CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Loxlaxman

[Dunia] Tindakan tentera Mesir setelah 24 jam rampas kuasa

[Copy link]
Post time 6-7-2013 01:58 AM | Show all posts
ajie2000 posted on 6-7-2013 12:47 AM
agak agak bawab bawab kat mesir dan arab biqiyyakkkk kat mesir tu sokong sapa?


depa sukung sapa bagi paling banyak duit....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2013 01:59 AM | Show all posts
axl_bach posted on 6-7-2013 01:42 AM
aku rasa bawab2 dgn beqiyyaa' sumer tu sokong Zamalek........hahahahahahhaha


zamalek tu urban sangat lar, bani suef kowt....,
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 02:07 AM | Show all posts
pyropura posted on 6-7-2013 01:59 AM
zamalek tu urban sangat lar, bani suef kowt....,

Stopa "Ayem Kaming" Ahli pun urban gak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 02:12 AM | Show all posts
mana lobai puan tobby sunni bacul tu..x nak hentam ke mesir ni....sama2 sunni pon nak guling ke....bahalol punya sunni khas sunni mcm puan tobby sunni bacul tadak tulur yang blajo agama kat blog....     @tobby
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 11:15 AM | Show all posts
Dalam menangani kemelut politik Mesir di mana IkwanulMuslimin pimpinan Mursi tidak punyai kuasa untuk mendepani pembangkang sertamemenuhi tuntutan mereka, maka cara yang ideal ialah rampasan kuasa tenterasebagai jalan penyelamat terakhir.
Ikutilah kupasan saya dalam,”Krisis Politik Mesir : Tenterarampas kuasa redakan Arab Spring II”

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 12:09 PM | Show all posts
orang mesir ni sama mcm perangai arab yg lain
kuat bergaduh dan suka berpecah belah
perangai org jahiliyah
yg beragama pun sbb ada agamanya yg nmpk baik sikit
kalo tak lebih sama perangai mcm org yg mcm jahiliyah tu jugak
asyik fikir diri sendiri jer betoi
penyelesaian berbunuh2
naik di pihak tentera, ahli politik, alim ulamaknya dan rakyatnya yg panas baran

org yg menyokong pada pertumpahan darah, sbb tu tak menghargai keamanan di malaysia ni
mereka fikir kena menegakkan agama Islam walaupun dgn membunuh dan dibunuh oleh org lain
selalu gunalasan utk menegakkan agama Allah, tapi jalan demonstrasi, tanpa jalan perbincangan
bila dikatakan orang Islam tu terrorist tau marah pulak?
tapi perangai mcm org jahilyah jugak!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2013 02:01 PM | Show all posts
ohnoLia posted on 6-7-2013 12:33 AM
yg ohnolia confuse, apakah possible rakyat berdemo menentang morsi itu adalah disebabkan mereka me ...

kalau dah bertahun2 mungkin possible. tapi kalau baru setahun ditambah pulak dengan tekanan dari bermacam2 pihak seperti tentera, jabatan2 kerajaan yang susah nak bekerjasama memang tak masuk akal. dah ade pemimpin yang bagus camtu depa tolak. nanti kat kubur bila ditanya siapa imam depa baru depa tau nak menyesal sebab depa lebih suka pemimpin sekular dari pemimpin yang beragama. bodoh punya penyokong anti morsi
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 09:16 PM | Show all posts
pyropura posted on 6-7-2013 01:59 AM
zamalek tu urban sangat lar, bani suef kowt....,

xpun support Enppi,hehehehheehheh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2013 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
BAk kata judgmental islamist malaya
1. Rakyat mesir sudah kafir / sekular / munafik kerana tolak morsi seperti tolak Islam. Begitu juga jika ente tolak Rasullulah, anda tolak Islam juga.

