CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14881|Reply: 181

[Tempatan] Rumah Teres akan jadi RM 1 juta!

[Copy link]
Post time 12-7-2013 08:31 AM | Show all posts |Read mode
Harga rumah mungkin RM1 juta
                        
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                
                                                            
TIADA keretaku bawa kau jalan-jalan,
Rumahku pun tiada adapun bapa punya,
Apa lagi belanja mau bayar berian,
Kahwin sama kamu...
        
Mungkin situasi yang disampaikan di dalam bait lirik lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat itu turut dialami sendiri oleh kebanyakan rakyat di negara ini terutamanya generasi muda dan golongan  kelas pertengahan yang menghadapi kesukaran untuk memiliki kediaman sendiri disebabkan harga rumah yang melambung tinggi.
        
        Memiliki kediaman sendiri sememangnya menjadi impian setiap insan apatah lagi sudah mempunyai keluarga sendiri. Namun, hakikatnya harga rumah terutamanya di negeri Selangor dianggap menakutkan dan ‘tidak masuk akal’ jika dibandingkan dengan purata pendapatan isi rumah majoriti rakyat Malaysia.
        
        Malangnya, tidak kira apa jenis sekalipun sama ada flat, teres, apartmen dan kondominium melambung tinggi bukan hanya di kawasan bandar yang pesat membangun bahkan di pinggir-pinggir bandar di Selangor seperti Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang dan Klang menunjukkan trend yang sama.
        
        Tidak kira samada rumah tersebut adalah rumah baru atau penjualan rumah ‘second hand’ atau rumah sekunder,  harga keperluan asas tersebut semakin naik kira-kira 20-30 peratus setahun dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
        
        Melihat pasaran sekarang, rata-rata harga rumah yang dijual melalui projek perumahan baru dengan reka bentuk “high –end” dengan keluasan 24 x 70 kaki persegi dijual pada harga RM400,000 ke atas, harga yang ditawarkan tidak banyak beza antara satu pemaju dengan pemaju yang lain.
        
        Di kawasan pinggir bandar, Klang contohnya rumah teres dua tingkat baru yang kebanyakan pemaju lebih gemar menjual rumah dengan reka bentuk moden terkini boleh mencecah RM600,000 ke atas.
        
        Jika ada rumah teres dua tingkat sekunder pun kini harganya dalam lingkungan RM300,000 ke atas, itu pun mengambil kira faktor lokasi, keadaan rumah dan keadaan persekitaran.
        
        Pilihan untuk keselesaan golongan pertengahan terletak pada jenis rumah teres setingkat, bagaimanapun tidak banyak pemaju yang membina rumah jenis tersebut. Mungkin pada pandangan mereka adalah lebih berbaloi pada tanah yang sama dibina rumah teres dua tingkat pada harga pasaran sekarang.
        
        Persoalannya, tawaran harga rumah yang semakin  melambung tinggi dari hari ke hari sekarang ini adakah ia memenuhi keperluan majoriti rakyat di negeri Selangor ini iaitu golongan pertengahan?.
        
        Dengan harga yang begitu tinggi, ia bukan lagi merupakan rumah mampu milik khususnya bagi warga rakyat yang berpendapatan sederhana iaitu purata jumlah isi rumah RM6,000 sebulan.
        
        Rumah jenis apartmen atau kondominium juga tidak kurang hebatnya dan boleh dikatakan agak serupa sahaja harga melambung tinggi walhal ianya tidak melibatkan tanah yang banyak.
        
        Golongan pertengahan terutama golongan muda yang baru berumah tangga menyasarkan memiliki rumah yang berharga dalam lingkungan RM200,000 ke bawah. Namun, masih adakah rumah dengan harga pasaran RM200,000 kini terutamanya di pinggir bandar di Selangor?.
        
        Dengan keadaan peningkatan harga rumah yang tidak selari dengan peningkatan pendapatan rakyat ditambah pula nilai wang semakin mencengkam, adakah layak rakyat berpendapatan sederhana memiliki rumah dengan harga pasaran sekarang yang ditambah dengan komitmen lain seperti bayaran bulanan kenderaan dan lain-lain?.
        
