CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1690|Reply: 7

“Mungkin Saya Akan Beraya Bersama Fasha Sandha” – Nora Danish

 Close [Copy link]
Post time 29-7-2013 04:05 PM | Show all posts |Read mode





Setiap kali Syawal menjelma, pasti ramai yang tidak mahu ketinggalan pulang ke kampung halaman untuk meraikannya bersama sanak-saudara. Tahun ini pelakon jelita yang juga merupakan duta Anugerah Syawal TV3, Nora Danish akan pulang beraya di rumah bekas mertuanya di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
“Raya pertama saya akan balik beraya di rumah bekas mertua saya di Perak dan selepas itu barulah saya akan membawa anak saya Rayqal bercuti pula. Ini sudah menjadi tradisi saya dan keluarga apabila pulang beraya pada hari raya pertama di rumah bekas mentua di Perak. Lagipun saya memang suka pulang untuk menjamah makanan yang enak seperti Rendang Tok yang amat popular dan sedap untuk dijamah pada hari raya pertama. Kemungkinan besar juga saya akan beraya bersama-sama dengan Fasha Sandha di sana,” cerita Nora.
Bercerita mengenai Ramadan tahun ini, Nora banyak menghabiskan masa membuat kerja-kerja kebajikan seperti berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim dan bertarawikh bersama-sama keluarganya.
“Pada bulan puasa tahun ini, saya tidak banyak menjalani penggambaran. Saya banyak berehat dan meluangkan masa untuk anak dan keluarga. Selain itu, saya juga banyak menghadiri aktiviti-aktiviti kebajikan seperti berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan juga memenuhi aktiviti-aktiviti yang telah TV3 sediakan untuk saya kerana pada tahun ini saya cukup bertuah dan bersyukur kerana telah dipilih untuk menjadi duta Anugerah Syawal TV3. Sekiranya tidak ada apa-apa aktiviti di luar saya hanya meluangkan masa bersama anak di rumah dan sama-sama mengejarkan solat Tarawikh,” ujarnya mengakhiri perbualan.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2013 04:14 PM | Show all posts
lantok kome ler ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 04:15 PM | Show all posts
astro kah???
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 04:18 PM | Show all posts
elok la tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 04:19 PM | Show all posts
motif bukak benang baru?
berpage-page rumah satu lagi karats vs haters dok berbalas posting pasal isu ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 04:19 PM | Show all posts
@maxim katupp

dah ada benang ni tgh berperang pong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2013 04:20 PM | Show all posts
kan dah ada bincang hal ni.
dlam thread sebelah2
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 04:21 PM | Show all posts
abeh, benang baru ni nak buat hapa? cer tepek gambo bebanyak sket
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.066648 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list