun orang tak
|
|
|
|
|
|
|
|
perompak penyamun semakin berbudi bahasa sekarang,
baguslah
budi bahasa amalan mulia |
|
|
|
|
|
|
|
dulu aku kene pun cenggini gak..siap dia bg salam dulu lepas tu trus grab hempon aku time tu aku tgh men game..
|
|
|
|
|
|
|
|
celaka sial punya peragut
buatlah keja berfaedah sikit
ni semua nak dapat duit senang2 je, xmo kuar peluh pon |
|
|
|
|
|
|
|
Taktik ni dh lama org pakai..mak kawan aku kena ragut depan rumah masa tengah sidai kain..org tu buat2 tanya nak cari umah si polan..dlm duk bertanya tu cepat je menyambar rantai pastu zasss ilang.. |
|
|
|
|
|
|
|
namirulmukminin posted on 16-8-2013 10:22 AM
Apa ke jadah nye bawak pisang tu??
Pisang sumber tenaga..nak menyamun x sempat nk makan so makan pisang jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak bole bayangkan kalau ada budak jambu tanya...
Makcik, rumah sewa ni ada wifi x??
Lantas diragutnya segala rantai dan blah...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|