CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 27603|Reply: 75

[Penerbit] Idea Kreatif Publication

[Copy link]
Post time 30-7-2013 08:45 PM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2013 08:48 PM | Show all posts


Pergi Tanpa Alasan
Penulis : Hani Fazuha
PENERBIT : IDEA KREATIF
ISBN : 978-967-11925-1-1
TAHUN : 2013


Harga: RM 23.00 / 26.00

Ulasan
Rihana dan Hakim, dua nama dari dua dunia berbeza, ditemukan dalam kancah penuh dosa. Bagi Hakim, Rihana itu tidak ubah seperti pelacur kelas atasan. Bagi Rihana, Hakim itu sama saja dengan lelaki kaya raya yang harus dilayan untuk mengeluarkan duit dari poketnya. “Kahwin dengan I Rin, I’ll pay you two million.” - Hakim “Dua juta tidak cukup untuk membeli maruah I, Hakim”- Rihana Segalanya berubah apabila Rihana bertemu hidayah-Nya dan meninggalkan dunia kelam untuk berubah ke arah kebaikan. Hakim jadi panasaran mencari Rihana yang hilang. Bertemu kembali setelah enam bulan berlalu dan melihat Rihana yang ‘baru’, Hakim jadi sedar yang dia mahukan Rihana bukan kerana nafsu tetapi kerana rasa yang satu itu sudah meresap meracuni hatinya. Namun, melihat Rihana makin rapat dengan Ridzwan, jutawan muda yang tidak kurang kacaknya buatkan Hakim rasa tergugat. Biarpun Ridzwan itu teman baiknya, tidak bermakna Rihana juga harus menjadi teman baik lelaki itu. Bijaknya Hakim memerangkap telah mengikat Rihana dalam sebuah perkahwinan yang sangat rumit. Kerana Hakim itu sudah menjadi tunangan Nelly, Rihana harus menjadi isteri secara sembunyi. Namun, apa akan jadi bila kisah silam Rihana dibongkar dan dikorek hingga ke akar umbi? “Hakim, I rasa macam tak layak untuk you.”- Rihana “Walau I harus mati kerana memilih you, I tetap akan pilih you.” Hakim Kalau mati pun dia sanggup untuk Rihana, apalah sangat jika dia harus kehilangan seluruh hartanya demi wanita itu. Mampukah perkahwinan mereka bertahan bila hidup diuji kesusahan? Sanggupkah Hakim melepaskan Rihana ke tangan Ridzwan demi merungkai segala kerumitan? ~ Rin… your love is the only thing keeping me alive ~ Hakim

Dia.. Random Guy
Penulis : Farah Husain
PENERBIT : IDEA KREATIF
ISBN : 978-967-11925-0-4
TAHUN : 2013


Harga: RM 23.00 / 26.00

Ulasan
Kerana tidak mahu dicop sebagai ‘loser’, Alina Suffiya bertindak pantas menarik lengan jejaka ‘random’ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya. Apa nak buat, hanya si random itu saja yang dia nampak ketika itu. Hidup Zariel Amzar yang tenang dan damai tiba-tiba seperti menaiki roller-coaster di taman tema. Ini semua perempuan psiko tu punya pasal! Gosip liar mula tersebar dan dia diberi tekanan oleh mama tersayang. Suratan atau kebetulan? Mereka kini di bawah satu bumbung. Amzar mengambil peluang untuk membalas rasa sakit hati. Alina dibuang kerja atas alasan mengurangkan perbelanjaan syarikat. “You are one heartless man! Saya harap…. Tak! saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu.” - Alina “You know what, I take back my word. You ni bukan gila… but downright psycho. Go and get a treatment!”- Amzar. Kita hanya merancang. Sangka Alin selepas peristiwa itu dia tidak perlu berjumpa Si Random Guy lagi. Tapi takdir ada rancangan berbeza dan hidup mereka tidak lagi seperti dulu. “You ingat you ni tuan puteri ke nak kena berjemput segala?”- Amzar “Manalah saya tahu kena tunggu di bawah ni. Saya ingat encik ada di atas, saya naiklah!”- Alina Mengenali seorang Amzar, perasaan yang Alina kunci dalam hati, muncul kembali. Cik jantung mula berdegup kencang dan cik hati mengedik tak tentu hala. Kemunculan Hairi yang cuba mendekati semula Alina, mengundang krisis dalam hati Amzar. Apabila Cik Kerani dilayan sedingin salju, dia pula diberi ‘layanan bahu sejuk’. Menggelabah pula nak memujuk. Walaupun mulut kata benci, hati mula menari! ‘Isyyy.. kacau daun betul Si Hairi ni. Dah pergi tu, pergi ajelah’. Siapakah yang berjaya membuka kunci hati Alina. - Hairi atau Dia… Random Guy?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2013 08:49 PM | Show all posts


