CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2362|Reply: 0

Kumbang 2.0L Retro-Funky

[Copy link]
Post time 3-7-2013 11:23 AM | Show all posts |Read mode

Ikon kembali dengan tanbahan kuasa.


Paparan speedometer yang besar di tengah memudahkan pandangan pemandu.

MODEL Type 1 kelahiran Jerman ini dibangunkan atas dasar untuk rakyat bagi mengatasi masalah pengangguran dan menyediakan kereta mampu milik bagi mereka. Siapa sangka idea tokoh politik Jerman, Adolf Hitler kira-kira enam dekad lalu kini menjadi ikon seluruh dunia.

Sejak pengeluaran generasi pertamanya pada 1945, Volkswagen Beetle hanya mengalami perubahan revolusi sebanyak tiga kali sahaja.

Jika mahu dibandingkan kereta pertamanya adalah jauh lebih baik. Kerana itulah ingin saya tegaskan di sini bukan mudah mengekalkan imej ikon itu. Imej asli ikon dunia itu masih kental dapat dilihat menerusi bentuk lampu hadapan yang bulat dan fender tayar yang bulat. Boleh dikatakan luaran Beetle segalanya nampak bulat.

Generasi ketiga Beetle kali ini lebih kelihatan comel. Untuk mengatakan Beetle nampak maskulin sedikit ya dari saya. Mungkin Volkswagen juga berharap untuk menarik lebih ramai pembeli lelaki untuk Beetle serba baru ini daripada sebelumnya. Tetapi selepas sehari suntuk menghabiskan masa memandu dan mengambil gambar dari semua sudut, saya tetap yakin bahawa pereka Volkswagen boleh bermain lebih banyak dengan estetika Beetle.

Jika tahun lalu, Sisipan Pemotoran berpeluang menguji Beetle 2012 menerusi varian 1.2 liter (L) TSI yang dianggap kurang ummph dan untuk keluaran kali ini saya mengupas  versi 2.0L TSI. Untuk mengetahui tentang prestasi si kumbang ini, anda perlu baca sehingga habis.

Versi 2.0L ini bakal merayu perhatian khalayak ramai. Tidak hairanlah memandunya ke Perak dan bersiar-siar di ibu kota Kuala Lumpur pada malam hujung minggu, Beetle pasti diintai pengguna jalan raya lain. Menjadi perhatian, tentunya kerana Beetle adalah ikon!.

Untuk versi 2.0L ini, Volkswagen Group Malaysia (VGM) menawarkan pakej kemasan Sport Line di mana merangkumi spesifikasi unik yang tidak diketengahkan pada model lain- termasuk suspensi belakang empat link, paip ekzos berkembar krom, brek kaliper merah dan peresap belakang dengan warna badan.


Di bahagian tengah tersedia ruang meletak air untuk pemandu.


Kemasan kabin didominasi warna hitam karbon, bagaimanapun material digunakan mungkin boleh ditambah baik lagi.


Selain itu barangan lain dalam senarai adalah rim aloi ‘Twister’ 18-inci (bagi 1.2L rim aloi 16 inci), lampu hadapan bi-xenon bersama lampu LED nyalaan siang hari, pedal aluminium dan XDS Extended Electronic Differential Lock.

Bukan itu sahaja dengan perbezaan harga sekitar RM80k dengan1.2L TSI, Beetle yang satu ini juga dipadankan dengan bumbung panorama dan bumbung matahari. Tetapi sayangnya bukaan bumbung matahari agak terhad.

Kemasan kabin masih boleh diperbaiki

Melangkah masuk ke bahagian kabin, dari segi bentangan tidak jauh berbeza dengan adiknya 1.2L. Apa yang berlainan hanyalah tawaran Trim Design yang disediakan pada varian 1.2L.

Menerusi kemasan berkenaan panel fascia papan pemuka mengikut warna luaran badan Beetle.

Dan, saya lebih sukakan suasana kabin 1.2L yang lebih ceria.

Sementara, unit 2.0L didominasi warna hitam untuk kelihatan lebih elegan. Bagaimanapun penggunaan material masih boleh ditambah baik.

Selain itu, anda juga akan menemui satu lagi ruang simpanan di atas bahagian glove yang penutupnya diselak ke atas dan merupakan satu lagi pujian mengekalkan cita rasa klasik si ikon.

Kerusi hadapan yang lebih bergaya sporty cukup menyokong pemandu dengan selesa.

Bahagian belakang dikhaskan untuk dua penumpang sahaja. Tetapi ia mampu dilipat untuk memberikan ruang simpanan tambahan.

Berpeluang duduk di belakang, begitu mengejutkan dengan ruang kepala yang munasabah walaupun ruangan untuk kaki adalah sedikit sempit jika orang dewasa di hadapan agak tinggi.

Walaupun dengan jarak roda 22 milimeter lebih lebar, tempat duduk belakang adalah nyata hanya ok untuk perjalanan dekat.

Bahkan memudahkan pergerakan masuk dan keluar penumpang belakang, kerusi juga mampu ditolak jauh ke hadapan tanpa banyak masalah.


Prestasi

Kali ini Beetle 2.0L TSI muncul dengan memakai jaket Golf GTI. Ini kerana Beetle menggunakan enjin sama dengan GTI.

Bersama padanan transmisi 6-kelajuan DSG, seperti yang dijangkakan ketika pendikit ditekan dalam, progres adalah rapid dan tidak berhenti.

Kereta comel ini membuktikan ia serius apabila diajak memecut dan bertindak balas dengan baik.

Tetapi jangan terpedaya dengan itu. Ya, ia memang memberikan prestasi pecutan yang anda mahukan. Namun saya beranggapan jika mahu memandu secara agresif anda perlu meletakkan transmisi DSG di dalam mod Sport.

Selain itu, siapa sangka 2.0L ini menawarkan kualiti pemanduan yang keras.

Begitu bercanggah dengan sangkaan awal saya yang menganggap ia lebih lembut.

Bagi saya pada skala sporty, Beetle naik beberapa anak tangga di atas Golf standard, tetapi satu atau dua anak tangga di bawah GTI. Tentunya Beetle tidak boleh menceroboh wilayah GTI sebagai kereta yang menyeronokkan.

Iyalah mengapa ingin menjadikan ia agresif sedangkan Beetle lebih kepada fesyen berbanding prestasi.

Dan...memandunya sekitar bandar adalah lancar serta melalui jalan yang tidak rata kadar olengan badan begitu sedikit.


Satu perkara yang saya kurang senang tentang Betle ialah kedapan kabin.



Enjin Beetle ditawarkan sama dengan Golf GTI


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.055438 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list