2. Org mesir suka hiburan dan minum arak. Sbb tu tk suka pentadbiran Islam.

3. Byk Imam Azhar yg bodoh2 belaka kerana tak sokong Mursi. Ana rasa dia kena study di UIAM dar stadi kat AlAzhar nun.

4. Rakyat mesir bangkit sebab ekonomi merosot sbb tk tahan lapar sbb hilang punca pendapatan. Meleis comment: apa guna juangkan Islam kalau tk tahan lapar. Rakyat Malaysia yg komen begini baru komen selepas makan nasik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2013 12:33 AM | Show all posts

حسبنا الله ونعم الوكيل !!! كلاب السيسي والبلطجية يطلقون النار على أنصار الشرعية ..

والله ان لم يعود مرسي رئيساً سنشهد انقساما في الجيش وإنشاء الجيش المصري الح
Last edited by ajie2000 on 7-7-2013 12:34 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2013 08:08 AM | Show all posts
Mesir: Wajah sebenar Amerika terdedah
Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,       
06 Jul 2013


Saya membaca berita penahanan bekas Al-Mursyidul Am khwanul Muslimin, Sheikh Muhammad Mehdi Akif oleh tentera Mesir dengan penuh kesal dan simpati. Beliau yang sudah berusia lebih 80 tahun sewajarnya tidak perlu ditahan sedemikian rupa, apalah sangat kudrat seorang tua yang sudah uzur untuk menentang kekuatan tentera Mesir? Teringat saya pertemuan dengan beliau ketika beliau menziarahi kami di Kelantan tahun lepas. Pada waktu itu turut menyambut beliau ialah Almarhum Ustaz Yahya Othman yang juga telah uzur namun menggagahkan dirinya untuk meraikan kehadiran orang penting di dalam gerakan Ikhwanul Muslimin tersebut.

Hakikatnya inilah dia wajah sebenar Amerika dan Israel. Merekalah yang melaungkan demokrasi dan merekalah yang menodainya. Morsi ditabalkan sebagai presiden melalui pilihanraya yang sah bukan melalui revolusi jalanan, sewajibnya beliau diberikan peluang untuk mentadbir sehingga tamat penggal. Namun, musuh-musuhnya tidak senang duduk dan tidak mungkin dapat membiarkan pentadbiran Morsi berjalan lancar. Justeru tidak pelik jika Amerika yang kononnya selama ini menjadi juara demokrasi tiba-tiba menyokong rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera di Mesir. Tidak terkecuali pihak yang memberikan sokongan ialah negara-negara yang terkenal selama ini menjadi alat Amerika di Timur Tengah.

Allah SWT seringkali mengingatkan kita di dalam Surah al-Fatihah yang kita baca di dalam solat bahawa golongan Yahudi dan Nasrani ialah golongan yang sesat dan dimurkai. Padahal Allah SWT boleh menggunakan kalimah Yahudi dan Nasrani di dalam surah tersebut, namun ia tidak berlaku. Allah SWT menggunakan kalimah yang menandakan sifat mereka iaitu golongan yang sesat dan golongan yang dimurkai. Ia jelas menunjukkan bahawa sekalipun Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah SAW telah pupus namun sifat mereka diwarisi oleh anak cucu mereka sehingga ke hari kiamat.

Israel mewakili Yahudi dan Amerika mewakili Nasrani sentiasa beruasaha memadamkan cahaya Allah SWT. Mereka lupa bahawa kebangkitan Islam ini umpama air yang mengalir deras. Jika disekat di tepi, ke tengahlah ia mengalir, jika dihalang di tengah, ia menerobos ke atas dan ke bawah. Jika semua arah ia ditahan, ia akan menunggu untuk menghancurkan banteng penghalang. Hari ini, rampasan tentera di Mesir hanya akan menyaksikan kebangkitan lebih besar rakyat Mesir menghancurkan gerombolan secular yang berhajat untuk kembali ke tampuk kuasa.

