CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12942|Reply: 159

[Tempatan] {3}Lagi kes ibu tinggal anak dlm kereta:Boleh Penjara 10 thn,denda RM20k - 9#

[Copy link]
Post time 21-7-2013 08:08 AM | Show all posts |Read mode

Bimbang kejadian budak lemas dalam kereta berulang, orang ramai menggoyangkan sebuah kereta apabila
mendapati seorang kanak-kanak tertidur di dalamnya dengan pintunya berkunci di depan pasar raya di Telipok, semalam.

2013/07/21 -  07:18:37 AM

Kota Kinabalu: Tidak sampai sehari selepas seorang kanak-kanak lemas dalam kereta ibunya di Subang Jaya, Selangor, seorang lagi budak hampir menerima nasib sama di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian terbaru itu, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang sedang tidur ditinggalkan ibunya dalam kenderaan yang dikunci dari dalam serta enjinnya hidup sebelum keluar membeli-belah.      

      Bagaimanapun, kali ini, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan orang ramai selepas melihatnya tidur seorang diri dalam kereta berkunci.      
      
      
Goyang kereta baru terjaga

Menurut saksi, orang ramai berjaya mengejutkan kanak-kanak itu dengan menggoyangkan kereta itu beberapa kali sebelum budak perempuan terbabit terjaga setengah jam kemudian dan membuka pintunya.

  Dalam kejadian jam 8.30 malam di Taman Putra Jaya dekat Telipok di sini, wanita lingkungan usia 20-an itu mengaku meninggalkan anaknya berseorangan dalam kenderaan kerana keluar membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya berhampiran.

  Wanita itu memberitahu orang ramai, dia meninggalkan anaknya dalam kereta kerana tidak sihat.      
  Khamis lalu, Nawal Iris Samsudin, tiga tahun, ditemui lemas dalam kereta yang ditinggalkan ibunya di pekarangan sekolahnya di USJ4, Subang Jaya.

  Ibu kanak-kanak itu, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dikatakan terlupa anaknya berada dalam kereta ketika tergesa-gesa   menghadiri mesyuarat di sekolahnya jam 11 pagi.

  Mayat Nawal ditemui dalam keadaan kebiruan dalam kereta itu jam 5.30 petang ketika ibunya bersiap untuk pulang selepas sesi sekolah.

  Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengulangi perkara sama kerana ia bukan saja membahayakan kanak-kanak, malah boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini termasuk ancaman jenayah.                                

p/s tgkp emaknya, hukum setiap hari kena masuk CI, baca berita terbaru...
Last edited by tongkatwaran75 on 21-7-2013 08:51 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2013 08:12 AM | Show all posts
takserik2..xkan xbaca/dengar berita.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 08:13 AM | Show all posts
berita tu sedih tapi p/s tu yang lawak...hahaha..........
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 08:19 AM | Show all posts
Ni aku nak kategorikan makpak camner ni....
lalai cuai lepas jd baru nk menangis meratap
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 08:20 AM | Show all posts
mak bangang...siap enjin keta still on..kalu anak tak lemas, kemungkinan keta boleh kena curi...anak tidur atau tak sihat pun angkat je lah...biar lah anak tu menangis dari engkau yg menangis menyesal anak mati sbb kecuaian diri sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 08:20 AM | Show all posts
geramnya aku....kenapa lah tak serik-serik dan amik iktibar dari apa insiden yang baru berlaku...nasib baik orang ramai prihatin. Ni kalau tak mati lemas dalam kereta, kebarangkalian budak ni buka pintu dan keluar cari ibu bila terjaga, lepas tu hilang macam kes william boleh terjadi.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2013 08:35 AM | Show all posts
mmg perlu undang2 utk saman klu biar anak keseorangan dlm kete tanpa sebarang pengawasan. buat la polis ke majlis bandaraya (kakak tiket parking) kuasa utk saman.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 08:40 AM | Show all posts
Siapalah mak budak ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2013 08:49 AM | Show all posts
Ibu bapa cuai jaga anak boleh didakwa

2013/07/21 - 07:12:36 AM

Penjaga boleh kena penjara 10 tahun, denda RM20,000

Kuala Lumpur: Ibu bapa atau penjaga yang cuai sehingga menyebabkan kematian anak boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Hukuman itu diperuntukkan dalam Akta Kanak-Kanak 2001, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim.

Banyak kes akibat cuai


“Sudah terlalu banyak kes akibat kecuaian sekarang. Tinggalkan anak dalam kereta, (seolah-olah) ibu bapa tidak belajar. Kita sangat berharap ini kali terakhir (ia berlaku) dan tidak berulang,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 300 penghuni Rumah Anak Yatim dan Ibu Tunggal Nur Kasih di sini, semalam.