        Cecah harga RM1 juta
        
        Sebuah media tempatan sebelum ini melaporkan  rumah teres dijangka mencecah harga RM800,000 seunit menjelang tahun 2020 berdasarkan unjuran kenaikan purata harga sebanyak tujuh peratus setahun oleh syarikat perunding hartanah CH William Talhar & Wong Sdn Bhd (WTW) selepas mengambil kira harga purata terbaru rumah teres di Selangor iaitu RM480,000 sebuah.
        
        Media tersebut turut melaporkan Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (Macfea), Profesor Dr. Jariah Masud meramalkan harga rumah teres di Lembah Klang bakal mencecah RM1 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang.
        
        Pengarah Urusan WTW, Sr. Foo Gee Jen memberitahu, harga rumah teres di pinggir bandar bakal menjadi lebih kompetitif berikutan kenaikan harga rumah di pusat bandar Kuala Lumpur.
        
        Katanya, untuk memiliki sebuah rumah teres pada tahun 2020 sekurang-kurangnya sebuah isi rumah perlu mempunyai pendapatan sebanyak RM12,000 sebulan.
        
        Jika perkara itu benar, Selangor sebagai yang berada dalam lingkungan Lembah Klang pastinya menerima kesan kenaikan mendadak harga rumah.
        
        Dalam isu ini, nampaknya golongan yang semakin tersepit dan terhimpit adalah golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan. Ini kerana, bagi golongan berpendapatan rendah, mereka dibela dengan penyediaan rumah mampu milik kerajaan negeri dan PPR/PPA.
        
        Dilemanya kini ditanggung oleh golongan pertengahan, golongan  berpendapatan RM6,000 ke bawah jika harga rumah semakin naik mendadak saban hari.
        
        Kerajaan Pusat turut merancang strategi holistik untuk menangani isu harga rumah tinggi dengan mengumumkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia, namun program ini masih belum cukup untuk menangani isu ini secara menyeluruh.
        
        Persoalannya, apakah punca peningkatan harga rumah yang semakin mendadak di Selangor sehingga ia membebankan sekali gus menguburkan impian majoriti rakyat di negeri ini untuk memiliki rumah.
        
        Apakah langkah yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menangani isu ini agar harga rumah yang ditawarkan selari dengan pendapatan majoriti rakyat?. Adakah skim rumah mampu milik yang disediakan kerajaan negeri mencapai matlamat?.
        
        Jika kenaikan harga rumah disebabkan kos pembinaan seperti pasir yang meningkat, apakah langkah kerajaan negeri untuk membantu. Adakah rumah mampu milik yang disediakan Kerajaan Negeri mampu menampung kira-kira 5.2 juta penduduk Selangor yang mana kira-kira 1. 56 juta penduduk adalah miskin dan 1.36 juta penduduk adalah miskin bandar sebagaimana data yang dikeluarkan oleh Paras Garis Kemiskinan Selangor terdahulu.
        
        Apakah strategi holistik pihak kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk mengawal kenaikan harga rumah?. Wajarkah menjadikan harga barangan binaan sebagai harga kawalan? Bagaimana pula dengan kawalan harga tanah oleh pihak kerajaan negeri agar ia tidak dimanipulasi menyebabkan kenaikan tidak masuk akal rumah yang dibina?. Semua ini perlu diselesaikan oleh pemimpin yang dipilih rakyat agar majoriti rakyat di negeri ini khasnya dapat menikmati kehidupan selesa, bukannya menumpang di negeri sendiri.
                                                                                                                                                                              

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 08:33 AM | Show all posts
dlm isu harga rumah terlalu tinggi diSelangor ini...apa yg boleh dilakukan oleh PKNS selaku anak syarikat kerajaan negeri Selangor utk menjual sebuah rumah teres dgn harga rm50k misalannya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:38 AM | Show all posts
mak aih....teres pn bole cecah sejuta,tu belum semi D,bungalow....makin ramai la duk bawah jambatan nanti,haih
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:43 AM | Show all posts
Naikkan le tinggi2 lg ....  cecah 20 juta ker...

