CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1347|Reply: 2

[Jenayah] Balasan curi pasu bunga

[Copy link]
Post time 18-7-2013 08:21 AM | Show all posts |Read mode

Zaini dibawa ke Mahkamah Majistret, semalam.

KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu lori tidak sempat menikmati habuan hasil mencuri pasu bunga dan pelbagai jenis pokok di sebuah kedai bunga di Kampung Tok Adis, Kuala Ibai, di sini.

Lebih malang, Zaini Muhamad, 40, dari Pangsapuri Ladang Gemilang, Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau 10 bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas Zaini mengaku bersalah mencuri 50 pasu bunga pelbagai saiz dan kira-kira 100 pokok bunga pelbagai jenis, di kedai bunga milik Mohd Rozini Mohd Rashid, 32, di Kampung Tok Adis, Kuala Ibai, di sini.

Perbuatan tersebut dilakukan pada 17 Jun lalu, antara jam 5.30 hingga 10 pagi.

Zaini didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda.

Berdasarkan fakta kes, pada jam 5.30 pagi, Mohd Rozini yang ketika itu berada di rumahnya di Taman Kalongan Melor, Marang, menerima panggilan daripada jiran sebelah premisnya, memaklumkan tiga individu tidak dikenali mencuri pasu dan pokok bunganya.

Berikutan kejadian berkenaan, Mohd Rozini membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu .

Susulan laporan berkenaan,  Zaini berjaya ditahan pihak polis di Taman Bukit Indah, Rhu Renggeh, Marang, kira-kira jam 3.15 petang, pada hari yang sama.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, sepasang suami isteri mencuri pelbagai jenis pasu dan pokok bunga bernilai kira-kira RM3,000 kerana terdesak mahu mendapatkan wang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2013 08:31 AM | Show all posts
mahu ek depa nie nak makan wang haram????...adush!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 08:45 AM | Show all posts
aku penah jugak curik bunga..tapi bukan dengan pasu bunga la..

aku curik bunga (memetik tanpa izin) yang ditanam pihak council

nasib tak kene tangkap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.080663 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list