BERKEMBAR LAGI!!!

Khas untuk anda, Idea Kreatif mempersembahkan satu lagi tajuk yang akan 'berkembar bersama Terukir Cinta' untuk keluaran Ogos 2013.

PUJUK HATI DIA by SARNIA YAHYA

(Peringatan!! Ini hanyalah poster Promosi. Bukan cover sebenar)

**** Sinopsis****

Sejarah hidup menjadikan hati seorang Ain Najiha keras membeku. Dia jadi optimis pada golongan kaya raya.

“Aku nak kau ambik cek tu dan berhambus dari pejabat ni dan juga hidup Fendi, faham! Jangan datang ke sini lagi.”- Datin Fariza.

Terasa pedih hatinya apabila kasih sayang menjadi barang dagangan. Dia tahu dia miskin tetapi, dia bukan mata duitan.

Lari dari Fendi yang sudah bergelar tunangan orang, Ain ditemukan pula dengan Tengku Ritzlan, si duda kaya yang sombong dan ego. Kali ini, dia tidak mahu menjadi perempuan lemah yang mudah diperkotak katikkan.

“Macam mana tengku boleh tak nampak, sedangkan kereta saya lebih besar daripada mata tengku!” – Ain Najiha

Tengku Ritzlan menanggalkan kaca matanya. Semakin kecil matanya yang sepet itu sebaik mendengar kata-kata Ain. Perempuan ni mulut kecil tapi berbisa, desis hatinya.

Geram dengan kelantangan Ain Najiha, Tengku Ritzlan cari peluang untuk membalas. Bicaranya sentiasa sinis sengaja mahu menyakitkan. Namun, jawapan balas gadis itu sering buatkan dia terkedu.

Dan... apabila dia tahu besarnya kesalahan keluarganya terhadap Ain, dia jadi malu sendiri. Ikhlasnya seorang Ain Najiha buatkan hati lelakinya terusik. Dia mula mengerti, dia mahukan Ain menjadi peneman hidupnya yang telah lama sunyi.

“Tak boleh ke awak panggil saya...” Tengku Ritzlan berdeham seperti memberi isyarat.
“Nak panggil apa lagi?” pintas Ain.
“Abang ke?”
Ain menghela nafasnya. “Apa kata saya panggil bang Ku?’
“Sampainya hati panggil saya bangku.”
“Yalah, singkatan daripada abang dan tengku.” Ain terus ketawa.
“Kejam sungguh... tak baik tau.”

Berjayakah Tengku Ritzlan pujuk hati Ain Najiha yang sudah membeku? Apa akan terjadi bila Fendi kembali memburu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 09:22 PM | Show all posts
Dia Random guy memang best XDDD kelakar..


Haah... itu cuma poster promosi, bukan cover sebenar sebab..

1) sebab kedua-dua cover tak ada pepatung (dragonfly)
2) kalau cover mesti kena kaler biru sebab kalau tak silap Idea Kreatif punya cover theme 'biru'..

rasa macam nak try anna lee punya lah.. tak pernah beli buku dia lagi ^^
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 11:29 PM | Show all posts
chit_ana posted on 30-7-2013 08:49 PM
BERKEMBAR LAGI!!!

