CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2281|Reply: 11

[Tempatan] Samseng Pulau mengganas serang 3 cafe siber

[Copy link]
Post time 10-7-2013 03:47 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN: Empat suspek, termasuk seorang wanita ditahan berhubung serangan ke atas tiga kafe siber di Solok Slim dekat Jalan Perak di sini, Isnin lalu.

Mereka yang berumur antara 25 hingga 30 tahun dipercayai anggota kumpulan samseng 'Sio Sam Ong' ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di sebuah flat dan kelab malam di Paya Terubong.

Tiga daripadanya direman sehingga Sabtu ini sementara wanita berkenaan sehingga Jumaat.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata polis turut merampas sepucuk pistol mainan dan kenderaan pelbagai guna dari kumpulan berkenaan.

"Wanita itu dan teman lelakinya didapati positif dadah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata tangkapan dibuat ekoran serangan yang dibuat kumpulan itu ke atas tiga buah kafe siber kira-kira 5 pagi Isnin lalu sehingga menyebabkan empat mangsa berumur 19 hingga 32 tahun tercedera akibat ditetak dengan parang.

Gan berkata motif serangan mungkin berpunca daripada perebutan kawasan antara kumpulan berkenaan dengan kumpulan samseng 'Gang 24' yang menguasai kawasan berkenaan.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata yang boleh membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Last edited by crossfire on 10-7-2013 03:52 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2013 03:53 PM | Show all posts
takut nak p penang...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 04:03 PM | Show all posts
ayooo ape ni...satu satu kes jenayah kat penang!...

dah le lama x g penang, dengan kes2 macam ni mmg takot le nak g...

apa kata kaka huggie tentang isu ni?






Last edited by mrsrezza on 10-7-2013 04:05 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2013 04:09 PM | Show all posts
mrsrezza posted on 10-7-2013 04:03 PM
ayooo ape ni...satu satu kes jenayah kat penang!...

dah le lama x g penang, dengan kes2 macam ni  ...

Nak masuk Pulau , kena jumpa geng ini dulu:


Sio Sam Ong
Gang 24


Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 04:14 PM | Show all posts
gila la ada samseng kat Penang, hariharigue tak buat apa2 ka?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 04:22 PM | Show all posts
ni anugerah ape lak nih?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2013 04:27 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 10-7-2013 04:14 PM
gila la ada samseng kat Penang, hariharigue tak buat apa2 ka?

tgh beli award order of victoria dari EBA utk samseng paling terBAEKKKK....























Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 04:28 PM | Show all posts
crossfire posted on 10-7-2013 04:09 PM
Nak masuk Pulau , kena jumpa geng ini dulu:
polis turut merampas sepucuk pistol mainan dan kenderaan pelbagai guna dari kumpulan berkenaan.


kalo g penang, kena bawak pistol air ler..leh main tembak2 ngn geng Sio Sam Ong

penang negeri paling urban n maju n femes tp penjenayah x mampo nak beli pistol betol ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2013 04:34 PM | Show all posts
penang dan jenayah berpesa teda

calling @cmf_herrhugie
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 04:39 PM | Show all posts
jenayah di mana mana..............
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 04:40 PM | Show all posts
ni cucu kumpulan Ghee Hin dgn Hai San ka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 09:38 AM | Show all posts
nape diorang serang kafe siber ar? serang pengguna facebook nak update status? wakakaka

ke siber kafe ni ada buat mesin judi...tu diorang berebut kawasan tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.064634 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list