CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

CaHaYa CiNtA ~TaMat~

[Copy link]
 Author| Post time 9-9-2013 01:57 PM | Show all posts
mat_krai posted on 9-9-2013 12:59 PM
damia-nelydia senrose...mantap

hamboiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2013 02:35 PM | Show all posts
Aaron membetulkan tali lehernya. Kemudian dia mencapai buku nota dan ipadnya di atas meja lalu berjalan keluar dari biliknya. Sebaik sahaja pintu biliknya dibuka, kelihatan Adi yang baru muncul dalam keadaan agak kelam kabut.

"Apahal kalut sangat ni?" tegur Aaron lalu berjalan ke arah Adi.

"Meeting kan pagi ni?"

"Kita tanya dia, dia tanya kita balik."

Adi diam. Sesekali dia agak tersenyum sendirian sambil mengemas fail-fail di atas mejanya. Aaron hairan.

"Kau ada sembunyikan apa-apa ke dari aku?" tanya Aaron tidak puas hati.

"Nanti aku ceritakan.. Jom masuk meeting dulu!" kata Adi lalu berjalan menuju ke bilik mesyuarat utama.

"Jangan cakap yang kau dah jumpa ehem..ehem.." Aaron cuba bermain teka teki.

"Hahahaha..dah! Meeting dulu..bawa bersabar sikit.."

Adi menggelengkan kepalanya. Aaron masih tidak puas hati.



                                                                  ********************


Setelah mesyuarat tamat dan bersambung pada minggu seterusnya, Damia membuat keputusan untuk pergi ke klinik dan terus berehat di rumah pada hari itu.

Sebaik sahaja Damia hendak keluar dari pejabat, Fazira sempat memaut lengan Damia.

"Cik Damia nak terus balik ke?"

"Ya. Ada apa-apa hal lagi ke?"

"Maaf ya, Cik Damia. Ganggu Cik Damia saja sampai kena datang juga masuk meeting walaupun tak sihat.."

"Tak ape.. Sekurangnya dapat bertemu dengan mamat handsome tadi!"

"Aaron?"

"No! Adi.. hahahaha" seloroh Damia.

"Ha? Adi? Siapa pula tu?"

"Tak ada apa-apa la.. Nanti kalau ada apa-apa yang penting, mesej saya. Esok kalau saya masih kurang sihat, saya ingat mungkin saya sambung mc lagi.."

"Baiklah, Cik Damia.. take care."

"Thanks.."

Damia sempat mengukir senyuman sebelum melangkah keluar. Begitu pucat sekali wajahnya.

"Oittt!!" Fahrin kejutkan Fazira dari belakang.

"Oiii..terkejut aku! Ko intai erk.." Fazira cuba cubit perut Fahrin.

"Sakit laa.. Eh, aku dengar Cik Damia sebut nama Adi ke ape tadi erk? Sape plak mamat tu?"

"Sebok benor ko ni erk?"

"Mestilah.. bakal isteri aku tu!"

"Gatal! Dah la..malas aku nak layan ko..baik aku buat keje!"

"Ira.. teruk la ko ni!"

"What ever!"

Fazira terus berlalu pergi meninggalkan Fahrin keseorangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2013 03:07 PM | Show all posts
Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Mesyuarat tamat dan semua beredar keluar dari bilik mesyuarat itu. Aaron bangun lalu duduk di sebelah Adi. Hanya tinggal mereka berdua di dalam bilik mesyuarat itu.

"Kau hutang dengan aku satu cerita lagi ni.." Aaron mendesak.

"Adoi.. Kau ni memang tak pernah berubah kan? Bawa banyak bersabar.."

"Kau jangan bebel boleh tak? Cerita je la!"

"Jom kita keluar makan dulu.."

"Adoi!! Kau nak kena penumbuk..." baru sahaja Aaron hendak tumbuk ke arah muka Adi, Adi sempat menggenggam penumbuk Aaron itu.

"Bawa bersabar boleh tak?!!" tegas Adi.

Aaron terdiam.

"Perangai tak pernah nak berubah! Mana perempuan nak lekat kalu perangau serupa hantu! Hantu pun tak perangai macam ni tau! Jom ikut aku pegi makan. Nanti aku ceritakan dekat kedai makan tu.." kata Adi terus berjalan keluar dari bilik mesyuarat.