Khas untuk anda, Idea Kreatif mempersembahkan satu lagi tajuk yang akan 'be ...

uwaah novel baru sarnia.....
dah buka order untuk online ke?
klu kat kedai buku lambat sikit......

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 07:49 AM | Show all posts
dah baca DRG ngan PTA.. novel yg boleh dijadikan koleksi.. just rase nye jalan citer lebih kurang sama... heroin kawin ngan anak orang kaya.. i bagi 3.5/5.. good start for idea kreatif
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2013 08:11 AM | Show all posts
Best...dua2 buku dah baca dan tidak mengecewakan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2013 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
qimi08 posted on 30-7-2013 11:29 PM
uwaah novel baru sarnia.....
dah buka order untuk online ke?
klu kat kedai buku lambat sikit.... ...


belum lagi.diorg bru promo je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2013 02:10 PM | Show all posts
baru memulakan bacaan PERGI TANPA ALASAN

macam best tapi.......

tunggu akhir baca baru bagi pandangan
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 09:54 PM | Show all posts
Idea kreatif nie bukan company kepunyaan Hani Fazura ker...macam ada terbaca kat mana tah..kalau salah tolong betulkan
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2013 11:26 AM | Show all posts
Dia, Random Guy not bad. Tak banyak sangat konflik. Kira jalan cerita yang smooth. Kisah cinta dua darjat yang tak ada halangan dari keluarga. Kalau nak ikutkan masih cliche tapi since penulis pandai olah jalan cerita dan banyak dialog yang manis, jadi cerita ni ada kelainan dia sendiri. Overall, 4/5 bintang. Ada certain part tu macam nampak terburu-buru sangat. Tapi, okeylah! ;)
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2013 11:27 AM | Show all posts
langit_biru18 posted on 2-8-2013 09:54 PM
Idea kreatif nie bukan company kepunyaan Hani Fazura ker...macam ada terbaca kat mana tah..kalau sal ...

Yup. Memang company Kak Hani Fazuha pun

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2013 12:34 AM | Show all posts


Novel Ogos 2013 dari Idea Kreatif Publication...
Diskaun RM2 untuk order online
(Official Order akan dibuka pada 21hb Ogos 2013)

Tajuk: Pujuk Hati Dia
Penulis: Sarnia Yahya
Harga : RM23.90sm / RM26.90ss
Terbitan : Idea Kreatif Publication
Sinopsis :
Sejarah hidup menjadikan hati seorang Ain Najiha keras membeku. Dia jadi pesimis terhadap golongan kaya.

“Aku nak kau ambik cek tu dan berhambus dari pejabat ni dan juga hidup Fendi, faham! Jangan datang ke sini lagi.”- Datin Fariza.

Terasa pedih hatinya apabila kasih sayang menjadi barang dagangan. Dia tahu dia miskin tetapi, dia bukan mata duitan.

Lari dari Fendi yang sudah bergelar tunangan orang, Ain ditemukan pula dengan Tengku Ritzlan, si duda kaya yang sombong dan ego. Kali ini, dia tidak mahu menjadi perempuan lemah yang mudah diperkotak katikkan.

“Macam mana tengku boleh tak nampak, sedangkan kereta saya lebih besar daripada mata tengku!” – Ain Najiha

Tengku Ritzlan menanggalkan kaca matanya. Semakin kecil matanya yang sepet itu sebaik mendengar kata-kata Ain. Perempuan ni mulut kecil tapi berbisa, desis hatinya.

Geram dengan kelantangan Ain Najiha, Tengku Ritzlan cari peluang untuk membalas. Bicaranya sentiasa sinis sengaja mahu menyakitkan. Namun, jawapan balas gadis itu sering buatkan dia terkedu.