Saya yakin, Amerika dan Israel akan berterusan memainkan jarum mereka di Timur Tengah. Mereka melaungkan slogan demokrasi namun apabila demokrasi menikam mereka, tanpa malu-malu mereka akan mencabul demokrasi. Lihat sahaja, adakah mereka menghormati pilihan rakyat di Algeria ketika FIS digulingkan? Adakah mereka menghormati pilihan rakyat ketika Najmuddin Erbakan dinafikan hak untuk berkuasa di Turki? Demikian juga yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat ketika Hamas memenangi pilihanraya, adakah mereka berpegang kepada prinsip demokrasi?

Itulah Yahudi dan Amerika. Justeru, mereka yang tidak menghormati pilihan rakyat secara demokrasi dan berusaha menggulingkan kerajaan sah dengan membeli wakil rakyat dan sebagainya adalah saudara mara kepada Yahudi dan Amerika. Tidak ketinggalan juga yang melakukan penipuan besar-besaran di dalam pilihanraya lalu mendakwa inilah demokrasi, pun tergolong dalam golongan yang sama.

Berdoalah. Semua pencinta Islam wajib berdoa agar dikembalikan semula pemerintahan Mesir kepada yang berhak.

Salam hormat.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh: 27 Syaaban 1434H bersamaan 6 Julai 2013M
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 02:45 AM | Show all posts
...dah mula kecoh dah, baru nak lantik PM, lepas ni tak tau apa lagi.... padan muko sapa suruh gulingkan Murusi...??



Partai Salafi Mesir Tolak Perlantikan El Baradei

REPUBLIKA.CO.ID, KAIRO -- Partai Salafi di Mesir, An-Nour, pada Sabtu (6/7), menolak penunjukan Mohamed ElBaradei, pemimpin blok oposisi --Front Penyelamatan Nasional, sebagai perdana menteri sementara di negeri tersebut. Demikian kata kantor berita resmi Mesir MENA.
''Tindakan itu akan memperdalam (memarakkan) "polarisasi,'' kata Wakil Ketua An-Nour, Bassam Ez-Zarqa, sebagaimana dikutip MENA.
Sementara  Partai Kebebasan dan Keadilan --sayap politik Ikhwanul Muslimin, asal presiden terguling Muhammad Mursi-- juga menolak pencalonan tersebut. Demikian kata harian resmi Al-Ahram dalam edisi daring.

ElBaradei secara resmi ditunjuk sebagai Perdana Menteri sementara negeri itu. Dia diangkat pada Sabtu pagi (6/7) dan bertugas membentuk pemerintah peralihan. Ia dilaporkan telah mundur dari jabatan ketua Partai Ad-Dostour pada hari yang sama.
''Jabatan (jawatan)  perdana menteri telah kosong sejak penggusuran Mursi pada Rabu (3/7) bersama pemerintahnya, yang dipimpin oleh mantan perdana menteri Hesham Qandil,'' demikian laporan Xinhua yang dipantau Antara di Jakarta, Ahad.

Sementara itu, Reuters melaporkan Ikhwanul Muslimin percaya pemerintah Barat sepenuhnya mendukung penggulingan Mursi oleh militer. Keputusan yang katanya akan menyulut kebencian terhadap Amerika Serikat dan Eropa dan akhirnya akan berbalik terhadap mereka.
Mohamed El-Beltagi, politikus senior Ikhwanul Muslimin, mengatakan setiap orang akan kalah, termasuk Barat, dari kekerasan yang dapat merebak akibat penggulingan Mursi.
"Kami merasa, dengan penyesalan sangat besar, masyarakat internasional ikut campur dengan mengakui dan mendukung kudeta (coup d' etet) militer," kata El-Beltagi dalam wawancara dengan Reuters.

"Ini menghidupkan lagi rasa benci terhadap negara Amerika dan Eropa yang selalu mendukung rejim yang kejam terhadap bangsa yang mencari kebebasan," katanya.
Pernyataannya menunjuk kepada kemarahan umat Muslim terhadap negara Barat mengenai kegagalannya untuk menghukum militer yang menggulingkan Mursi dalam tindakan yang disulut oleh protes massa terhadap kekuasaannya.
Bagi umat Muslim Mesir, kebijakan (polisi) Barat terhadap penggulingan Mursi menandai kembalinya standar ganda (double stendet) era Horsni Mubarak. Selama 30 tahun kekuasaan Mubarak, Mesir menerima bantuan bernilai miliaran dolar AS dari Eropa dan Amerika Serikat, tapi membuat sedikit atau tak membuat kemajuan ke arah demokrasi.