Terdiam Aaron.


                                                               ********************

Setelah berjumpa dengan doktor, Damia mengambil ubat lalu membayarnya. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan keluar dari klinik yang sentiasa dipenuhi pesakit itu. Perlahan-lahan nafas dilepaskan.

Dalam pada masa yang sama, Aaron dan Adi juga hendak menuju ke kedai makan berdekatan dengan klinik yang Damia pergi itu. Kereta yang dipandu Adi itu hentikan di tapak parking.

"Eh, jap.."  Aaron terus membuka pintu kereta lalu berlari anak mendapatkan Damia.

Adi mematikan enjin kereta. Dia keluar dari kereta lalu melihat Aaron berlari ke arah seorang perempuan.

"Eh, bukan perempuan tu Damia ke?" bisik hati Adi.

Aaron memegang lengan Damia. Damia terkejut. Terus dia memandang Aaron.

"Apa hal pegang-pegang ni?" Damia masih marah pada Aaron.

"Please, Damia.. Maafkan I.."

"Dah la.. I tak ada masa!"

"Tunggu!!" Aaron menggenggam kuat lengan Damia. Memang kuat!

"Sakit la!! Lepaskan!" jerit Damia.

Adi mahu datang menyelamatkan Damia namun, berat langkahnya hendak pergi bertemu dengan mereka berdua. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Kenapa yang kau degil sangat ni hah?! Susah sangat ke kau nak maafkan aku?!!" marah Aaron yang masih belum lepas genggamannya.

"Kau nak aku jerit malukan kau ke? Kau nak lepaskan ke tak?!" Damia degil.

Aaron akhirnya leraikan jugak genggamannya. Damia mengurut lengannya yang mula terasa sakit itu. Airmata mula bertakung. Kemudian tanpa sepatah kata, dia terus pergi meninggalkan Aaron. Aaron hanya membiarkan sahaja.

Beberapa minit kemudian Adi datang lalu berdiri di sebelah Aaron. Perlahan-lahan Adi menepuk bahu kanan Aaron.

"Kita kena banyak bersabar dengan kaum hawa ni.." ucap Adi perlahan-lahan.

Aaron masih diam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2013 03:17 PM | Show all posts
Sebaik sahaja Adi dan Aaron mengambil tempat duduk di kedai makan tersebut, Aaron masih berdiri.

"Kenapa ni?" tanya Adi sambil menarik kerusi lalu duduk.

"Aku tak ada selera nak makan la. Pinjam kunci kereta kau jap!"

"Ha? Habis aku nak balik dengan apa?"

"Bagi je la!!!" jerit Aaron sambil menghentak meja di hadapannya itu.

Semua pelanggan di kedai makan itu terus memandang Adi dan Aaron. Adi menggelengkan kepalanya. Malas nak cakap banyak, tanggung malu lagi! Dia terus menghulurkan kunci kereta BMW nya itu pada Aaron. Aaron menyambutnya dengan kasar lalu berlalu keluar dari kedai makan itu.

Adi mengeluarkan handphonenya. Dia terus menghubungi teksi untuk mengambilnya 20 minit kemudian.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 04:30 PM | Show all posts
teruknya peel aaron....hissshhh x mo lelaki gitu...baran 24 jam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2013 11:09 AM | Show all posts
Damia memandu agak perlahan pada petang itu. Nak balik kerumah aje pun kan? Setelah dapat dua hari cuti sakit, boleh lah dia berehat secukupnya sebelum masuk bekerja yang terpernah habis itu.

Dalam pada masa yang sama, Damia masih terbayang akan apa yang telah Aaron lakukan padanya sebentar tadi. Dia mengaku, jauh di sudut hatinya dia sudah jatuh hati dengan lelaki yang bernama Aaron itu. Tetapi, perlukah dia memberi lagi sedikit masa untuk diri sendiri berfikir sebaiknya sama ada Aaron itu adalah yang terbaik untuknya.