Rohani mengulas kematian seorang kanak-kanak perempuan yang lemas selepas ditinggalkan ibunya dalam kereta selama lebih lima jam di pekarangan sekolahnya di Subang Jaya, Khamis lalu.

Dalam insiden menyayat hati itu, Nawal Iris Samsudin yang berusia tiga tahun ditemui ibunya dalam keadaan kebiruan, dipercayai lemas kerana ditinggalkan dalam kereta yang berkunci dengan semua tingkap bertutup.

Wajib lindungi anak
Rohani berkata, ibu bapa wajib melaksanakan tanggungjawab melindungi dan memastikan anak mereka mendapat penjagaan yang terbaik.

“Memang kemalangan boleh berlaku di mana-mana atau pada bila-bila masa, tapi adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat. Saya amat sedih kerana kejadian ini satu kecuaian,” katanya.

Susulan kejadian itu, beliau berkata, satu perbincangan akan diadakan dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi menimbangkan kemungkinan menambah modul baru dalam kursus keibubapaan anjuran LPPKN untuk mengelakkan insiden seumpama itu.

Sementara itu, mengenai pasangan muda yang tinggal di bawah jejambat di tepi Sungai Klang bersama bayi perempuan berusia empat bulan, Rohani berkata sebanyak RM300 diberikan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JPM) kepada pasangan berkenaan, selain barangan keperluan bayi seperti lampin pakai buang, botol susu dan pakaian.

Baitulmal juga memberikan wang pendahuluan RM5,000 sebagai deposit sewa rumah, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 08:49 AM | Show all posts

Mintak maap cakaplah..
Ada orang jenis tak membaca sukabar, tengok berita
apatah lagi join forum

tapi tang gosip retis, laajjjuuuu jekkk
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 08:52 AM | Show all posts
ni jenis anak yang diajar kunci pintu dari dalam...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 08:54 AM | Show all posts
sebak tgk kejadian mcm ni....tak serik2...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 08:54 AM | Show all posts
mdmyana posted on 21-7-2013 08:49 AM
Mintak maap cakaplah..
Ada orang jenis tak membaca sukabar, tengok berita
apatah lagi join foru ...

memang ada org tak baca sokabar dan tak dengar berita katanya sokabar dan berita UMNO....tu yg jadi biol mcm cerita di atas.....

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 08:57 AM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 21-7-2013 08:49 AM
Ibu bapa cuai jaga anak boleh didakwa

2013/07/21 - 07:12:36 AM

kat malaysia ni...akta dan peruntukan memang ada...tapi perlaksanaan fail

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 09:15 AM | Show all posts
nour2001 posted on 21-7-2013 08:20 AM
mak bangang...siap enjin keta still on..kalu anak tak lemas, kemungkinan keta boleh kena curi...anak ...

enjin klu on di basement parking ada harapan mati sedut asap.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 09:21 AM | Show all posts
kecuaian tu berdasarkan case by case la...

kalu kes kat KK ni..sah sah la cuai sebab dia pun tau anak dia dlm kete...saja tinggal????

tp kes kat subangjaya tu......mmg perasan maksum la sapa chop dia cuai.....mcmla korang perfect tak pernah lupa cuai spjg hidup korang..entah2 kete kemek sana sini akibat kecuaian drive lagi nak kutuk maki2 org...sila sedar diri ok...beritigfar byk2 bulan posa....jgn dok sebok nak membodohkan org....kalu ko tu perfect x pernah buat silap...fine...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2013 09:32 AM | Show all posts
harisbee posted on 21-7-2013 09:21 AM
kecuaian tu berdasarkan case by case la...

kalu kes kat KK ni..sah sah la cuai sebab dia pun tau  ...

setuju.

these 2 cases are different.

undang2 may help deter the latter but dlm kes Subang Jaya tu, ko buatlah hukum bunuh pun, akan ada manusia yang lupa. Now, instead of losing one life, we will lose two. Both innocent and quite likely, productive.

unfortunately, kes yg fatal biasanya ialah yg terlupa tu.

undang mungkin boleh menolong tapi bukan yang bersifat punitive tapi preventive.



Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 09:44 AM | Show all posts
sadis nyer pangai emak... xpikir pnjg langsung!... heran betul...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 09:45 AM | Show all posts
mdmyana posted on 21-7-2013 08:49 AM
Mintak maap cakaplah..
Ada orang jenis tak membaca sukabar, tengok berita
apatah lagi join foru ...

Only in Msia
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 10:08 AM | Show all posts
Nasib baik ada orang ramai yang prihatin...

tapi hukuman penjara tu mcm x sesuai...
aku simpati dengan anak2 yg lain...almklumlah kehilangan lak kasih sayang ibu...

aku harap kerajaan cari kaedah lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 4.059737 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list