View: 2121|Reply: 10
|
[Tempatan]
{12} 7,000 lembu diimport dari Australia untuk Aidilfitri !
[Copy link]
|
|
2013/08/03 - 16:43:59 PM
PELABUHAN KLANG: Sebanyak 7,000 ekor lembu dibawa masuk dari Australia melalui pelabuhan Selatan di sini untuk menampung keperluan daging lembu segar semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata, lembu dengan berat kira-kira 350 kilogram hingga 500 kilogram seekor itu dibawa masuk oleh syarikat pengimport dan pembekal ternakan, Syarikat Ternakan Kamran Sdn Bhd untuk diagih ke pusat penyembelihan di setiap negeri.
Beliau berkata lembu dari Australia itu mampu menghasilkan purata kira-kira 3,000 tan metrik daging.
"Setakat ini hanya syarikat ini yang mendapat kebenaran daripada kerajaan Australia untuk membawa masuk lembu dari sana memandangkan sekatan dikenakan oleh kerajaan Australia untuk pastikan semua ternakan yang keluar dari sana menepati piawaian kebajikan haiwan iaitu melalui Sistem Jaminan Rangkaian Pembekal Pengekspot (ESCAS) dan tidak semua syarikat dari Malaysia penuhi piawaian ini.
"Kita nak pastikan kali ini bekalan daging cukup dan dapat keluarkan daging lembu untuk dijual di pasaran dengan harga bertepatan, contohnya harga siling yang ditetapkan ialah RM24 per kilogram bagi daging lembu pejal," katanya kepada pemberita selepas memantau proses membawa keluar lembu dari kapal kontena di sini, hari ini.
Dr Abd Aziz berkata selain mengimport lembu dari Australia, rakyat Malaysia turut mendapat bekalan lembu tempatan dan 6,000 ekor lembu dari Thailand.
Beliau berkata ini bagi menampung keperluan rakyat Malaysia yang memerlukan purata kira-kira 14,000 ekor lembu pada musim perayaan ini.
Selain itu, Dr Abd Aziz berkata pihaknya sedang berusaha untuk mengimport lembu dari negara lain seperti Myanmar, Sudan, Somalia dan Brazil pada masa akan datang.
Sementara itu, Pengarah Ternakan Kamran, Raghu Loganathan Pillay berkata syarikatnya mempunyai 22 pusat ternakan fidlot yang diiktiraf kerajaan Australia dan tiga ladang ternakan di Bidor, Perak, Air Hitam, Johor dan Perlis.
Beliau berkata kesemua lembu dari Australia berkenaan dibawa masuk ke Malaysia melalui tiga penghantaran secara berperingkat di Pelabuhan Selatan.
"Lembu-lembu ini dibawa dalam kapal kontena melalui perjalanan selama tujuh hari dan tiba di pelabuhan ini tengah malam tadi. Sejurus tiba kami terus mengagihkan lembu ini kepada peraih untuk dihantar ke setiap negeri," katanya.
Pengurus Kanan Komunikasi Korporat, Northport (Malaysia) Bhd, Mohd Azmi Mohd Anis berkata pihaknya terpaksa menyusun semula jadual kapal yang berlabuh di pelabuhan itu bagi memberi keutamaan kepada kapal yang membawa lembu berkenaan berlabuh tepat pada masanya. - BERNAMA
p/s projek lembu yg `tu' tak cukup lagi ker? Last edited by tongkatwaran75 on 3-8-2013 05:48 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
lembu tompok tompok hitam putih |
|
|
|
|
|
|
|
nak import lembu pun ade AP,
yg kesiannya semua bwh MITI,
kalau lembu/lamb dr NZ kene deal dgn 3 company org cina,
hbis ketuanan melayu. kat mana2 pun kena ganyang ngan org cina
nilah dasar yg umno bwak
|
|
|
|
|
|
|
|
ni la padahnya lembu sharizat tak menjadi... |
|
|
|
|
|
|
|
sokong shahreeeeeeeeeezat bertanding naib presiden umno
|
|
|
|
|
|
|
|
apalancut posted on 3-8-2013 05:47 PM
ni la padahnya lembu sharizat tak menjadi...
fuhhh...
nasib baek ko tak tersalah taip perkataan 4 dgn 5..
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu ustaz ckp daging lembu halal pasal makan rumput, tapi dgr ckp omputih kasi lemnu makan serbuk tulang, halal tak ? |
|
|
|
|
|
|
|
250 milyon ringgit buat projek lembu, mana lembu pergi????
ameno cilaka!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kalo NFC berjaya, tak yah buang duit impot lembu dr luar |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Sarawak nie dah lama dah import daging lembu dari Australia. Tak caya, tanya PPES. |
|
|
|
|
|
|
| |
|