CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16955|Reply: 153

[Tempatan] Bala ribut landa bazar Ramadhan sekelip mata, peniaga hanya mampu tunduk

[Copy link]
Post time 24-7-2013 01:11 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan khemah yang menghempap gerai-gerai peniaga dalam
kejadian ribut di Bazar Ramadan Chemor, kelmarin.



Mohd Arimin menunjukkan balang air untuk berniaga pecah.


Keadaan khemah yang menghempap gerai-gerai peniaga dalam
kejadian ribut di Bazar Ramadan Chemor, kelmarin


CHEMOR – Tiada awan mendung dan hujan! Namun, peniaga bazar Ramadan di sini melalui detik mencemaskan apabila khemah milik 15 peniaga roboh dilanda angin kencang petang, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.50 petang itu ketika bazar tersebut dipenuhi pengunjung yang sedang membeli juada berbuka puasa.

Kelajuan angin begitu luar biasa sehinggakan pasak yang mengukuhkan beberapa khemah di bazar tersebut tercabut.

Walaupun berlaku kurang daripada empat minit, kejadian itu mengakibatkan beberapa peniaga mengalami kerugian disebabkan pelbagai makanan jualan seperti lauk-pauk, kuih-muih serta minuman musnah.

Dalam kejadian itu, seorang peniaga air, Mohd Arimin Awang Ghani, 34, mengalami kecederaan ringan di kepala akibat ditimpa besi khemah.

Katanya, dia melihat sendiri khemah peniaga terangkat setinggi dua meter sebelum menghempap peralatan perniagaan dan kenderaan berhampiran.

Saya sempat tunduk bersama isteri ketika khemah terangkat dan dalam sekelip mata dia terus menghempap balang air dan terseret mengenai deretan kereta di belakang.

“Empat balang air saya musnah selain bahagian bonet kereta kemek ditimpa besi khemah. Kami tergamam dengan kejadian ini kerana sepanjang 12 tahun berniaga, ia pertama kali berlaku,” katanya yang kerugian lebih RM500.

Seorang peniaga, Mohd Sani Khiri, 29, berkata, dia bersama rakannya sedang melayan pelanggan yang datang ke gerai untuk membeli roti john.

Memang tiada tanda-tanda hendak hujan, tapi angin kuat itu datang sekali lalu dalam sekelip mata menyebabkan lima kenderaan milik peniaga dan pengunjung terjejas,” katanya.

sumber;
http://www.sinarharian.com.my/pe ... ar-ramadan-1.186023

p/s; adakah ini peringatan sebab kaut untung tak ingat dunia & akhirat?
Last edited by maniack88 on 24-7-2013 01:38 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2013 01:12 PM | Show all posts
bala dari Allah? tp pasal apa?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 01:25 PM | Show all posts
cobaan...................
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 01:26 PM | Show all posts
macam kejadian kat Melaka tahun sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 01:27 PM | Show all posts
Nash^Roy posted on 24-7-2013 01:12 PM
bala dari Allah? tp pasal apa?

tipu pelanggan kot..jgn lahar aku
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 01:28 PM | Show all posts
skrg Allah bagi cash terus?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2013 01:29 PM | Show all posts
Ni meniaga ni zakat ngan income tax bayar ke tak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 01:29 PM | Show all posts
Sendiri mau ingatlah ye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2013 01:32 PM | Show all posts
sikit sikit bala dari Allah...ini nama nya dugaan dari Allah di bulan Ramadan sbb DIA sayang kita...

Allah menduga hambanya dengan bermcm mcm cara mengikut kemampuan kamu menerima dugaannya....

barang rosak tak apa...rugi tak apa...yg penting nyawa selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 01:34 PM | Show all posts
Kena batang hidung sendiri dikira dugaan,kena pada org lain dikira balasan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 01:34 PM | Show all posts
bazar ramadan lain pun sama, semua cari untung cekik darah...tak pulak kena ribut topan
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 01:35 PM | Show all posts
baru dugaan sikit je ni..moga semua yg terlibat ambil hikmah dn pengajaran drp peristiwa ni..banyakkan beristighfar dan berselawat sambil meniaga tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 01:41 PM | Show all posts
banyak tu rm500.. macam mana dia estimate?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2013 01:43 PM | Show all posts
redz85 posted on 24-7-2013 01:41 PM
banyak tu rm500.. macam mana dia estimate?

dia estimate untung harian kot kekeke

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 01:44 PM | Show all posts
APOLLYON posted on 24-7-2013 01:34 PM
Kena batang hidung sendiri dikira dugaan,kena pada org lain dikira balasan..

tak tepat.. kena kat msia dikira dugaan.. kena kat US or Isreal tu dikira balasan..

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 01:48 PM | Show all posts
c===8 posted on 24-7-2013 01:34 PM
bazar ramadan lain pun sama, semua cari untung cekik darah...tak pulak kena ribut topan

ade y jual y hok smlm punye.......pnipu beto
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2013 01:48 PM | Show all posts
c===8 posted on 24-7-2013 01:34 PM
bazar ramadan lain pun sama, semua cari untung cekik darah...tak pulak kena ribut topan

Senang saja. Jgn beli. Aku tahun ni blm beli apa2 lg dr Bazaar Ramadhan. Benci aku nengok brg yg dijual dgn harga merepek. Pastu ada yg basi, ada yg makanan semalam.

Dari posa 1 smp skrg aku balik rmh dgn org rmh kami masak sendiri .Simple2 pun asalkan sendiri masak. Dpd aku beli kuih2, aku beli roti.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 01:49 PM | Show all posts
sejak 2010..ada je bazar ramadan melayang..apalah poncanya...sebab penebangan banyak pokok kot yang menyebabkan angin yang betiup kencang tidak dapat di perlahankan oleh pohon2 yang indah
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 02:21 PM | Show all posts
maniack88 posted on 24-7-2013 01:43 PM
dia estimate untung harian kot kekeke

jual air 4 balang dapat begitu banyak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 02:24 PM | Show all posts
Peterpan17 posted on 24-7-2013 01:48 PM
Senang saja. Jgn beli. Aku tahun ni blm beli apa2 lg dr Bazaar Ramadhan. Benci aku nengok brg yg d ...

aku pun tak beli dari bazaar.. mak aku masak lagi sedap.. aku rela beli pizza hut atau McD..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.096327 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list