CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3656|Reply: 30

[Jenayah] [Edisi Tarawih] Ummat ISLAM Ipoh Ditindas

[Copy link]
Post time 12-7-2013 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Permohonan tarawih di padang Dataran MBI ditolak



Niat untuk mengadakan solat tarawih dan tazkirah sepanjang Ramadan di padang Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak kesampaian apabila permohonan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditolak.
       
        Ahli Jawatankuasa Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Cawangan Perak, Roslan Ali berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan pada 17 Jun lalu untuk mengadakan projek transformasi bagi menyatupadukan masyarakat Islam melalui majlis keagamaan.
       
        Menurutnya, ia adalah program kali pertama dilaksanakan di luar masjid dan merupakan pendekatan baru untuk berdakwah secara santai sepanjang Ramadan.
       
        “Kami melihat lokasi di padang Dataran MBI sangat sesuai memandangkan ia di tengah bandar raya, selain menyediakan pelbagai kemudahan untuk  orang ramai.
       
        “Selepas membeli belah dan berbuka puasa di Dataran MBI, mereka boleh terus berjemaah dan bersolat tarawih sambil mendengar tazkirah di sini,”katanya.
       
        Beliau berkata, pihaknya turut menjemput Imam bertaraf Al-Hafiz dari Bangladesh untuk mengetuai solat tarawih yang bakal diadakan nanti.
       
        Katanya, permohonan mereka bagaimanapun telah ditolak melalui satu pesanan khidmat ringkas (SMS) beberapa hari lalu yang dihantar pegawai yang bertanggungjawab tanpa memberi sebarang alasan.
       
        “Saya terkilan juga sekurang-kurangnya berilah jawapan bertulis. Saya mahukan penjelasan mengapa permohonan ini ditolak sedangkan sebelum ini, pelbagai bentuk hiburan boleh diadakan di lokasi sama.
       
        “Saya sangat berharap pihak berkenaan dapat memberi keizinan untuk kami adakan solat tarawih di Padang Ipoh selama dua hari sebagai ganti kepada cadangan asal sebelum ini yang ditolak,” katanya.

Ada orang islam yang "PANAS" bila alunan al-quran dan zikrullah dialunkan di tempat2 awam....  lagi panas bila dengar tazkirah... Islam x dapat dikembangkan sebab masih ramai org islam yang benci melihat ISLAM itu mahsyur....  lainlah konsert untuk belia ...bercampur2 dengan bukan mahram...itu baru lah terbaik.

"lain kali mntk kelulusan nak buat jom heboh" gerenti lulus dlm 5 minit je..................

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 05:08 PM | Show all posts
ipoh tak cukup masjid kah..??

atau masjid ipoh tak dapat tampung jemaah yg dtg berduyun2....kah..???
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 05:08 PM | Show all posts
sure heboh lulus tanpa masuk mesyuarat.....surat permohonan tu cuma nak cukup syarat je


Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 05:09 PM | Show all posts
ditindas oleh ummah mana nih??
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 05:11 PM | Show all posts
Buat kak padang meme leh panas...

Kipas , aircond mana ada...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 05:13 PM | Show all posts
malam takda laa panas sgt pun...cukup ngan kipas...tak perlu portable ekon pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-7-2013 05:14 PM | Show all posts
lavacall posted on 12-7-2013 05:08 PM
ipoh tak cukup masjid kah..??

atau masjid ipoh tak dapat tampung jemaah yg dtg berduyun2....kah.. ...
ia adalah program kali pertama dilaksanakan di luar masjid dan merupakan pendekatan baru untuk berdakwah secara santai sepanjang Ramadan.
... projek transformasi bagi menyatupadukan masyarakat Islam melalui majlis keagamaan.
Transformasi katanya

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 05:18 PM | Show all posts
masjid negeri punya besar. dua tingkat lagi. buat lah. tak boleh bersatu padu apa lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2013 05:19 PM | Show all posts


Niat NGO nie murni.. nak buat mcm kat kuantan.. buka posa kat padang.. cuma di tambahkan solat tarawih di padang MBI.. apa nak salah pulak.. ini kan salah satu program dakwah jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 05:19 PM | Show all posts
silenceprotess posted on 12-7-2013 05:14 PM
Transformasi katanya

x yah nak transform2 la..

masjid dah ada..pi sembahyang sana....

madinah yg luas padang pasirun tu pun nabi buat masjid suh org solat kat masjid...

ni yg badigol dah ada masjid nak solat kat padang lak..

ilmu sesat belajar kat mana la ni....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2013 05:20 PM | Show all posts
azharuchan posted on 12-7-2013 05:09 PM
ditindas oleh ummah mana nih??

ummah MBI.. mamak mbnya..

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 05:21 PM | Show all posts
panas lah kalau smayang kat padang nie..... akak prefer smayang kat masjid yg luas silingnya, cukup kipas, kalau ada aircond lagi elok...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 05:32 PM | Show all posts
bezanya kat Kuantan tu , masjid depan tu je
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 05:39 PM | Show all posts
sembahyang kat mana2 pun takpe..tapi dalam masjid leh ke buka dgn anak yg ramai dan terjerit2..nak2 pulak dua tingkat..kalau jatuh...kalau cuaca sejuk, bestlah buat kat padang..masjid pun kalau panas leceh gak..apa2 pun tak kisahlah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 05:47 PM | Show all posts
Apa yang lavacall kata memang betul.

Tambahan pula kalau hujan ketika sedang sembahyang habis la basah kuyup.

Lain kali hati-hati sikit kalau nak tuduh umat Islam ditindas
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 05:50 PM | Show all posts
niat tu dah ok. tp tang "Beliau berkata, pihaknya turut menjemput Imam bertaraf Al-Hafiz dari Bangladesh untuk mengetuai solat tarawih yang bakal diadakan nanti."
aku betul2 tak setuju.. punya la ada beribu tahfiz ada kt malaysia bahkan perak sekalipun..  patut bg la kt dorg. baru la masyarakat respek dgn hafiz2 dr sekolah tahfiz yg ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 06:02 PM | Show all posts
aku sokong ayat yg merah2 tu~~
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 06:10 PM | Show all posts
tak lengoh ke dok lama2 kat padang?
ats rumput ke?bawak tiko sendiri ke apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada tempat bersih.....nak solat kat padang lak....
dengan segala taik ada kat situ, nanti habis di lenyek.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 06:17 PM | Show all posts
nasib melayu bila india jadi mb...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.082295 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list