CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1779|Reply: 13

[Tempatan] Lelaki didakwa dera anak kekasih

[Copy link]
Post time 5-7-2013 01:50 PM | Show all posts |Read mode
AYER KEROH - Seorang kakitangan Hospital Melaka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana mendera secara seksual anak lelaki teman wanitanya berusia empat tahun, tahun lalu.

Tertuduh, Mahadir Muhamad, 31, dari Taman Pokok Mangga, Malim, di sini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas faham pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Ahmad Sazali Omar.

Berdasarkan pertuduhan, Mahadir dituduh menganiayai dari segi seks terhadap mangsa di sebuah rumah di Jalan Pokok Mangga, Taman Pokok Mangga, Malim, kira-kira jam 7 malam, November 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000 atau kedua duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurfarhana Ahmad meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM15,000 sebelum tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah tersebut dikurangkan.

Ahmad Sazali kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula bagi lantikan peguam pada 5 Ogos depan.

• Petikan Berita Online •

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2013 01:52 PM | Show all posts
cilako btl la..asik2 dera2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 01:53 PM | Show all posts
nama tertuduh tu ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:06 PM | Show all posts
setan tul la..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:06 PM | Show all posts
Ramai nya phidophile sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:09 PM | Show all posts
Sketnya hukuman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2013 02:09 PM | Show all posts

Yang paling bengap,mak budak nie
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:55 PM | Show all posts
dah tak suka budak cari la yang tak de anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2013 03:00 PM | Show all posts
mmg musim pendera gamaknyer..siot betul..elok pijak2 jer org mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 03:13 PM | Show all posts
Betina sangap! Anak jd mangsa  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 03:16 PM | Show all posts
ibu dibelai, anak didera~~ nak sodap je keje
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 03:17 PM | Show all posts
nie yg buat darah aku mendidih balik nie...yg maknye bodoh sangat buat per...bg anak dia didera kekasih...aku salahkan mak...gatai nak ke b**** anak jd mangsa...sial betul lar
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 03:18 PM | Show all posts
Lahanat betul la org yg suka mendera budak kecik nie..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 03:18 PM | Show all posts
aku igtkn Che Det tadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.343361 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list