CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5528|Reply: 43

[Jenayah] Jadi GRO demi anak

[Copy link]
Post time 22-7-2013 07:52 AM | Show all posts |Read mode
Seberang Jaya: Memberi alasan kesempitan wang selain bimbang hak penjagaan anak akan diberikan kepada bekas suami, seorang ibu tunggal dikatakan sanggup bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan sebelum dicekup dalam Ops Maksiat di sebuah pusat hiburan di Bandar Sunway, di sini, awal pagi semalam.
Ketika serbuan wanita berusia 27 tahun itu yang berpakaian menjolok mata ditemui menari di pentas kecil yang mempunyai tiang dalam keadaan mabuk sambil beraksi dalam keadaan mengghairahkan.

Pada mulanya wanita itu enggan memberi kerjasama, malah mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai penguat kuasa agama menyebabkan keadaan kecoh seketika.


Operasi pada jam 1 pagi itu membabitkan sepasukan 27 pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan dibantu tujuh anggota dari Cawangan Pencegahan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan.

Khairul Azman berkata, berdasarkan siasatan wanita berkenaan baru seminggu bekerja di pusat hiburan itu secara sambilan dengan pendapatan antara RM20 hingga RM40 sehari dan tugasnya menuang arak kepada pelanggan selain menari di pentas disediakan.

Selain itu, katanya, wanita itu juga memperoleh komisen menjual botol arak yang dibeli serta tip daripada pelanggan.

Katanya, soal siasat dibuat, wanita itu mengaku mempunyai anak lelaki berusia empat tahun dan kini dijaga ibunya selepas bercerai dengan suami dan dia yang menghadapi masalah kewangan terpaksa bekerja sebagai GRO di premis berkenaan.

“Ketika ditahan wanita itu merayu dilepaskan dan bimbang bekas suaminya akan membuat tuntutan hak penjagaan anak kerana sejak bercerai, perbelanjaan dan makan minum anaknya diuruskan sendiri,” katanya.

Khairul Azman berkata, dalam pemeriksaan itu, pihaknya turut menahan tiga wanita beragama Islam berusia antara 20 hingga 30-an yang bekerja sebagai GRO dan pemeriksaan mendapati tiga daripada empat wanita itu mabuk selepas ujian pemeriksaan dilakukan positif.

Beliau berkata, dalam serbuan kedua di sebuah pusat hiburan di Perai, pihaknya menahan lima wanita berusia antara 20 hingga 30-an atas kesalahan sama dan mabuk serta empat daripada mereka pernah ditahan beberapa kali sebelum ini atas kesalahan sama termasuk seorang wanita lingkungan 20-an ditahan buat kali kelima.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 47, yang dibaca bersama Seksyen 35, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang iaitu percubaan untuk menggalakkan maksiat.

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya dan siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 19, enakmen sama kerana minum minuman memabukkan dan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya,” katanya.

Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya turut menahan 13 lelaki iaitu pelanggan membabitkan lapan lelaki di pusat hiburan di Bandar Sunway dan lima lelaki di sebuah lagi pusat hiburan di Perai yang didapati minum minuman memabukkan.

Katanya, lelaki berusia antara 22 hingga 34 tahun itu dibawa ke Pejabat Agama Daerah Butterworth untuk diambil keterangan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2013 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok pun bg anak kat ex husbnd dari sara anak dgn duit haram....
Apalah yg nak kau buktikan pompuan weiiii.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 08:06 AM | Show all posts
Nyampah orang2 kita ni suke berlagak macam suci, macam la korang takde sejarah hitam dalam hidup tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 08:09 AM | Show all posts
demi anak ka demi lobang yang da bersawang
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 08:16 AM | Show all posts
kan banyak lagi kerja halal kat malaysia.....kalau tak..takkan indon banyak dok cari rezeki kat Malaysia nie....pembantu rumah pun boleh apo.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 08:20 AM | Show all posts
lg senang hasben dia nak hak jagaan tuh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2013 08:43 AM | Show all posts
gaji pembantu rumah endon pun basic RM800 maa
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 08:45 AM | Show all posts
Bedah.Cun posted on 22-7-2013 08:06 AM
Nyampah orang2 kita ni suke berlagak macam suci, macam la korang takde sejarah hitam dalam hidup tu  ...