Tiba-tiba dalam tengah berada di dalam alam khayalan itu, sebuah kereta bmw berwarna hitam itu datang menghimpit dari arah kanannya. Damia hampir terbabas namun dia sempat mengelak lalu menghentikan keretanya di bahu jalan. Kereta bmw tersebut memarking keretanya di hadapan kereta Damia.

Damia keluar dari keretanya. Dah la kurang sihat, ada pula yang menyakitkan hatinya ketika itu. Aaron yang baru keluar dari kereta itu membuka kaca mata hitamnya lalu berjalan ke arah Damia.

"Kau nak bunuh aku ke hah?!!" jerit Damia tanpa mempedulikan orang lalu lalang di jalan raya berhampiran pasar basah itu.

Aaron berdiri bertentangan dengan Damia dan mereka berdua saling bertentangan mata. Beberapa orang awam berhenti menyaksikan drama percuma itu.

"Kalau U mati, I pun akan mati Damia.." Aaron cuba memaut lengan Damia, namun Damia mengelak.

"Leave me alone.. I tak sihat ni Aaron! I nak rehat!"

"I tengok U ok je."

"U nampak tak tadi I keluar dari klinik? Takkan sesaje nak gi klinik kot?! Sudah lah!" Baru sahaja Damia hendak berjalan kembali ke keretanya, lengannya dipaut.

"I rindukan U, Damia.."

"U ni betol-betol degil kan? Sean dulu pun tak macam ni!"

Tanpa sebarang patah kata, Aaron terus menampar Damia. Damia jatuh terduduk. Keadaan makin tidak terkawal. Orang awam yang memerhatikan gelagat mereka berdua itu sudah panik. Ada juga yang sempat merakam untuk dimuat masuk dalam youtube!

"I benci U..benci!!!!" Damia yang sudah kepeningan itu ditambah pula dengan tamparan dari Aaron menambahkan lagi sakit kepalanya.

Damia menggagahkan dirinya bangun dan berjalan ke keretanya. Aaron hanya memandang sahaja! Begitu tinggi sekali ego lelaki itu. Damia menghidupkan enjin keretanya lalu pergi meninggalkan Aaron yang masih lagi memandangnya. Damia menangis dan terus menangis. Sebelum ini dia tidak pernah ditampar sesiapa termasuklah Sean.


                                                                  ********************

Adi masuk ke dalam biliknya lalu mengambil tali leher di dalam laci. Dia berdiri di hadapan cermin lalu mula mengikat tali leher.

"Damia.. Rupanya dia cinta hati Aaron. Hmmm..layak ke Aaron dengan Damia tu?"bisik hati Adi yang mula berjinak nakal.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

"Masuk!" panggil Adi tanpa menoleh ke belakang.

Anzalna masuk dengan berpakaian kebaya nyonya yang cukup seksi itu. Adi terpandang Anzalna melalui cermin yang sedang dia gunakan untuk mengikat tali leher itu.

"Encik Adi buat ape tu? Nak saya tolong ke?" tanya Anzalna dengan penuh lembut dan manja.

"Tak pe. Saya boleh buat sendiri." jawab Adi yang masih lagi terkial-kial mengikat tali leher itu. Ditambah pula dengan kehadiran Anzalna yang menggugat imannya itu, lagi terkial la jawabnya!

"Jangan la sombong sangat..meh sini saya tolong.." rayu Anzalna manja lalu berdiri di sebelah Adi.

Dia membetulkan tali leher Adi. Minyak wangi Anzalna yang berbau lembut itu sedikit sebanyak menaikkan nafsu jantan Adi. Sesekali Anzalna menjerling memandang Adi. Kemudian dia tersenyum. Adi memandang Anzalna tanpa langsung mengerdipkan matanya. Dia terpana seketika!

Perlahan-lahan Anzalna menepuk pipi Adi. Adi tersedar dari lamunan.

"Dah siap!" ujar Anzalna.

"Dah siap?"

"Tu.." Anzalna memuncungkan mulutnya ke arah tali leher Adi.

"Oowhh.." Adi malu. Dia masih lagi di alam khayalan tadi. Dia memandang wajahnya di cermin.

