CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15778|Reply: 193

[Tempatan] JAWI: Bekas peserta ratu cantik hina Islam

[Copy link]
Post time 23-7-2013 08:25 PM | Show all posts |Read mode

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyifatkan, kenyataan bekas peserta Miss Malaysia World 2013 yang kecewa dengan fatwa mengharamkan orang Islam menyertai pertandingan ratu cantik, sebagai menghina Islam.

Dalam kenyataannya petang ini, JAWI merujuk kepada laporan Berita Harian hari ini, yang antaranya memetik reaksi dua daripada empat peserta Muslim pertandingan itu, iaitu Sara Amelia Muhammad Bernard (bawah) dan Wafa Johanne De Korte.

"Berdasarkan laporan akhbar tersebut, peserta terbabit menyatakan kekecewaan mereka dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

"Oleh itu kenyataan tersebut dianggap telah menghina Islam," menurut kenyataan jabatan agama Islam itu lagi.

Berita Harian hari ini melaporkan, empat peserta Islam pertandingan Miss Malaysia World 2013 yang digugurkan dan dihilangkan kelayakan dalam pertandingan itu tetap berkeras untuk bertanding di peringkat akhir pada 2 Ogos ini.

Menurut harian itu lagi, Sara Amelia, 20, berkata, dia kecewa dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

Katanya, beliau sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi dimaklumkan penganjur bahawa ia dibenarkan kerana mereka tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian suka.

Kertas siasatan dibuka

Sementara Wafa Johanna, 19, pula dipetik sebagai berkata, beliau terharu melihat penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri mereka untuk mewakili orang Melayu dalam pertandingan itu.

Dia juga berkata berbesar hati untuk meneruskannya jika masih diberi peluang.

Penganjur pertandingan Datuk Anna Lim dilapor berkata, walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

Berita Harian dalam laporan itu bagaimanapun tidak memetik pandangan dua lagi bekas peserta pertandingan itu -- Kathrina Rizuan, 23, dan Miera Sheikh, 19.

Fatwa yang diwartakan pada 8 Februari 1996 bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam WIlayah Persekutuan 1993 memutuskan, menyertai, menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa untuk pertandingan ratu cantik haram dan berdosa bagi orang Islam.

Sehubungan itu, JAWI hari ini berkata, bahagian penguatkuasaannya kini telah membuka kertas siasatan bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).

Menurut jabatan itu, sebagai agensi penguatkuasa agama, JAWI akan akan menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti serta keterangan yang mencukupi.

"Pendakwaan akan dibuat terhadap mereka yang terlibat di Mahkamah Syariah," katanya.

Sekiranya disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum denda tidak melebihi 3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Sara Amelia persoal fatwa 'lapuk' isu ratu cantik

Seorang peserta ratu cantik Sara Amelia Bernard mempersoalkan satu fatwa yang menyebabkan penganjur menggugurkan beliau daripada menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013.

Beliau mendakwa fatwa yang diwartakan pada 1996 itu “lapuk” dan tidak lagi sesuai digunakan pada masa sekarang.

Sara Amelia dalam tulisannya di Facebook menjelaskan, penganjur pertandingan berkenaan telahpun meminda peraturan untuk membenarkan peserta berpakaian sopan bagi memberi kesesuaian kepada peserta wanita beragama Islam.

"Saya telah diberitahu bahawa sebagai peserta beragama Islam, saya tidak akan memakai pakaian renang dalam pusingan baju renang sebaliknya hanya perlu berpakaian sederhana sama ada baju renang dengan seluar atau pakaian sukan.

"Saya juga telah diberitahu bahawa pertandingan akhir peringkat antarabangsa akan diadakan di negara Islam jiran kita, Indonesia," tulisnya.

