CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12995|Reply: 127

[Tempatan] {13}Kulit putih bukan tanda individu itu sempurna !

[Copy link]
Post time 15-8-2013 02:47 PM | Show all posts |Read mode
15 Ogos 2013               

KUALA LUMPUR - Pada kurun ke-16 di Amerika, masyarakat kulit hitam berharap dilahirkan berkulit putih bagi mengelak diskriminasi kaum dan diperdagangkan, namun, kini di Malaysia, masyarakat taksub berkulit putih untuk kelihatan cantik dan meraih populariti diri.
       
        Lambakan produk pemutihan menjadi kegilaan baik lelaki atau wanita yang mahu kulit muka dan badan kelihatan putih kerana bagi mereka putih memberi persepsi menyerlah dan lebih unggul berbanding mereka yang berkulit gelap.
       
        Pakar Perunding Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Profesor Madya Dr Haslee Sharil Abdullah memberitahu Bernama penjualan produk kecantikan yang menggunakan model berkulit putih, kemunculan ramai artis berkulit putih serta golongan kenamaan dan kerabat diraja yang biasanya berkulit putih dan bersih menjadi faktor kepada ketaksuban golongan itu untuk terus memutihkan kulit masing-masing.
       
        "Sebenarnya persepsi dari dulu lagi, yang putih itu punyai 'high class', ia lebih 'superior' berbanding kulit yang berwarna lain.
       
        "Bahkan ada dalam kalangan masyarakat kalau mendengar kelahiran bayi pun terus bertanya kulitnya putih ke tidak...itu seperti sudah tertanam di minda masyarakat," katanya.
       
        Sehinggakan Dr Haslee berkata ketaksuban untuk kelihatan putih telah menyebabkan ramai antaranya mengabaikan aspek lain yang lebih penting iaitu kecantikan keperibadian dan kesihatan diri.
       
        "Yang patut diperbetulkan adalah kecantikan keperibadian dan kesihatan diri...contohnya tingkah laku dan sikap..dan juga Indeks Jisim Badan (BMI), kalau BMI dah terlebih...itu lagi perlu diambil tindakan awal.
       
        "Walaupun putih, tetapi ada penyakit dan sakit...macam mana putih itu boleh jadi cantik. Selain itu aspek kebersihan, kelihatan elok tetapi perlu juga berbau elok (looks good, smells good), sesetengah orang nampak 'handsome' (segak), cantik tetapi mulut dan badan berbau," katanya.
       
        Justeru Dr Haslee berkata memiliki kulit yang putih semata-mata tanpa mengambil berat aspek lain tidak mampu menjadikan seseorang itu sempurna kerana kecantikan itu subjektif dan perlu seiring dengan kebersihan dan kesihatan diri.
       
        Katanya masyarakat perlu dididik untuk tidak terikut-ikut dengan trend kulit putih sehingga memberi impak negatif termasuk penyalahgunaan produk kecantikan yang boleh memudaratkan kesihatan diri.
       
        Bagi Eksekutif Pengiklanan Siti Zallika Zahid, 29, beliau mengakui agak terpengaruh untuk menggunakan produk pemutih semasa remaja kerana sering menganggap dirinya yang berkulit sawo matang, tidak cantik berbanding
        rakan-rakan.
       
        "Itu dahulu...sekarang saya dah berhenti menggunakan sebarang produk pemutihan kerana pernah mengalami masalah jerawat apabila produk yang digunakan tidak sesuai dan suami pun memuji suka tengok orang berkulit sawo matang kerana ia lebih manis dipandang," katanya.
       
        Pereka fesyen, Jeffri Ismail, 27, berkata beliau adakalanya turut obses untuk memiliki kulit yang agak cerah dan putih biarpun beliau seorang lelaki.
       
        "Kulit putih buat lelaki nampak lebih bersih, tetapi tidaklah terlampau putih sehingga kelihatan pelik. Apapun saya memang bersetuju bahawa untuk kelihatan menarik ia bukan sekadar kulit yang putih, tetapi kebersihan dan kesihatan juga," katanya.
       
