CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1085|Reply: 3

[Tempatan] 17 tahun hidup tak terurus, mengemis

[Copy link]
Post time 9-7-2013 12:11 PM | Show all posts |Read mode


SUNGAI PETANI – Seorang warga emas mengakui sudah berbelas tahun hidup gelandangan dengan meminta belas kasihan orang ramai termasuk untuk mendapatkan makanan serta tempat tidur.

Lebih malang, Chia Eng Huat, 61, dari Pekan Lama, Sungai Petani menceritakan, dia sudah 17 tahun mengemis, tiada tempat bergantung dan tak terurus serta hanya menjadikan kaki lima kedai makan sebagai tempat berteduh.

Menurutnya, dia yang berdarah campuran itu tidak pernah berkahwin namun mempunyai saudara mara tetapi sudah tidak mengingati kesemuanya.

Difahamkan, setiap hari Eng Huat hanya menagih simpati orang ramai selain menumpang tidur di sebuah kedai mi dekat Pekan Lama, Sungai Petani.

Walaupun tidak terurus, namun percakapan dan kefasihannya dalam beberapa bahasa termasuk Mandarin, bahasa Melayu dan Inggeris amat menakjubkan selain ramah berbicara.

Bagaimanapun, keperitan hidupnya secara gelandangan akhirnya berubah atas kemahuan sendiri apabila dia kini ditempatkan di lokasi yang lebih selesa, dijaga rapi dan diberi perhatian sewajarnya.

Sementara itu, Adun Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee berkata, beliau menerima maklumat berhubung seorang gelandangan yang mahu ditempatkan di sebuah rumah perlindungan kerana tidak sanggup lagi mengemis setelah 17 tahun melalui detik sukar tersebut.

“Apabila didekati, dia akui mahu dibawa ke rumah perlindungan menyebabkan Pusat Khidmat Dun Sidam berusaha uruskan permohonan tersebut termasuk mendapatkan akuan bersumpah kerana tidak memiliki sebarang dokumen diri.

“Tambahan pula, keadaan kesihatannya kini sudah merosot kerana memerlukan bantuan untuk berjalan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, selepas menemui pihak pengurusan Rumah Seri Kenangan Bedong, akhirnya permohonan Eng Huat diterima dan mula ditempatkan di situ.

Menurut Robert Ling, bagi memastikan Eng Huat dalam keadaan selamat, beliau bersama beberapa kakitangannya mengunjungi warga emas itu baru-baru ini.

“Dia memaklumkan dia selesa di sana, dijaga rapi, diberi makan dan minum selain mempunyai katil sendiri untuk tidur.

“Dalam keselesaan itu, dia sering bertanyakan tentang pemilik kedai mi yang selalu membantu dirinya, memberi makan dan tempat walaupun hanya menumpang di kaki lima kedai tersebut.

“Dia hairan kenapa ‘kawannya’ itu tidak datang jenguk walaupun sudah beberapa hari di sana,” katanya.

Robert Ling berkata, perubahan itu satu kepuasan bukan sahaja melihat keadaan Eng Huat bertambah baik malah penjagaan dirinya juga terurus.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2013 12:14 PM | Show all posts
negeri kedah
negara malaysia

masih ramai gelandangan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2013 12:17 PM | Show all posts
ramai lagi... ntah mana famili mereka
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 12:22 PM | Show all posts
mb kedah diskriminasi cina
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.250080 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list