CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: izamahmed

[Tempatan] Syabas nafi terima peruntukan Kerajaan Selangor

[Copy link]
Post time 3-11-2013 05:24 AM | Show all posts
AIR: Selangor kekalkan tawaran RM9.65 billion
  Shah Alam - Kerajaan Negeri Selangor tidak berhasrat untuk menyemak semula tawaran berjumlah RM9.65 bilion yang ditawarkan kepada syarikat-syarikat konsesi air pada Februari 2013 bagi memuktamadkan penyusunan semula perkhidmatan pembekalan air di negeri ini.

Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri berpendapat tawaran yang memberikan 12% keuntungan kepada pemegang saham itu adalah lebih adil kepada syarikat-syarikat konsesi .

"Penswastaan air bertujuan untuk memberi perkhidmatan air yang lebih cekap  dengan tarif yang munasabah. Dasar ini tidak bertujuan untuk membolehkan pemegang konsesi membuat keuntungan melampau di atas kesusahan rakyat selaku pengguna.  Walau bagaimanapun, tawaran yang kami berikan ini adalah lebih munasabah jika dibandingkan dengan amalan korporat,” katanya.

Menteri Besar membuat penjelasan ini susulan laporan media baru-baru ini yang menyatakan kerajaan negeri menyemak semula harga tawaran kepada syarikat-syarikat konsesi.

Beliau berkata, pegawai kanan kerajaan negeri telah mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta agensi Persekutuan lain seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) bagi memastikan tarikh akhir rundingan ini diselesaikan pada hujung tahun ini akan dicapai.



Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=99882:air-selangor-kekalkan-tawaran-rm965-billion&Itemid=2#ixzz2jWf0WLRj
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2013 06:26 AM | Show all posts
Kerajaan Selangor muktamad ambil alih empat syarikat konsesi air negeri itu
  Kerajaan negeri Selangor dimuktamadkan untuk mengambil alih dan mengurus sepenuhnya empat syarikat konsesi bekalan air di negeri itu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar).
Beliau berkata surat rasmi yang diterima pada 9 September lepas daripada kerajaan persekutuan menunjukkan kesepakatan untuk kedua-dua pihak menyelesaikan segera isu pengurusan air demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Benar, pengurusan Syabas telah diberikan kepada kerajaan negeri namun sekarang, kita masih berunding dengan pihak terlibat tentang bayaran dan nilai pengambilalihan tersebut.

"Jika rundingan dapat diselesaikan pada hujung tahun ini, proses mengambil alih akan memakan sedikit masa...mungkin dalam tiga hingga enam bulan.
"Apa yang penting, para pekerja syarikat konsesi air itu tidak akan diberhentikan malah boleh bekerja seperti biasa cuma di bawah pentadbiran baharu saja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, biarpun pihaknya diberi kuasa penuh mentadbir industri air di negeri itu, namun kerajaan persekutuan tetap menjadi pemegang saham emas sebagai syarat keempat-empat syarikat itu tidak boleh dijual kepada pihak lain melainkan kerajaan persekutuan.
Terdapat empat syarikat konsesi air di Selangor - Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) yang merupakan anak syarikat Kumpulan Gamuda; dua anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd, iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS); serta Korsortium Abass Sdn Bhd.
Kerajaan negeri telah membuat tawaran RM9.65 bilion untuk mengambil alih kesemua empat syarikat tersebut.
Abdul Khalid sebelum itu menghadiri majlis Himpunan Penghulu, Ketua-ketua kampung serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) seluruh negeri Selangor bagi mengenal pasti permasalahan penduduk.
Berhubung isu-isu penduduk yang disuarakan semasa himpunan itu, Abdul Khalid berkata pihaknya akan berusaha membantu menyelesaikan isu yang timbul.
Beliau berkata jumlah peruntukan kepada ketua-ketua masyarakat itu sebagai dana pembangunan komuniti desa akan diumum pada pembentangan belanjawan negeri 18 November ini. - Bernama, 7 November, 2013.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kerajaan-selangor-muktamad-ambil-alih-empat-syarikat-konsesi-air-negeri-itu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 06:47 AM | Show all posts
10 biliyon? kayo pakcik kayo
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 05:24 AM | Show all posts
Selangor keluar tawaran akhir RM9.65 bilion beli empat syarikat konsesi air
NOVEMBER 22, 2013
Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan tawaran akhir untuk membeli empat syarikat konsesi air negeri itu pada jumlah RM9.65 bilion dalam satu surat tawaran yang dihantar kepada pengendali syarikat berkenaan semalam.
Empat syarikat konsesi tersebut adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Konsortium Abbas Sdn Bhd, Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd yang meliputi industri air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini, tawaran tersebut adalah hasil daripada beberapa siri perbincangan antara kerajaan negeri dengan Kementerian Tenaga, Tenaga Hijau dan Air (KeTTHA) demi kepentingan menubuhkan industri air secara holistik di Selangor.

Kenyataan itu berkata, surat tawaran yang dihantar menerusi anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) perlu dijawab dalam masa 14 hari atau selewat-lewatnya jam 5 petang pada 4 Disember.
KDEB turut menetapkan ekuiti keempat-empat syarikat konsesi air yang memberi pulangan sebanyak 12 peratus dikira sehingga 31 Dis 2012, tidak dikompaun dan dengan potongan bagi mana-mana pembayaran dividen yang terdahulu, akan dibeli kerajaan negeri.
"Tawaran itu juga menyatakan bahawa KDEB akan menyelesaikan semua hutang berkaitan air tertunggak oleh empat syarikat termasuk bon dan pinjaman komersial serta pinjaman kerajaan yang berkaitan," katanya.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar), dalam kenyataan itu berkata, jika pemegang saham keempat-empat syarikat tersebut merasakan mereka berhak mendapat jumlah lebih daripada yang ditawarkan, mereka boleh meminta perkara itu untuk dibawa ke timbang tara antarabangsa.
Katanya, ia boleh memecahkan kebuntuan rundingan berikutan kerajaan negeri sudah bersedia dengan rancangan pengambilalihan industri air tersebut.
"Tawaran yang dibuat bersesuaian ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri KeTTHA, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyatakan sokongan untuk menyatukan industri air di negeri tersebut menerusi surat yang dihantar pada Jun dan September lalu," katanya.
Abdul Khalid berkata, beliah berharap pemegang saham keempat-empat syarikat tersebut dapat menerima tawaran yang dilihat akan memberi pulangan menguntungkan. - Bernama, 22 November, 2013.http://www.themalaysianinsider.com
meke takut ...nanti bila ambik alih ...lebih dari RM9.65 billion punya cerita songlap keluar ...




Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.139689 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list