Baru npk sikit menteri2 ni sumer wat keje..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:46 AM | Show all posts
mane2x pun sama je.. mampu milik pun smpai 250k above.. mampu milik utk siapa??? huhuhuhu.. kalau tepi bandar takpe ni kawasan jauh dari bandar pun harga tak berbaloi..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:49 AM | Show all posts
ni PKNS pun sama naiknya dgn pemaju2 swasta yg lain..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2013 08:50 AM | Show all posts
mati kempunan le aku nk beli umah teres..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:51 AM | Show all posts

uiyooooo really...??
nsb baik dah beli siap2...
mmg dah jgka akn jd mcm ni...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 08:53 AM | Show all posts
Dulu masa Mad Tyson jadi MB Selangor...kerajaan negeri sendiri buat rumah teres kos rendah dgn harga hanya RM24k diseluruh negeri Selangor..kerajaan Negeri dibawah Khalid ni buat apa?...besarkan t.lo dia je ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:53 AM | Show all posts
errr.......ada org nk beli rumah sy di cheras tapi sy bgtau sy x nk jual......tp kalau nk beli jugak sy jual rm650k
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2013 08:54 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 12-7-2013 08:49 AM
ni PKNS pun sama naiknya dgn pemaju2 swasta yg lain..

PKNS pun haprak. Nak harap SPNB jer skrg. SPNB takkan mampu nak handle seorg-org. Rumah terbengkalai pun SPNB handle.

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:57 AM | Show all posts
ngapa rakyat selangor nak risau...pak khalid menteri besar kan ada?...dia kan dipuji rakyat selangor menteri yg hebat dan bersih....pak khalid tau macam mana nak buat tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:58 AM | Show all posts
Bell posted on 12-7-2013 08:54 AM
PKNS pun haprak. Nak harap SPNB jer skrg. SPNB takkan mampu nak handle seorg-org. Rumah terbengkal ...

SPNB pun..kalau kerajaan negeri tak mahu berikan kerjasama menyediakan tanah2 kerajaan negeri spt diSelangor ni..SPNB pun tak boleh gak nak handle..

rumah PPRT, mesra rakyat pun SPNB juga yg handle..kerajaan negeri sibuk nak demo je...macam lah demo tu boleh sediakan rumah utk rakytatnya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:59 AM | Show all posts
sape soh bagi warga asing beli.. patut ketatkan syarat umah supaya payah org luar nak beli umah kat Malaysia ..lagi satu ikut sgt ckp Rehda tu .. ni semua polisi kerajaan pusat juga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2013 09:01 AM | Show all posts
tebuanharimau posted on 12-7-2013 08:59 AM
sape soh bagi warga asing beli.. patut ketatkan syarat umah supaya payah org luar nak beli umah kat  ...

You are right. Org asing tak boleh beli rumah kecuali yg RM1.5 mill ke atas. And then kenakan levy bagi yg jual rumah sebelum umur 5 tahun.

Government lembek ngat bab nie.

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:02 AM | Show all posts
gujiwa posted on 12-7-2013 08:46 AM
mane2x pun sama je.. mampu milik pun smpai 250k above.. mampu milik utk siapa??? huhuhuhu.. kalau te ...

sbb tu masa ada sikit peluang pun cepat2 beli...sebab harga rumah tak pernahnya turun..tak kisahlah rumah tu jauh sikit dari bandar...krn rumah tersebut satu hari akan tinggi juga harganya...tengok harga rumah dinilai misalannya..melambung2.

lepas ni sama2 kita tengok...adakah peraturan baru dari Bank Negara yg tetapkan utk buat loan rumah setakt 35 tahun tu akan menurunkan lagi harga rumah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 09:04 AM | Show all posts
orang melayu pasni duduk rumah mcm zaman kesultanan melaka...beratap nipah atau rumbia...baru urban tradisional...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:05 AM | Show all posts
bukan kat selangor aje rumah mahal N9 , johor ,penang pun mahal giler
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:05 AM | Show all posts
Dengan harga yang begitu tinggi, ia bukan lagi merupakan rumah mampu milik khususnya bagi warga rakyat yang berpendapatan sederhana iaitu purata jumlah isi rumah RM6,000 sebulan.


fuh...besar2 gaji org sekarang eh??
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 09:06 AM | Show all posts
tebuanharimau posted on 12-7-2013 08:59 AM
sape soh bagi warga asing beli.. patut ketatkan syarat umah supaya payah org luar nak beli umah kat  ...

dulu aku ada bc majalah mana ntah... warga asing (ekspatriat) pon x mo beli umah kat mesia... mahai katanya....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.053348 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list