CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chit_ana

[Penerbit] Idea Kreatif Publication

[Copy link]
Post time 27-8-2013 10:16 AM | Show all posts
ikz posted on 26-8-2013 03:18 PM
honey_d7881, saya dah baca dia...random guy. not bad....boleh buat koleksi....sila dapatkan segera ...

Ikz, saya dah dapatkan novel tu semalam
Yang penting dah tau endingnya dia dengan siapa. Hehehehe....

Last edited by honey_d7881 on 27-8-2013 10:19 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2013 11:43 AM | Show all posts
honey_d7881 posted on 27-8-2013 10:16 AM
Ikz, saya dah dapatkan novel tu semalam
Yang penting dah tau endingnya dia dengan siapa ...

honey, kau sama je ngan aku, kadang-kadang beli buku terus tengok endingnya dengan siapa kemudian baru start baca...tak sabo punya pasal
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 12:24 PM | Show all posts
sapp73 posted on 27-8-2013 11:43 AM
honey, kau sama je ngan aku, kadang-kadang beli buku terus tengok endingnya dengan siapa kemudian  ...

Hahahaha.... Buruk tak agak2 Sapp perangai kita mcm tu?
Biasalah. Suma nak citer yang happy ending kan. Takdir hero & heroin kan terletak kat tangan penulis. Surelah aku mengharap sgt penulis satukan diaorg. Tapi kalau awal2 watak dah ada 2/3 org hero atau heroin, page belakang tetap aku belek jugak. So, sebelum mulakan baca, dah boleh senyum dulu
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 12:30 PM | Show all posts
honey_d7881 posted on 27-8-2013 12:24 PM
Hahahaha.... Buruk tak agak2 Sapp perangai kita mcm tu?
Biasalah. Suma nak citer yang happy ...

ha...tak taulah...

honey...kadang kadang puas nak menahan hati ngan tangan dari selak page belakang, nak kasi suspen bila baca, kadang kala berjaya, tapi selalunya memang tak berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 03:09 PM | Show all posts
sapp73 posted on 27-8-2013 12:30 PM
ha...tak taulah...

honey...kadang kadang puas nak menahan hati ngan tangan dari selak page ...

Aku baik sikitlah dari ko. Sebab slalunya dah separuh buku, tak pun tinggal beberapa bab lagi jek yang aku baca lelaju. Baca dialog kononnya sebab mcm dah tak sabar nak abiskan citer tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2013 03:45 PM | Show all posts


Berkembar bersama Titian Cinta - Novel Sept 2013 Idea Kreatif

Order kini dibuka

KAU KEKASIH GELAPKU - Que Sera
HARGA - RM 23(Semenanjung)/RM26(Sabah/Sarawak)
ISBN - 978-967-11925-5-9
MUKA SURAT - 576
** Diskaun RM2 setiap satu untuk pembelian online dan postage adalah percuma.


Sinopsis :

Kata Addi, Rihanna gadis pelik. Kata hati Rihana, pelik itu memang sudah sinonim dengan dirinya kerana dia bukan gadis biasa. Dia gadis luar biasa yang berkawan dengan ‘hantu cantik’.

Di dunia manusia, Rihanna memilih Addi. Di dunia gelap, dia harus memilih antara Darius ataupun Ryuu, dua ‘hantu kacak’ yang sentiasa berperang merebut dirinya.

Saat hati Rihanna mula menyayangi Addi, cintanya dikhianati. Addi menduakan dia tanpa sepatah kata sehingga dia jadi lemah tak bermaya.

“Abang bukan sengaja nak kecewakan Hanna.”- Addi

“Jangan hampiri aku, Addi! Kau akan mati kalau kau terus dekat pada aku!”- Rihanna

Darius datang menjadi penyelamat. Ingatan Rihanna dihilangkan demi keselamatan. Rihanna lupa siapa Addi, lupa kehidupannya di dunia manusia dan dia dilarikan ke dunia yang gelap.

"Kau milik aku, Rihanna. Selama-lamanya. Tak mungkin kau bersama dia!" ~ Darius

Hilangnya Rihanna, muncul Ayuna yang mirip wajahnya. Terperangkap dengan rindu Addi pada Rihana dan buruan Darius, Ayuna memikat Shaqir sebagai pelindungnya. Tapi mampukan Shaqir melindungi Ayuna dari kuasa magis?

“Yuna.. jadi isteri aku. Kita mulakan hidup baru jauh daripada semua kegilaan ni!.”~ Shaqir

Ke manakah Rihanna menghilang sehingga Addi jadi sasau mencarinya? Siapakah Ayuna sebenarnya? Adakah dia Rihanna yang hilang? Berjayakah Addi mendapatkan semula cintanya? Semuanya akan terjawab dalam kisah cinta bersegi-segi antara dua dunia berbeza ini. Karya bergenre dark fantasy romance ini akan mengupas segalanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-9-2013 03:46 PM | Show all posts


Order kini dibuka : Novel September 2013 Idea Kreatif

TITIAN CINTA - Ridhya Iman
HARGA - RM 30(semenanjung)/ RM33(Sabah/Sarawak)
ISBN - 978-967-11925-4-2
MUKA SURAT - 848


Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.

