View: 5615|Reply: 34
|
[Jenayah]
Pemuda nafi dipukul angkara cemuh Melayu
[Copy link]
|
|
Mun Tatt menunjukkan gambar selepas dipukul serta dibogelkan oleh empat penyamun ketika ditemui pada sidang media di rumahnya, di Klang, semalam.
Klang: Seorang pemuda yang diculik sekumpulan lima lelaki Isnin lalu selepas dituduh pernah menulis komen menghina Islam di Facebook dan Twitter, semalam menafikan kejadian itu berunsur perkauman.
Ng Mun Tatt, 21, yang cedera di muka dan badannya berkata, ketika ditahan, kumpulan itu tidak mengaitkannya dengan perbuatan menghina Melayu atau Islam, berbeza dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang disebarkan.
Beliau yang mengadakan sidang media bersama abang iparnya, Mak Wai Weng berkata, keluarganya menganggap kejadian itu dilakukan pihak yang mahu mendapatkan wang tebusan.
“Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kata-kata menghina masyarakat Melayu dan agama Islam dalam laman sosial Facebook dan Twitter selain mengakui tidak fasih berbahasa Melayu,” katanya.
Katanya, pada hari kejadian, dia bersama teman wanitanya dan beberapa rakan pergi ke sebuah restoran di Taman Sri Muda.
“Tidak sampai 10 minit, saya didekati dua lelaki yang meminta mengikuti mereka dan tiga lagi lelaki ke sebuah flat sebelum meminta saya menghubungi keluarga untuk mendapatkan wang.
“Mereka menutup mata saya dengan kain serta menumbuk dan memukul saya menggunakan kayu seluruh badan. Saya juga dibawa ke tiga bank untuk memaksa saya mengeluarkan wang,” katanya.
Dipaksa hidu gam
Mun Tatt berkata, selepas itu, dia dibawa ke satu kawasan kebun kelapa sawit, dan ketika di sana, dia terus dipukul dan dipaksa menghidu gam.
Katanya, dia ditelanjangkan kumpulan itu sebelum perkataan ‘saya hina agama Islam’ ditulis pada badannya dengan alasan jika dia melarikan diri, tentu akan dipukul orang Melayu yang ternampak apa tertulis pada badannya.
Mun Tatt berkata, dia hanya mengetahui dakwaan diculik kerana menghina orang Melayu dan Islam selepas dimaklumkan kakaknya yang menyatakan seseorang memuatkan dakwaan itu dalam Facebook selain membaca laporan akhbar berbahasa Cina, sehari selepas kejadian.
Sementara itu, Wai Weng berkata, dia dihubungi seorang lelaki yang tidak dikenali jam 5.15 pagi Isnin lalu memintanya memasukkan RM5,000 ke dalam akaun milik Mun Tatt jika mahu adik iparnya itu dilepaskan.
Katanya, beliau yang pada mulanya meminta jumlah itu dikurangkan kepada RM500 kerana tidak dapat mencari wang RM5,000 kemudian melakukan pemindahan RM3,000 ke akaun adiknya selepas dipersetujui lelaki berkenaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa lah nama kau macam tu, mantat, krisis bahasa mulayu |
|
|
|
|
|
|
|
Pembohong la cine ni..
die nk ttp kes sebenar..
ada unsur ugutan & ancaman disebalik cite ni...
u ulang, u kiork....! |
|
|
|
|
|
|
|
dengaq buleh laa... picaya jangan dengan ca ya nun alip |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah baca apa yang didakwa Ng Mun Tat … budak Cina yang sebelum ini dilaporkan diculik oleh 8 lelaki kerana dikatakan bertindak menghina Islam di Facebook.
Kalau belum…boleh klik sini.
Alasan yang diberikan…senang cakap penulis memang tak boleh nak terima langsung.
Dia mendakwa diculik 8 lelaki yang mahukan wang tebusan daripada keluarganya…nak tahu jumlah yang diminta…RM5,000.
Bayangkan…. 8 lelaki menaiki sebuah kereta mewah Toyota Alphard mahu berpenat lelah dan membahayakan diri menculik seorang penjaga kafe siber untuk jumlah sebanyak itu….masuk akal ke?
Lepas itu dibadannya diconteng Saya Hina Agama Islam….alasan: akan dipukul orang Islam lain jika cuba lari….
Lapan orang culik dan ada kemungkinan dia boleh lari….dan tak pulak dia dipukul masa mula-mula dijumpai dengan tulisan itu di badannya di tepi lebuh raya…
Masa dia mula dilarikan…penculik serahkan beg duit dan telefon bimbit dia kepada teman wanitanya.
Perghhhh…ini penculik beriman betul… 8 orang nak RM5,000…beg duit dengan handphone tak mahu… barangan kemas teman wanita tak usik….cuma nak RM5,000…
Ayoyo apek…sudah la tipu tu ok…
Harap polis siasat Mun Tat ni betul-betul dan ambil tindakan yang wajar ok… loya dengar penjelasan yang diberikan itu…
Iklan Teks: |
|
|
|
|
|
|
|
Spin jgn tak spin...
Klu org nak culik ko dah lama ko mati cina oiii... |
|
|
|
|
|
|
|
hurmmm ce cek kalau MCA boleh kautim la ini macam... |
|
|
|
|
|
|
|
Perkasa ni mmg nak belasah cina..utk cover jenayah berunsur rasis dorang mintak wang tebusan konon2 jenayah culik & rompak..kenapae 5000?..sbb cina ni miskin
|
|
|
|
|
|
|
|
huh!
hidu gam la
5k la
kejap hina
kejap tak hina
apa??????? |
|
|
|
|
|
|
|
Duit tu dibank in.. so kalau betul pemindahan duit tu berjaya..sah sah ada bukti.. sekiranya pejuang islam yang sebenar..mereka takkan makan duit..dan tak perlu nak sokong pejuang yg buat hukuman sendiri,nasib baik idup lagi..kalau bdk tu mati..haru satu malaysia..
balik pada bukti ,budak tu hina?.. ada sesapa pernah nampak sila tepek gambar sini |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik penyamun tu tak tulis "saya hina agama hindu"..
gerenti BN menang PRU ke 14
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak macam bohong jer......
menculik hukuman dia adalah hokum mati.....so dia ni mungkin saja2 buat cerita agar depa tu dituduh menculik...sumber blog mengatakan dia pun tak buat report polis..yang buat report ialah orang yan jumpa dia dalam keadaan bogel...
jeng...jeng makin sensasi lah kes ni... |
|
|
|
|
|
|
|
ini pendatang asing cina ke ni |
|
|
|
|
|
|
|
awat?telur hang dah kecut ka muntat ?dok syiok2 mengutuk sana sini.. now in real life tak berani pulak..so pondan..
lebih baik dia diam kan diri sampai isu ni selesai..daripada dia dok create cerita yang akan memalukan n membahayakan diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
sudah2 laa belit..serabut otak aku nak bc..kejap tu kejap ni..xyah cover laa kalau dah buat salah tu..sure dia takut lepas ni mcm2 lg dia kene kot..dah rasa diri tu x selamat..padan muka.. |
|
|
|
|
|
|
|
ermmm... kaki belit jugak lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|