CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 997|Reply: 1

[Tempatan] Rumah terbengkalai, terpaksa menumpang

[Copy link]
Post time 9-7-2013 09:47 AM | Show all posts |Read mode


ROMPIN – Seorang penduduk Kampung Simpang Sepayang di sini kecewa apabila rumah mesra rakyat dipohonnya daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bukan sahaja tidak siap, malah terbengkalai hingga kini.

Penduduk terbabit, Mohd Faizal Saidin, 33, berkata, dia sekeluarga yang sebelum ini tinggal di rumah sewa, bersyukur apabila permohonan mereka diluluskan SPNB.

Menurutnya, rumah itu mula dibina pada Ogos tahun lalu dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah emaknya, sementara menanti rumah itu siap sepenuhnya.

Bagaimanapun katanya, dia tidak menyangka rumah itu masih tidak siap dan terus terbengkalai hingga kini.

“Saya tidak kisah jika rumah itu lambat siap asalkan saya sekeluarga boleh duduk di rumah baru. Tetapi apa yang membuatkan saya marah dan kecewa apabila pembinaan rumah itu terbengkalai.

“Dua adik saya sudah menjalankan majlis perkahwinan mereka, tetapi rumah itu masih tidak siap. Bukan itu sahaja, saya juga kecewa apabila mendapati binaan rumah tersebut juga tidak sempurna,” katanya.

Mohd Faizal berkata, dia juga sudah banyak kali menghubungi SPNB Kuantan untuk bertanya mengenai masalah itu, namun kecewa apabila menerima maklum balas kurang memuaskan.

“Saya juga ada menghubungi SPNB di Kuala Lumpur, namun tidak dapat bercakap dengan pegawai. Sebaliknya, pihak berkenaan menyuruh saya merujuk SPNB Kuantan pula. Sudah banyak wang saya habis untuk ini.

“SPNB tidak sepatutnya mengambil kontraktor begini kerana akhirnya memberi imej buruk kepada SPNB sendiri termasuk kerajaan. Jika saya orang berkemampuan, saya tentu beli rumah di taman perumahan,” katanya.

• Petikan Berita Online •

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2013 10:04 AM | Show all posts
mcm rupa buluh jer dinding rumah dia nie..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.400082 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list