Tanpa sebarang 'signal', Anzalna terus memeluk Adi dari belakang. Adi terkejut dan dalam pada masa yang sama juga pintu biliknya itu dibuka. Adi dan Anzalna terkejut!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-9-2013 11:10 AM | Show all posts
suria74 posted on 9-9-2013 04:30 PM
teruknya peel aaron....hissshhh x mo lelaki gitu...baran 24 jam...

kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 11:31 AM | Show all posts
momey posted on 10-9-2013 11:09 AM
Damia memandu agak perlahan pada petang itu. Nak balik kerumah aje pun kan? Setelah dapat dua hari c ...

siapakah gerangannnya yang masuk bilik itu...hhehehh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2013 12:41 PM | Show all posts
uhh...memalukan kaum lelaki saja
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 01:08 PM | Show all posts
erkkk....melampau sgt lom pape da naik tangan
bededah ko aaron ... vote out smpai mati
si adi plak jgn la tersungkur dgn anzalna tu
hadoooo abes sume lelaki cair .... cubela beku tahap igloo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2013 02:24 PM | Show all posts
hihihi jap momey smbng lg ckit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2013 02:43 PM | Show all posts
Sebaik sahaja pintu dibuka, Aaron terkejut melihat Anzalna sedang memeluk erat Adi dari belakang. Anzalna dengan pantas meleraikan pelukkannya manakala Adi pula membetulkan pakaiannya.

"Apa hal ni?? Apa hal ni??!!!!" jerkah Aaron lalu membaling kunci kereta Adi ke arah Anzalna. Mujur Anzalna sempat mengelak. Kalau tak, jenuh la buat plastik surgery mukanya itu!

"Dah sangap dah sampai nak beromen dalam office?!!!" sambung Aaron yang masih marah itu.

"Mulut kau jaga sikit, Aaron! Jangan main tuduh je.." jawab Adi yang sudah mula hilang sabar apabila dituduh sedemikian.

Baru sahaja Anzalna hendak berlalu keluar dari bilik itu, rambutnya direntap Aaron.

"Lepas ni dengan sape plak? Puas??!!!!"

"Sakit la!! Lepaskan I!"

Adi berjalan ke arah Aaron lalu menolak kawannya itu.

"Kau nampak tak pintu bilik aku ni tengah terbuka? Kau tak malu ke semua staff tengok perangai kau yang baran ni? Sudah-sudah laaa.."

"Arghhhh!!!!!" jerit Aaron lalu tendang sofa di sebelahnya.

Kemudian dia terus keluar dari bilik Adi itu. Anzalna yang terkejut itu membetulkan rambutnya. Adi memandang Anzalna dengan wajah yang penuh serius.

"Keluar sekarang.." arah Adi yang masih lagi terkawal suaranya.

Anzalna tanpa banyak cakap terus keluar.



                                                               *****************

Sebaik sahaja Damia sampai di rumahnya, dia terus masuk ke dalam bilik tidurnya. Diambilnya beg pakaian lalu dimasukkan beberapa helai pakaiannya ke dalam beg tersebut. Damia lemah! Dia terus merebahkan punggungnya di katil itu. Dia menangis.

Handphonenya berdering. Tertera nama 'Aaron' di skrin handphone itu. Dengan marah, Damia mencapai handphonenya lalu terus 'off' kan handphonenya itu.

"Puas hati aku!"

Setelah siap berkemas, tanpa membuang masa lagi Damia terus keluar dari rumahnya lalu pulang ke kampung!
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 02:51 PM | Show all posts
alaaa tak cukup

sambung lagi TT
suke plak sesi ngamok2
lai lai TT ..spread more words
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2013 02:56 PM | Show all posts
yoozara posted on 10-9-2013 02:51 PM
alaaa tak cukup

sambung lagi TT

dh kata ckit..ckit je la hihihi
jap, kalu smpat momey post lg ckittt..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 03:00 PM | Show all posts
momey posted on 10-9-2013 06:56 AM
dh kata ckit..ckit je la hihihi
jap, kalu smpat momey post lg ckittt..

saje jek kan

nak kene babap nie


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2013 03:05 PM | Show all posts
hahaha jap2  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2013 03:13 PM | Show all posts
ala berdebar debar la... tak cukup ni... biarlah adi plak yg kuar opis sebab geram kat anzalna & aaron pehtu terjumpa Damia kat simpang jalan ke mana ke....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2013 03:16 PM | Show all posts
redsentra posted on 10-9-2013 03:13 PM
ala berdebar debar la... tak cukup ni... biarlah adi plak yg kuar opis sebab geram kat anzalna & aar ...

jap2 nk smbung ni.. tp xsambung2 lg pun hahaaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2013 03:45 PM | Show all posts
Aaron masuk ke dalam tandas. Dia membuka pili air lalu menjirus berkali-kali wajahnya yang sudah kemerah-merahan menahan marah itu. Kemudian dia memandang wajahnya di cermin hadapan.