“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” –Harris

“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” –‘Aisy

“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris

Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that’s the last thing I will do.” – Aisy

Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
baru beli
terukir cinta - anna lee
pujuk hati dia - sarnia yahya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2013 04:28 PM | Show all posts
Dia Random Guy - Farah Husain

Adeeehhhh..baru muke surat 23 dh x lh tahan gelak dah..abes terkekeh2 kite di buat nyer..
best..x membeban kan otak...citer ni best tuk yg nk released otak pas baca buku berat2 n serius..sangat best n kelakar..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2013 04:32 PM | Show all posts
pergi tanpa alasan - 4.5 bintang.


bessssssstttttttttttttt..lh baca 3 kali n x miss walau sehelai pun m/s citer ni...
betul best...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 12:50 PM | Show all posts
dah habes baca 2 novel terbaru IK.
rasa kurang sikit. tak boleh lawan 2 novel pertama tapi masih dalam kategori boleh dibaca.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 06:02 PM | Show all posts
Kau Kekasih gelapku baru je sampai rumah tadi. suka sangat dengan cover dia, cantik...baca sinopsis titian cinta macam best jugak... nanti dah masuk kedai nk p beli lah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 09:04 PM | Show all posts
kartieka posted on 26-9-2013 04:32 PM
pergi tanpa alasan - 4.5 bintang.

saya pun suka sangat cite ni...baca banyak kali pun tak puas...
siapa dah beli titian cinta...sinopsis macam best...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 04:50 PM | Show all posts


NOVEL TERBITAN IDEA KREATIF OKTOBER 2013

Tajuk: SWEETNYA DIA
Penulis: Maznie Darnisya
Harga: RM 23sm /RM26ss
ISBN : 978-967-11925-8-0
Muka Surat : 500
Terbitan: Idea Kreatif
Sinopsis :
Tatkala melihat Laily yang memanjat kerusi sambil mengendap di luar jendela, hati Zarif sudah mula jatuh suka. Debaran tiba-tiba datang melanda. Apakah rasa itu bernama cinta?

“Nak mengendap anak teruna handsome kat sini ke?” - Zarif
“Eh! minta maaf sikit yer, jangan nak perasan boleh tak?” - Laily

Pertemuan demi pertemuan yang sengaja dicipta Zarif selepas itu buat Laily keliru, siapa sebenarnya lelaki itu?

“Saya bawa lori jer.”- Zarif
“Kot yer nak jadi penipu bersiri pun agak-agaklah. Bawa lori pakai BMW. Lori apa?” - Laily

Sweetnya Zarif dalam berbicara, manisnya Zarif tatkala tersenyum buat hati Laily mencair. Pun begitu, kekacauan yang ditimbulkan Alisa dan rahsia yang disimpan Zarif buatkan Laily hilang rasa percaya.

Menerima Zarif sebagai suami kerana dendam bukanlah langkah yang bijak untuk Laily kerana sweetnya Zarif tatkala memujuk terus menukar dendam menjadi sayang. Kalau hati kata cinta, racun pun boleh saja jadi manis.

‘Jari ini mungkin tidak selalu bisa menyentuh Laily, mata ini mungkin tidak selalu bisa melihat diri Laily, raga ini mungkin tidak selalu bisa menemani diri Laily, tetapi yakinlah bahawa di hati ini hanya ada diri Laily, selamanya…’

Akan kekal bahagiakah rumah tangga mereka apabila ada pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk meruntuhkan? Bila ujian datang melanda dan keraguan mula beraja, hanya kesetiaan yang perlu diambil kira.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 04:51 PM | Show all posts


NOVEL TERBITAN IDEA KREATIF OKTOBER 2013

Tajuk: AWEK PISANG GORENG
Penulis: Syah Shah
Harga : RM23sm /RM26ss
ISBN : 978-967-11925-7-3
Muka Surat : 504
Terbitan: Idea Kreatif
Sinopsis :
Subhanallah… indahnya ciptaanMU! Itu kata hati Daus saat si awek yang duduk di gerai pisang goreng berpaling ke arahnya.

‘Mak….rasanya Achik dah jumpa calon menantu mak.’

Pertemuan seterusnya selepas itu meyakinkan Daus tentang rasa hatinya. Sebuah Diari yang tertulis ‘Senah punya’ menjadi cagaran untuk Daus mengugut si awek membayar ‘hutang’.

“Awak tau tak awak tu gila? Tak hingin saya kahwin dengan orang gila macam awak.” – Senah aka Husna.