Bukan mcm tu la cik Bedah.Cun...yg menegur tu dah bagus dah. Memang pun pekerjaan dia tu kan tak halal. Kemudian bagi makan kat anak2, jadi darah daging. Byk kesannya nanti kpd budak tu. Bila kita beli makanan/minuman dari rezeki haram,sari pati makanan haram tu akan jadi darah. Dlm masa 40  hari, baru darah kotor tu akan berganti dgn darah bersih. Bila darah kotor masuk pd jantung, org2 itu akan dpt penyakit was-was, dpt penyakit suka mencaci, maki hamun, mengumpat dan suka buat perkara2 maksiat. Lagi satu kalau rezeki yg haram tu dia guna utk beli alat2 dlm rumahtanga, hidup dlm rumahtangga dia akan kacau bilau, tak tenang, gelisah dan mcm2 lagi la..Byk lagi pekerjaan yg halal kat atas muka bumi Allah ni..Semua org ada sejarah hitam, bertaubat Nasuha la, Allah kan maha pengampun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2013 09:25 AM | Show all posts
kelab2 Malam/hotel yg bagi keja kat org ISLAM berkaitan ngan ARAK/MAKSIAT pun patut diDENDA kaw2..
baru lah benda2 mcm ni dpt dielakkan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 09:37 AM | Show all posts
sori nk cakap...jangan terkejot kalau GRO tu dari Kelantan..sumber kuat mengatakan..banyak GRO yang datang pineng..lawa2 asal sme dari kelate..sbbnya...kahwin awal dah tu cerai sbb suami nagih dadah..

kalau kt terengganu pil koda barangkaley
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 09:38 AM | Show all posts
Kau nk jd pelacur ke apa ke lantaklah
Tp jgn nk jadikan anak yg bersih suci tu sbg punca
Byk cantik... sedap2 buat dosa.. malas keja.. kau salahkan org lain
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 09:42 AM | Show all posts
Betina sundal
Kesian anak tu dpt ibu pelacur sundal
ELok laki dia @ jkm yg jaga
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 09:48 AM | Show all posts
alasan anak

nk duit mudah. Nk duit cepat ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 09:53 AM | Show all posts

best apa jadi GRO....duit dapat...sedap pun dapat.....  

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 11:19 AM | Show all posts
macam dah takde keje lain atas muka bumi ni....
keje yang mcm gtu jugak kau cari....
kesian anak tu,,,
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 11:29 AM | Show all posts
shamsadis posted on 22-7-2013 08:43 AM
gaji pembantu rumah endon pun basic RM800 maa

dia tak larat nak buat kerja2 tu semua...yang dia larat layan pelanggan, tuang arak, mabuk dan menari...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2013 11:42 AM | Show all posts
donia sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 11:47 AM | Show all posts
bagi akak, pekerjaan gro nie masih belum haram sangat lah hasilnya.... sbb gro nie xder buat sex... cuma jadi pelayan... mcm waitress but with extra edge - sambil duduk dgn customer dan layan2 borak.... peluk dan cium tu optional jer..... tp kalau gro tu jenis jalang yg ngesex dgn client, mmg sah2 pelacur dan hasilnya haram ler dik.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 12:00 PM | Show all posts
dari duduk bawah jambatan dengan badan sihat tegap mengharap orang hulur duit, biar la dia kerja. apa beza dia dengan orang lain yang bermaksiat, clubbing, minum arak etc.. nak kata rezeki dia bagi kat anak yang jadi darah daging dari hasil haram nanti anak tak jadi orang, cuba buka mata. ada je orang bagi anak bini makan hasil dijamin halal tapi anak tak jadi orang atau bermaksiat juga. yang penting didikan agama.. dan kalu lakinya bagus sangat bagi nafkah cukup, tak perlu kot dia terdesak sampai jadi GRO bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 12:01 PM | Show all posts
gede-bab posted on 22-7-2013 11:29 AM
dia tak larat nak buat kerja2 tu semua...yang dia larat layan pelanggan, tuang arak, mabuk dan men ...

penat la menari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.081816 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list