Akhbar Mandarin, Tamil diminta sediakan terjemahan untuk pembaca
The Malaysian Insider – 1 hour 27 minutes ago
Oleh Hasbullah Awang Chik
Kelab Wartawan Muda Malaysia menggesa akhbar vernakular di negara ini menyediakan artikel terjemahan atas talian untuk semua berita bagi memudahkan masyarakat memahami kandungan akhbar itu.
Pengerusinya, Dzulkarnain Taib (gambar) menyifatkan akhbar vernakular berbahasa Mandarin dan Tamil yang didakwa bersikap perkauman dan biadap.
Bercakap pada sidang media hari ini, beliau mendakwa, akhbar sedemikian turut berani mempersoalkan hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Raja-raja mereka.
"Pembaca keseluruhannya tidak memahami kandungan dan ini menjadikan akhbar berkenaan bersikap tidak adil kepada masyarakat umum di Malaysia.
"Ramai yang berpendapat akhbar vernakular bersifat perkauman, menyentuh hak istimewa orang Melayu, keistimewaan Raja Melayu dan mirip fahaman pembangkang," katanya.
|