CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1527|Reply: 6

[Tempatan] Najib Sembunyi Masalah Kewangan di bawah Karpet - Anwar

[Copy link]
Post time 2-8-2013 12:35 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR 1 Ogos: Penilaian unjuran kredit Malaysia terkini oleh agensi penarafan, Fitch adalah membimbangkan meskipun tidak memeranjatkan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rating Fitch dilapor menyemak semula prospek Malaysia daripada “stabil” kepada “negatif”, dengan mengutarakan masalah kurangnya kemajuan dalam reformasi kerajaan dalam menangani defisit fiskal.

“Kami menegaskan pengurusan ekonomi kerajaan terutama berkaitan soal pembaziran dalam perbelanjaan yang dibuat tanpa perlindungan dan ketelusan serta kebertanggungjawaban akan membawa kita ke lembah kehancuran,” kata Anwar.

“Sebelum pilihan raya umum ke-13, penganalisis bebas mengumumkan paras hutang kepada pendapatan perkapita negara iaitu kira-kira 237 peratus pada tahun 2012 dan kebergantungan kita hanya kepada hasil petroleum, tetapi kawalan media oleh Umno-BN menggambarkan kritikan ini sebagai pengkhianat kepada kestabilan ekonomi,” ujarnya.

Katanya, tanpa membetulkan keadaan itu, Najib menyebabkan negara mengalami defisit fiskal lebih besar.

Oleh itu, ketika hutang negara meningkat mendadak, jaminan hutang kerajaan hampir RM150 bilion pada 2012 berbanding RM96.9 bilion pada tahun 2010 tidak diambil kira dalam pengiraan defisit belanjawan negara, menunjukkan  analisis ekonomi dan kewangan berat sebelah.

“Dalam hal ini, kami menyeru kepada Najib untuk berhenti menipu rakyat dengan mengatakan kononnya ‘nisbah hutang-KDNK stabil’ sedangkan realitinya, ia seperti menyembunyikan masalah kewangan negara di bawah karpet,” kata Anwar menunut tindakan pemulihan segera diambil  perdana menteri.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54730


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2013 01:12 AM | Show all posts
macai UMNO tolol cakap biarlah negara nak bangkrup sekalipun ditadbir oleh pemimpin2 UMNO yg bodoh... hanya UMNO BN sahaja mampoooo memerintah.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 01:13 AM | Show all posts
related issue....



(Pertemuan Tun Dr Mahathir dengan ahli KelabCheDet -

PUTRAJAYA: “Kalau pemimpin bersin pun ahli Umno tepuk tangan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sesi dialog bersama NGO KelabCheDet Sabtu lalu di pejabatnya.

“Mereka akan sokong tanpa bersoal jawap lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin Umno walaupun yang dilakukan itu merosak kan parti,” tambahnya.

Bagi beliau, ahli Umno sudah tidak berkualiti lagi,apa tidaknya jika ramai orang yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk ke dalam Umno.

“Jika ketua bahagian itu guru besar misalnya dia akan cuba halang orang yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli kedalam bahagiannya, jika orang itu guru biasa baru lah diluluskan, begitu seterusnya cik gu pula enggan orang yang lebih berpendidikan dari nya untuk masuk, lama-lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semuanya tidak berkelayakan.

“Orang-orang yang dihalang masuk ini akan kemudiannya masuk ke dalam parti lawan dan bersaing dengan pemimpin Umno ini, itu sebabnya retired general, pensyarah semua masuk ke dalam parti lawan,” ujarnya


Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 02:06 AM | Show all posts
PRK k besut jer dan 400 juta abis, berapa total spent masa PRU13 agaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 02:58 AM | Show all posts
hang cerita macam mana pun bawak bukti dari langit pun , orang tetap tak percaya Nuart oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 05:38 AM | Show all posts
“Dalam hal ini, kami menyeru kepada Najib untuk berhenti menipu rakyat dengan mengatakan kononnya ‘nisbah hutang-KDNK stabil’ sedangkan realitinya, ia seperti menyembunyikan masalah kewangan negara di bawah karpet,” kata Anwar menunut tindakan pemulihan segera diambil  perdana menteri.


bondo apo yang kaw cakap ni ....dio dapek jawatan PM caro macam mano ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2013 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Logik jer tgk ler krjn duk belanja kn duit rakyat. Income x der pon asyik2 duit petroleum n cukai yg tinggi dikenakan tuk pekerja swasta. Org swasta dpt bonus pun kn cukai 26%. Tp per yg org kj swasta dpt. Jem2, sana sini tol. Blm lg harga brg naik lps tu krjn senang jer kt jgn mkn brg yg naik harga...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.062776 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list