CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1972|Reply: 3

Berhajat kepada Allah

[Copy link]
Post time 22-7-2013 03:17 PM | Show all posts |Read mode


UMUM mengetahui bahawa doa adalah salah satu bentuk ibadah. Doa dapat difahami sebagai permohonan atau permintaan yang baik dengan bahasa yang baik kepada Tuhan. Doa yang dipinta adalah memohon kebaikan dengan restu daripada Allah. Ibu bapa wajar mendidik anak-anak supaya sentiasa berdoa dalam kehidupan dengan memohon ke arah kebaikan bukan keburukan.


Pada hakikatnya, kita sebagai manusia sering mengalami pelbagai masalah dan kita semua berhajat kepada Allah untuk menyelesaikan masalah. Kita semua adalah orang-orang fakir akan rahmat Allah. Tidak seorang pun daripada kita di dunia ini yang tidak mempunyai impian yang ingin dicapai. Siapa di antara kita yang tidak pernah berbuat maksiat atau kesalahan dan kemudiannya mengharap Allah mengampunkan semuanya.


Oleh itu, hanya melalui doa iaitu permintaan kepada Allah sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalah. Justeru, doa merupakan ubat yang paling bermanfaat. Doa juga penolak penyakit dan musibah. Doa akan menolak, mengatasi, mencegah kedatangan, menghilangkan atau meringankan penyakit jika sudah ditimpa penyakit. Doa adalah senjata seorang mukmin.


Al-Hakim meriwayatkan dalam kitab sahihnya daripada sahabat Ali bin Abu Talib r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Doa adalah senjata seorang mukmin, tiang penyangga agama, serta lentera (lampu) langit dan bumi".



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2013 10:28 PM | Show all posts
Bismillah

اِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيْعَادَ
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 10:26 AM | Show all posts
sungguh...Allah maha mengetahui..maha mendengar.. pemurah...pengasih..penyayang..
ko mintak la apa aje...sungguh2 mintak... tak cepat, lambat... Dia makbulkan..
Yg penting, jgn sekali2 berburuk sangka dgn Allah kerana
Allah adalah sebaik2 perancang!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 03:27 PM | Show all posts
"YaAllah Ya Tuhan Ku yang Maha Agung,yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SesungguhNya, tiada daya upaya daripada ku, melainkan atas belas ihsan Mu, Yang Maha Berkuasa. Ampunilah hambaMu ini yang sentiasa berdosa kepada Mu YaAllah. Hanya kepada Engkaulah hambaMu ini menyembah dan hanya kepada Mu jualah hambaMu ini mohon pertolongan, Cukuplah hanya Engkau YaAllah menjadi Penolong bagi hambaMu dan hanyaEngkau jualah adalah sebaik-baik pelindung, YaAllah. Tunjukilah hambaMu yang buta ini, ke jalan yang lurus. Jalan-jalan mereka yang terdahulu yang telah engkau anugerahkan nikmat kepada mereka. Bukan jalan2 mereka yang sesat, dan bukan juga jalan2 mereka yang Engkau murkai. Amin~”
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.068010 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list