View: 1577|Reply: 10
|
[Jenayah]
Sorok 4 pek berus gigi dalam seluar
[Copy link]
|
|
Ganung Kita
Zulhelmi dipenjara dua minggu dan didenda RM1,000 atau dua minggu penjara jika gagal menjelaskan denda, selepas mengaku mencuri barangan bernilai keseluruhan RM102.50.
KUALA TERENGGANU - Taktik licik seorang penganggur yang menyorokkan empat pek berus gigi dan satu set mesin pemotong rambut yang dicuri dari Pasar raya Nirwana di dalam seluar dipakainya tidak menjadi apabila dicekup pengawal keselamatan bertugas.
Perbuatan Zulhelmi Zulkifli, 29, yang tergamak mencemarkan kemuliaan Ramadan dengan melakukan jenayah mencuri menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Selain itu, Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi turut mengarahkan Zulhelmi dipenjara dua minggu lagi jika gagal menjelaskan denda.
Kesemua hukuman itu diputuskan selepas Zulhelmi mengaku bersalah mencuri empat pek berus gigi dan satu set mesin pemotong rambut bernilai keseluruhan RM102.50 di Pasar raya Nirwana, Jalan Kuala Berang, Kampung Wakaf Mempelam, di sini, pada 11 Julai lalu, kira-kira jam 6.30 petang.
Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala Zulhelmi tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, gerak geri Zulhelmi yang memasuki pasar raya berkenaan diperhatikan oleh pengawal keselamatan bertugas.
Pada awalnya, Zulhelmi ke ruang barangan mandian sebelum bertindak memasukkan empat pek berus gigi di dalam seluarnya, kemudian dia ke ruang barangan elektrik dan bertindak mengambil satu set mesin pemotong rambut ke dalam seluar.
Melihatkan situasi itu, pengawal keselamatan bergegas menunggu Zulhelmi di pintu keluar dan menahannya sebelum diserahkan kepada polis.
Last edited by the_killer on 16-7-2013 08:13 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan masuk dalam lubang faraj tadi macam geng susu kangkang |
|
|
|
|
|
|
|
berus gigi dengan mesin potong rambut juada buka puasa ka? |
|
|
|
|
|
|
|
kepelekkang tangpa batasang |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti busukan barang2 bukti tersebut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Adeh..kalo nak sgt berus gg free kat klinik gg bole mintak sample |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu posted on 16-7-2013 08:13 AM
ingatkan masuk dalam lubang faraj tadi macam geng susu kangkang
berus gigi?
jgn le kata dia curi berus gigi takde brand
kalau yg pakai bateri tu berbaloi la jugak..
|
|
|
|
|
|
|
|
eeeeeeee.. naper berus gigi?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|