CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1117|Reply: 7

[Tempatan] Peragut cedera ditahan

[Copy link]
Post time 5-7-2013 09:22 AM | Show all posts |Read mode


SENAI – Tindakan seorang peragut melarikan beg tangan seorang wanita dari sebuah kafe di Taman Mount Austin, dekat sini, berakhir malang apabila bukan sahaja ditahan, tetapi turut cedera di kaki selepas motosikal yang ditunggangi terbabas, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, mangsa dilaporkan sedang makan bersama suaminya dan didatangi seorang lelaki yang tiba-tiba melarikan beg tangan jenama Bonia yang diletakkan di pahanya.

Sinar Harian difahamkan, suspek terus melarikan diri menaiki motosikal berwarna biru bersama rakannya yang sedang menunggu di luar kafe.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, mangsa dan suaminya bertindak pantas mengejar kedua-dua suspek menaiki kereta sehingga motosikal yang ditunggang suspek terbabas di Jalan Mutiara Emas 5/15.

“Selepas mengambil beg tangan milik mangsa, suspek berusia 22 tahun itu segera melarikan diri bersama rakannya yang sudah menunggu berhampiran kafe.

“Salah seorang suspek yang dipercayai penunggang motosikal berjaya ditangkap oleh orang awam yang menyaksikan kejadian itu.

“Manakala seorang lagi berjaya melarikan diri selepas mencuri sebuah motosikal lain dalam kejadian itu,” katanya.

Zainuddin berkata, suspek yang mengalami kecederaan pada buku lali kirinya segera dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan susulan dan dia turut direman untuk siasatan lanjut berhubung kes itu.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan hasil pemeriksaan turut mendapati suspek merupakan orang dikehendaki bagi kes sama di Taman Pelangi,” katanya.

Akibat kejadian itu, mangsa kerugian wang tunai sebanyak RM7,000, telefon bimbit jenis Samsung S3 dan dokumen pengenalan diri.

• Petikan Berita Online •

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2013 09:26 AM | Show all posts
“Manakala seorang lagi berjaya melarikan diri selepas mencuri sebuah motosikal lain dalam kejadian itu,”



agak2 die citer tak sape rakan kongsi yg melarikan diri itu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 09:29 AM | Show all posts
bbalik posted on 5-7-2013 09:26 AM
agak2 die citer tak sape rakan kongsi yg melarikan diri itu...

mesti dia cerita. remaja 22 tahun biasanya takut kena ugut
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 09:58 AM | Show all posts
"seorang lelaki yang tiba-tiba melarikan beg tangan jenama Bonia yang diletakkan di pahanya...

dah letak tas paha pun..peragut ni sempat nak rembat juga....terdesak sgt ke....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 10:03 AM | Show all posts
kadijot posted on 5-7-2013 09:58 AM
"seorang lelaki yang tiba-tiba melarikan beg tangan jenama Bonia yang diletakkan di pahanya...

da ...

Lain la klu dia letak atas meja kan..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 10:05 AM | Show all posts
zameyla posted on 5-7-2013 10:03 AM
Lain la klu dia letak atas meja kan..huhu

yela..kalo letak tas meja memg sengaje cari bala..geng2 peragut memg suke tuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2013 10:10 AM | Show all posts
Pemikiran kreatif umat zaman skrg....

Knapa beg letak ata peha...

Pasai tu kena ragut....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 10:12 AM | Show all posts
mjla posted on 5-7-2013 10:10 AM
Pemikiran kreatif umat zaman skrg....

Knapa beg letak ata peha...

org dulu2 letak duit dlm coli lagi selamat~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.055535 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list