Kalau hati dah jatuh suka, apa lagi nak dikata. Dia sanggup buat apa saja walau tuan empunya diri kata dia gila. Sebab, seberapa banyak dia istikharah sekalipun, jawapannya tetap orang yang sama, hanya Senah si awek pisang goreng.

“Husna sayang...”- Daus aka Firdaus

“Awak ni laa kan...” - Husna

“Nak kena panggil sayang baru ada respond rupanya. Ok, noted. Saya skru dalam kepala supaya tak lupa.” - Firdaus

Saat hati Husna sudah lembut, ada pula yang datang ‘mencelah’. Antara percaya dan curiga, hati Daus memilih curiga. Walau tanpa sengketa, jiwanya merusuh tiba-tiba.

“Firdaus...Don’t walk away now. - Husna

Apa akan jadi jika Daus memilih untuk menyepikan diri saat ijab dan kabul sudah semakin hampir? Apa sebenarnya yang terjadi sehingga Daus terfikir untuk menarik diri?

Cinta itu anugerah dari DIA. Memilih untuk menghargai bermakna kita menghargai ‘pemberian’ DIA
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 04:26 PM | Show all posts
maaf mencelah. ada lagi satu bku ikp tp limited edition .kompilasi cerpen-KISAH DARI HATI. keluar kembar 3 dgn kau kekasih gelapku dan titian cinta bln lps.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2013 12:27 AM | Show all posts
sweetnya dia-mazni darnisya

3.5 bintang...
keseluruhan sy suka..x banyak konflik jalan citer pon mudah dihadam..
suka penulisan mazni darnisya sebelum ni dlm samudera indah nian..sweetnya dia lebih santai..


awek pisang goreng-syah shah

4 bintang..
mmg antara yg ditunggu2 ni..pestime baca karya penulis lelaki yg kena dgn jiwa..bleh masuk list penulis peberet nih..
bleh abiskan kisah daus dan husna dlm 4 jam jer..
so bg sy citer ni best..x sabo tunggu ITS lak kuar...

Last edited by adalia on 31-10-2013 12:33 AM

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2013 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Terukir dibintang by anna lee..saya bagi 4 bintang sebab hero dia sgt memikat hati
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 09:45 PM | Show all posts

Tajuk : TIADA YANG LAIN
Penulis : ANA SOFIYA
Harga : RM24(semenanjung)/RM27(sabah/Sarawak)
ISBN : 978-967-12267-0-4
Muka Surat : 612
Tarikh Terbit : 30 Nov 2013


Pertama kali bertemu Zharif,  hati Atiqah sudah terusik. Lelaki stok ‘semak’ itu memang mulut laser tetapi dalam lasernya, dia pandai ‘membeli jiwa’.

“Tapi Iqa... garang-garang saya ni, saya romantis giler, kan? Tengok betapa beruntungnya awak jadi makwe saya. Hari-hari saya bagi bunga, kan?” ~ Zharif

  “Eeii... stop! Stop! Mengada-ngada! Bila entah orang jadi mak we dia? Perasan!” ~ Iqa

Bertemu Atiqah, prinsip yang cuba dipertahankan Zharif untuk bercinta selepas berkahwin hilang entah ke mana. Puas mengelak, ‘rasa itu’ tetap datang menyapa.


  Tapi malangnya, ada Afif di antara mereka.

“Awak beruntung dapat Afif. Dia memang sesuai dengan awak. He has everything that I don’t have.” ~ Zharif.

Dia mengalah demi Atiqah. Dia mahu melihat wanita kesayangannya bahagia bersama lelaki pilihan keluarga.

Kerana merasakan cintanya tidak dihargai Zharif, Atiqah bertekad untuk menjadi isteri yang baik kepada Afif. Begitu dia berazam untuk setia, begitu dia berusaha agar hatinya redha. Malangnya Afif bukan lelaki yang layak menerima cinta dan kesetiaannya.

Apakah yang akan terjadi bila Zharif pulang bersama kesalan? Sanggupkah Atiqah bertahan dalam sebuah rumah tangga penuh gelora?

“Kan Iqa dah janji dengan abang. Takkan tinggalkan abang selagi ada nyawa Iqa? Lupa?” ~ Atiqah.

Siapakah yang layak menerima cinta Atiqah? Zharif atau Afif?

sumber: idea kreatif publication

Last edited by sapp73 on 11-11-2013 09:51 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 09:53 PM | Show all posts


Tajuk : JANGAN BENCI CINTAKU
Penulis : EMY ROBERTO
Harga : RM23(semenanjung)/RM26(Sabah/Sarawak)
ISBN : 978-967-11925- 9-7
Muka Surat : 500
Tarikh Terbit : 30 Nov 2013

Sinopsis :

Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan.

“Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal
‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa.

Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. Tetapi…..

“Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal

Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah.

‘Make him fall for you!’- Damia

Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah.

“Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal
“Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa
“Mari, saya peluk.” - Shahrizal

Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai?

Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.376192 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list