"Ibu.. Aaron perlukan ibu saat-saat ini.." rintih Aaron di dalam hati.

Aaron anak yatim. Kematian ibunya di saat dia menghadapi peperiksaan SPM beberapa tahun yang lalu. Ibunya meninggal di dalam kemalangan selepas menghantarnya ke sekolah. Ya! Sememangnya dia anak manja ibunya. Ayahnya seorang yang panas baran! Oleh itu tidak mustahil panas baran ayahnya itu turun kepada dirinya seperti sekarang!

Sekarang ayahnya itu sudah pun berkahwin lain. Dan telah pun berpindah keluar dan hidup bersama dengan isteri baru yang juga janda beranak tiga. Aaron kesunyian. Sebab itu, jika ada apa-apa masalah Adi lah tempat dia meluah perasaan dan amarahnya.

Pintu tandas dibuka. Aaron menoleh ke belakang. Dipandang wajah Adi, sahabatnya itu. Dia terus memeluk erat Adi tanpa sebarang kata. Dia menangis.

Perlahan-lahan Adi menepuk belakang badan Aaron.


                                                        ********************

Zizan mematikan enjin motornya di halaman rumah Pak Hassan. Helmet dibuka lalu diletak dalam raga motor. Ditoleh ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Pak Hassan atau Mak Mah.

"Assalammualaikum!!" Zizan memberi salam.

"Waalaikummussalam.. Ya, Zizan.." jawab Mak Mah dari belakang mengejutkan Zizan.

Laju Zizan mengurut dadanya.

"Terkejut saya, mak.. eh, Mak Mah.. Pak Hassan mana?"

"Dia ke kedai kejap. Ada apa hal nak jumpa Pak Hassan kamu ni?"

"Tak ada apa-apa. Saja nak bertanya khabar..hihihi. Eh, terlupa pulak. Ni ada buah tangan sikit untuk Mak Mah dan Pak Hassan.." kata Zizan lalu menghulurkan 3 biji buah kelapa muda.

"Waaa..terima kasih. Damia suka la ni kalau dapat minum air kelapa segar macam ni.."

"Tahu..hihihi"

"Habis, sudah tentu bukan untuk mak cik dan pak cik la ni erk?"

"Eh, untuk pak cik dan mak cik la ni. Untuk Damia nanti saya bagi yang lain.." jawab Zizan malu-malu.

"Hei, kau ngorat bini aku ke tu!" jerit Pak Hassan dari jauh lalu menghentikan motornya di sebelah motor Zizan.

Terkejut Zizan dibuatnya. Terus dia mencapai tangan Pak Hassan lalu dikucupnya. Sopan!

"Maaf ganggu pak cik dan mak cik.. Saya saja datang nak tanya khabar." terang Zizan pada Pak Hassan penuh tertib.

"Abang tengok ni, Zizan kasi kita buah kelapa.."

"Heh! Buah kelapa konon.." Pak Hassan menjerling tajam pada Zizan lalu masuk ke dalam rumah.

Mak Mah memandang Zizan. Dia tahu Zizan agak sedikit kecewa dan sedih Pak Hassan perlakukan sedemikian padanya.

"Mak Mah minta maaf bagi pihak pak cik ya. Pak cik memang macam tu.."

"Tak pe, saya paham. Eh, saya minta diri dulu ya.." Zizan mencium tangan Mak Mah lalu memakai helmet.

Sempat dia mengukir senyuman lalu beredar dari situ. Mak Mah hanya menggelengkan kepalanya. Kesian Zizan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 10:17 PM | Show all posts
nape pak hassan ta suke zizan eik
byk kekurangan ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.801487 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list