        Bagi kerani syarikat swasta, Faisal Ahmad, 35, pula berkata sebagai lelaki beliau tidak terlalu memandang pada warna kulit kerana apa yang penting keperibadian dan akhlak murni yang dimiliki kaum wanita.
       
        "Wanita kulit putih ni kalau sekali pandang mungkin nampak lebih menyerlah, tapi kalau diperhatikan betul-betul wanita yang berkulit sawo matang sebenarnya lebih cantik dari wanita yang berkulit terlalu putih...yang penting perangai tu sopan...itu lebih menarik perhatian," katanya. - Bernama

p/s albino itu cacat...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2013 02:55 PM | Show all posts
kalau over emosi marah nak bergaduh je sana dan sini mcm ahli parlimen pas mamak ...bukan tanda individu lelaki itu normal...kemungkinan besar dia gayah tua.. kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 02:57 PM | Show all posts
putih mcm adira... nampak pelik...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 03:00 PM | Show all posts
hitam itu menawan ape...nmpak elegan..
setakat putih jerk..lain2 hancus wat per..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 03:04 PM | Show all posts
khailya posted on 15-8-2013 02:57 PM
putih mcm adira... nampak pelik...huhu

adira aku tengok dah macam sinchan versi pompuan

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 03:06 PM | Show all posts
RedClip posted on 15-8-2013 03:04 PM
adira aku tengok dah macam sinchan versi pompuan

nmpk mcm sakit pun ade..huhu terlebih putih agaknyer...huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2013 04:44 PM | Show all posts
nak wat cemner.. dah mentaliti rakyat kita yang anggap 'kalau kulit putih baru cantik, kalau kulit ala2 rentung ni x cantik'

sebab tu ramai je awek2 yang kulit ala2 rentung ni berlaki kan mat salleh.. exotic katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 04:45 PM | Show all posts
ni suma pengaruh kpop la ni nak kulit putih bersih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2013 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kulit i putih merah tapi tak bole bangga pun..byk sgt alahan..kena sejuk gatal..kalo cuaca panas pipi jadi merah paling x best kalo mandi wkt subuh..memang konpom kulit jadi kembang..mcm kena sengat haiwan
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 05:05 PM | Show all posts
Yg nyata bangsa kulit putih atau lebih tepat caucasian menguasai dunia sejak wujud tamadun dunia sehingga ke hari ini. Hari ini negara G-8 semua negara caucasion kecuali Jepun. Jepun pun kulit cerah. Nabi dan rasul pun caucasion - yahudi dan arab. Tiada nabi di kalangan negro. Bangsa yahudi dan zionist yg dianggap paling kaya dan berpengaruh adalah dari group caucasians. Nama2 besar dlm tamadun dunia dari dulu sampai skrg majority dari caucasian.

Australia dan NZ jauh dari europe dan USA tp kenapa mereka begitu maju? Africa Selatan begitu maju kerana adanya org kulit putih.

etc etc etc....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 05:17 PM | Show all posts
belacan_gurl posted on 15-8-2013 04:47 PM
kulit i putih merah tapi tak bole bangga pun..byk sgt alahan..kena sejuk gatal..kalo cuaca panas pip ...


ko mmg suka makan belacan kan?
tu pasal kulit allergy.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
no lah..dari kecik maa..nickname belacan gurl ni kedengaran seperti best je so i guna ar kikikiki
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 05:39 PM | Show all posts

kulit hitam lebih lasak.barang pun besar
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 06:03 PM | Show all posts
belacan_gurl posted on 15-8-2013 04:47 PM
kulit i putih merah tapi tak bole bangga pun..byk sgt alahan..kena sejuk gatal..kalo cuaca panas pip ...

buktikan.....ada gambar???

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 06:04 PM | Show all posts
putih merah pada aku cantik..nampak segar
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
perlukah bukti? Chooii sgt..dah mcm msk peraduan cari jodoh je hahahaha:Q
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2013 01:35 AM | Show all posts
<----- hitam itu menawan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 01:46 AM | Show all posts
ada putih macam ini?


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 01:54 AM | Show all posts
Acong posted on 15-8-2013 05:46 AM
ada putih macam ini?

Cute sangat, hiks
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 02:03 AM | Show all posts
kokesen gegeh berjemur sebab nak kulit tan ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.129618 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list