View: 2805|Reply: 16
|
Norman (KRU) Enggan Komen Hal Politik
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Penerbit album Norman Abdul Halim membuat keputusan untuk tidak lagi membicarakan hal-hal berkaitan politik di mana-mana laman-laman sosial bagi menjaga hati pelbagai pihak.
Norman, 41, berkata, dia menyedari tindakannya mengecam sebuah parti politik di laman sosial Twitter beberapa bulan lalu telah menimbulkan kemarahan golongan tertentu.
"Saya tidak akan bercakap soal politik lagi kerana ia tiada kena mengena dengan kerjaya saya dan saya bukan ahli politik untuk bercakap tentang itu.
"Saya sedar apa yang saya tulis di Twitter dahulu telah menguris hati dan menimbulkan kemarahan banyak pihak," katanya ketika ditemui pada rakaman Melodi Raya, di sini, Selasa lalu.
Tambahnya, dia akan lebih berhati-hati sebelum mengutarakan sesuatu perkara yang melibatkan sensitiviti masyarakat.
Norman menerusi Twitter pada April lalu mendakwa industri hiburan negara ini akan hancur jika Pakatan Rakyat (PR) termasuklah PAS memerintah negara.
Komen tersebut mendapat kritikan banyak pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan itu termasuk penyanyi Faizal Tahir yang pada masa yang sama telah mengeluarkan status membantah kenyataannya.
Disebabkan perkara itu juga, Faizal Tahir dikatakan telah digam oleh beberapa pihak akibat dari kenyataan-kenyataan Twitter miliknya yang berbaur politik seperti menyokong pembangkang.
Sementara itu, Norman menafikan menjadi punca kepada kontroversi penyanyi Faizal Tahir yang kononnya digam oleh sebuah stesen televisyen.
"Saya tiada kuasa untuk menyuruh mana-mana stesen televisyen atau radio menyenaraihitamkan mana-mana artis sekali pun.
"Apa yang saya tulis di Twitter itu sekadar pendapat saya sebagai rakyat Malaysia sahaja, begitu juga Faizal Tahir yang turut menyatakan pendapatnya juga," katanya.
Last edited by freekey on 25-7-2013 01:54 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
jadi bisnesman kne bijak. undi adalah rahsia konsepnya |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa thread ni kekal satu page jah |
|
|
|
|
|
|
|
takkan hancurnya pas kan pencacai DAPIG. |
|
|
|
|
|
|
|
itu lah sepatut nye..tak payah bincang hal poilitik sbg artis, lainla kalo jd adun @ ahli parlimen |
|
|
|
|
|
|
|
pegi mampos laa norman and KRU, dah boikot dah....
ko orang hiburan sama macam orang meniaga, apa fahaman, kena diam2 dan sembunyi.. customer dari perlabgai pihak... bila tunjuk bodo camnih... padan laa muka ko....
lepas nih bleh laa dapat geran kerajaan lagi dan tunggu macai UMNO macai cina MCA dan GERAKAN ajer yg support.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus!
Kalau tak reti dlm berpolitik, lebih baik diam..
Sebagai ahli perniagaan, seharusnya Norman Abdul Halim tidak menunjukkan kebodohannya secara umum..
Kalau tidak, sendiri mau ingat.. |
|
|
|
|
|
|
|
menyampahnya avatar ashraf muslim |
|
|
|
|
|
|
|
Eh komen la komen laa
nanti kami xdak bahan nak menjuyahh |
|
|
|
|
|
|
|
bagus lah ambik pendekatan berkecuali
kekdah selamat jah...
|
|
|
|
|
|
|
|
kah kah kah..kalau pas jadi kerajaan industri muzik2 malaysia hancur... kah kah kah...
awas..gerak dan langkah mu oh!!!!
lagu cam fak, muzik siok sndiri, seni kata tah hape2, menyanyi perasan best = kehebatan industri muzik malaya
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni mcm ackiok kan, ada projek dgn kerajaan..
awie tu sokong umno sbb bukak kelab malam..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|