Amerika Serikat dan Uni Eropa telah menahan (mengelakkan)  diri dari menyebut penggulingan Mursi oleh militer sebagai kudeta (rampasan kuasa). Sebutan yang akan mengakibatkan sanksi terhadap negara yang memiliki kepentingan strategis. Mesir berada di persimpangan tiga benua dan berbatasan dengan Israel.
Amerika Serikat, yang memberi sumbangan 1,3 miliar dolar AS dalam bentuk bantuan militer buat Mesir setiap tahun, menyampaikan keprihatinan yang mendalam atas peristiwa di Mesir.





Last edited by pyropura on 8-7-2013 02:47 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 03:24 AM | Show all posts
razhar posted on 6-7-2013 02:12 AM
mana lobai puan tobby sunni bacul tu..x nak hentam ke mesir ni....sama2 sunni pon nak guling ke....b ...


kafir syiah kepanasan bila ramai yg sokong Morsi ...



Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 03:27 AM | Show all posts
bila la malaysia nak ditimpa bala dahsyat sedahsyatnya ni
baru rakyat malaysia yg pemalas, kaki jam, kaki kawin dan kaki shoping tahu langit tinggi ke rendah
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 03:33 AM | Show all posts
capiloton posted on 4-7-2013 11:31 PM
ereb spring sudah menang..
kat malaysia pulak bila lagi anwart nak buat spring?


mesia cuma mampu ada Album Spring!
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 03:36 AM | Show all posts
tobby posted on 7-7-2013 08:08 AM
Mesir: Wajah sebenar Amerika terdedah
Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,       
06 Jul 2013



ha ha ha si ketot ni air kat kelantan dia perintah berpoloh taung pun masih tak bersih, ada ati nak sibuk isu global ha ha ha

cakap dia ajo nifas dan haid aje udah ler ha ha ha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2013 03:51 AM | Show all posts
4u2Read posted on 6-7-2013 11:15 AM
Dalam menangani kemelut politik Mesir di mana IkwanulMuslimin pimpinan Mursi tidak punyai kuasa unt ...

sejak depa deposed king farouk, mesir di perintah junta army, macam burma tuh

dari gamel nasser  kendian sadat kendian hosni mobarak

sejak gamel nasser gak esp army tak caya budak2 ikhwab seme tu...handal sangat kah tok guru ikhwan macam hassan bana dan si qutb tuh? depa dua ni islamic scholar ka?

depa dua macam ostad rebina tu aje, memula rock kendian insap dan rasa alim so nak kummmmbali pada islam sebenar dan kendian buat buku halalkan pemberontakan or melawan ulul amri

cuma beza ostad rebina berani cakap aje masa ceramah kata kerajaan zalim tapi kendian berani poligami aje sedangkan puak2 ikhwan ni macam khawarij lelain laa, jenis berani mati..pendek kata depa THE EXTREMIST

ikhwan dah ada di mesir sebelum mesia merdeka lagik, sampai hari ni apa ikhwan beri kat dunia islam? melainkan isu pelampauan , duk buungkuih cam cempedak , otak seme jammed

pada aku ikhwan ni penuh dengan PAEDOPHILES MUSLIM aje , tapi ni pun overstatement , pasei oang islam tu sendiri rela dan merelakan mende sumbang cam ni berleluasa
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 07:03 AM | Show all posts
Dah berapa thread di buka tentang Mesir? Baik tukar citizenship ke Mesir memandangkan Katanga Lebih pentingkan Mesir drp Malaysia, mmg tak patrioktik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.143962 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list