Dan... apabila dia tahu besarnya kesalahan keluarganya terhadap Ain, dia jadi malu sendiri. Ikhlasnya seorang Ain Najiha buatkan hati lelakinya terusik. Dia mula mengerti, dia mahukan Ain menjadi peneman hidupnya yang telah lama sunyi.

“Tak boleh ke awak panggil saya...” Tengku Ritzlan berdeham seperti memberi isyarat.

“Nak panggil apa lagi?” pintas Ain.

“Abang ke?”

Ain menghela nafasnya. “Apa kata saya panggil bang Ku?’

“Sampainya hati panggil saya bangku.”

“Yalah, singkatan daripada abang dan tengku.” Ain terus ketawa.

“Kejam sungguh... tak baik tau.”

Berjayakah Tengku Ritzlan pujuk hati Ain Najiha yang sudah membeku? Apa akan terjadi bila Fendi kembali memburu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2013 12:35 AM | Show all posts


Novel Ogos 2013 dari Idea Kreatif...

Tajuk: Terukir Cinta
Penulis: Anna Lee
Harga : RM24.00sm / RM27.00ss
Terbitan : Idea Kreatif Publication
Sinopsis :
Nadia yang polos, Nadia yang setia. Dia cuma perlukan dua K dalam hidupnya. Kerjaya dan Kahwin. Kerjaya? Dia boleh memohon kerja. Tapi kahwin? Hah, itu yang susah!
Lima tahun bertemankan Imran, segalanya nampak mudah tetapi apabila emak mula mendesak soal kahwin, semuanya menjadi payah. Jawapan Imran buat hatinya naik geram.
“Alah. Pandai-pandailah awak goreng mak awak tu.”- Imran
“Awak, dia mak saya tau. Kalau awak, dah lama saya buat Imran-goreng-sambal-belacan!”- Nadia
Kesabaran Nadia sampai ke kemuncaknya apabila Imran mula mencabarnya. Tanpa berfikir panjang dia nekad melamar lelaki yang kebetulan lalu di situ.
“Awak, nak kahwin dengan saya tak?” - Nadia
“O… key. Bila?” Tergagap-gagap lelaki itu menyatakan persetujuannya.
Di mata Nadia, lelaki itu nampak serabai tetapi apa dia kisah. Niat hatinya cuma satu, nak-buat-Imran-cemburu! Namun siapa sangka tindakan nekad itu, merubah corak hidupnya. Pertemuan demi pertemuan berlaku selepas itu. Siapa sangka juga, si serabai yang mata merah macam mat gian itu pakai kereta Audi yang ‘seksi’.
“Mesti awak ingat saya ni pencuri kereta, kan?” - Khalif
“Tak. Mula-mula saya sangka awak ni mat gian. Tapi tak sangka rupanya awak ni mat gian campur pencuri kereta!”- Nadia
Mereka bertemu lagi tapi kali ini si serabai sudah berubah rupa, smart dan bergaya. Waktu itu, si serabai mengaku dia seorang driver. Siapakah dia sebenarnya?
Makin lama, mereka serasi bersama tapi, Imran bagaimana? Apa akan berlaku apabila Nadia tahu siapa Khalif sebenarnya? Siapa yang Nadia pilih, Imran atau Khalif?
Berjayakah Nadia mendapatkan dua K yang sangat penting dalam hidupnya?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 11:16 AM | Show all posts
idea kratif ni kak hani fazuha yg punya.
ada terbaca kt ruangan dlm novel dia.
sekarang ni, banyak penulis buka syarikat sendiri.

dah baca dia..random guy, dgn pergi tanpa alasan.
ok lah masuk dg selera dan boleh dibagi 3.5 bintang.

bila baca sinop novel anna lee,agak sama jln ceritanya dgn dia..random guy.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 11:58 AM | Show all posts
dah baca pergi tanpa pesan...not bad...suka suka...
n dah rasa mcm nak cari dia..random guy....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2013 08:09 PM | Show all posts
Pergi tanpa alasan-Hani fazuha
Dia random guy-farah hussain