Pertandingan akhir ini akan berlangsung di Bali dan Jakarta pada bulan September di tengah-tengah ancaman protes oleh kumpulan konservatif agama.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/236503
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/236527

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2013 08:25 PM | Show all posts
I dengar merokok pun haram. betul kah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 08:33 PM | Show all posts
meh sini nk hina JAWI dan sewaktu dengannya..bukan hina Islam...

yang menebeng kat tv sume ko tk nk kondem..yang dating2 tk nk kondem...yang rempit2 tk nk kondem... yang tak amanah ko tk nk kondem... yang menipu ko tak nk kondem....yang guna nama konon2 banyak berjasa rekemen anak bini buat bisnes jota ko tk nk kondem.....geng2 baitulmal ko sndiri nyonyot duit zakat agih pilih2 kasih yang kononnya bejota tu ko tk nk kondem...yang miskin carik duit siang malam ko siubuk kondem tk bersyukur tk solat..... last2 cakap kami tk de kuasa dan ibadah adalah wajib dalam Islam.....

yang tk semayang jumaat sibuk nk ambus...yang tk puasa sibuk nk ambush...yang dedah2 sibuk nak ambush...last2 cakap diorang tak hormati Islam...yang miskin carik duit siang malam ko sibuk kondem tk bersyukur tk solat

dah ambush orng tk smayang jumaat...dah ambush orang tk puasa...dah ambush awek dedah2 lawa2....korang yang penguatkuasa berkopiah ni sure ke leh secure diorang bertobat dot dot dot...korang yang berjanggut ni sure ke diorang leh secure direct way to paradise...

naik menyampah aku..... maqasid shariah la sangat!
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 08:35 PM | Show all posts
sesetengah manusia banyak senang rasa terhina, apa sebabnya???
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 08:44 PM | Show all posts
ada harapan ke menang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 08:45 PM | Show all posts
v(T.T)v posted on 23-7-2013 08:41 PM
ada masalah? nak lebih arab dr arab?

tangkap dia!!!!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2013 08:45 PM | Show all posts
sila pantau jugak artis2 kat laman soshiyal..majlis2.. yg pakai baju seroper nak telanjang tuh.. jangan berat sebelah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 08:48 PM | Show all posts
Islam terhina tersentap sepanjang masa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2013 08:49 PM | Show all posts
susah jugak depa nak menjalankan tugas....
buat dikomen itu, lepas dikomen ini....... serba tak kena....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 08:50 PM | Show all posts
3 gp melayu melambak kat intenet, tak terhina?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 08:51 PM | Show all posts
ini semua salah arqam...

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 08:57 PM | Show all posts
agenda halus ummah yehudi dan nasrani yang cemburu dengan pencapaian ummah... takpun senjata harpp
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 08:58 PM | Show all posts
v(T.T)v posted on 23-7-2013 08:50 PM
3 gp melayu melambak kat intenet, tak terhina?

benda sedap bang, bakpe nak terhena
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 23-7-2013 08:33 PM
meh sini nk hina JAWI dan sewaktu dengannya..bukan hina Islam...

yang menebeng kat tv sume ko tk  ...

ko pernah kena ambush sbb ponteng solat jumaat n makan di khalayak ramai masa bln posa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 09:02 PM | Show all posts
Inilah keindahe
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 09:04 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 23-7-2013 08:57 PM
agenda halus ummah yehudi dan nasrani yang cemburu dengan pencapaian ummah... takpun senjata harpp

Ya ya bak kata lobai kupiah merah.....agenda halus.....hahahahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2013 09:05 PM | Show all posts
fuweng posted on 23-7-2013 08:25 PM
I dengar merokok pun haram. betul kah?

Khabarnya menyambut hari St. Valentine pon harom gak..... Tapi menala tawanan perang okay.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 09:08 PM | Show all posts
mrsrezza posted on 23-7-2013 08:59 PM
ko pernah kena ambush sbb ponteng solat jumaat n makan di khalayak ramai masa bln posa ke?

belom lg...shhh..diam2
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 23-7-2013 09:08 PM
belom lg...shhh..diam2

belom di ambush tuk kali kesepuloh kan..haha
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pyah nk terasa sangat laaah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.443061 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list