Dua2 novel ni best..Dan berbaloi dijadikan koleksi..
4 bintang sbb mmg puas hati baca dr mula smpai abis.l.
Cover pon ok..cantik..tema biru gitu

Tunggu novel sarnia yahya pulak lps ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 12:40 PM | Show all posts
Baru settle baca Pergi Tanpa Alasan - Hani Fazuha

Kisah Rihana dan Hakim. Diaorang berdua nie ada sejarah masing-masing. Rihana pernah menjadi escort pada golongan atasan yang mana tugasnya hanyalah menemani mereka. Cukup sekadar menjadi teman bersembang dan bukannya hingga ke atas katil. Semua yang ingin mendapatkan khidmatnya perlulah setuju 100% dengan syarat yang diletakkan. Salah seorang pelanggannya adalah Hakim, anak muda yang ada segala-segalanya. Rupa, harta. Bagi Hakim, Rihana lain daripada perempuan-perempuan yang sering diusung ke sana sini selama ini. Kehilangan Rihana secara tiba-tiba buat hati Hakim semakin lain. Dan dia mula sedar, apa yang diinginkan pada Rihana bukanlah pada kecantikkan semata-mata. Rihana ibarat dos yang dapat menghilangkan segala keserabutan yang dialami.

Pertemuan kembali dengan Rihana buat Hakim bersungguh-sungguh untuk tawan hati itu kembali walaupun banyak perubahan yang telah berlaku pada Rihana. Rihana cuba untuk mengelakkan dirinya dari ada kaitan dengan Hakim kerana dia tahu jauh dalam hatinya, Hakim adalah lelaki yang sangat istimewa. Tentangan keluarga, kewujudan Nelly dan kehadiran Ridzwan, buat cerita cinta mereka mengundang pelbagai emosi.

Ok. Aku beli buku nie sebab baca komen mengatakan buku nie best. I nie jenis yang pantang kalau orang kata best. Bergegas lari ke kedai buku. Hehehehe... Nie aku baca kat atas2 tu, ada yang komen Dia, Random Guy pun best, jawabnya balik nie haruslah memanjat ke Popular Aku tak banyak novel Kak Hani. Yang aku ada cuma Mengukir Bahagia, rasanya novel pertama dia dengan Alaf21. Aku suka cerita tu. Dan jujur aku pun bagitau, aku suka cerita nie jugak. Memang dekat bio Kak Hani pada helaian belakang buku, ada tertulis yang company tu adalah company dia, Bagus kan mcm nie. Bertambah rzeki dia. Alhamdulilah

So, last word from me, congratulation kak. Buku nie memang berbaloi untuk jadi koleksi saya. Korang yang tak baca lagi, p lah beli sebuah. Simpan buat koleksi jugak mcm aku

P/S : Dah selamat jugak baca buku Hati Kala Cinta & Bebunga Kasih Last edited by honey_d7881 on 26-8-2013 12:43 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 03:18 PM | Show all posts
honey_d7881 posted on 26-8-2013 12:40 PM
Baru settle baca Pergi Tanpa Alasan - Hani Fazuha

Kisah Rihana dan Hakim. Diaorang b ...

honey_d7881, saya dah baca dia...random guy. not bad....boleh buat koleksi....sila dapatkan segera.....
mula tu gelak2 je baca.....dah nak last tu...bergenang airmata.......
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 03:44 PM | Show all posts
ikz posted on 26-8-2013 03:18 PM
honey_d7881, saya dah baca dia...random guy. not bad....boleh buat koleksi....sila dapatkan segera ...

Saya tengah baca kat blog dia nie. Bab2 bergaduh nie actually dah banyak jumpa rasanya dalam novel2 sekarang nie. Cuma jalan cerita seterusnya yang buat samada cerita tu menarik atau tak

Erk? Sedih? Last2 dia still dengan Amzar kan? Bocorkan sikit. Janganla cakap dia dengan Zafril plak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.081576 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list