CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2074|Reply: 1

Kereta konsep Friend-ME

[Copy link]
Post time 1-7-2013 12:36 PM | Show all posts |Read mode


Rekaan luaran Friend-Me lebih kelihatan berotot dan futuristic.


NISSAN
baru-baru ini mendedahkan kereta konsep yang dinamakan sebagai Friend-ME khusus untuk generasi muda di negara ekonomi kedua terbesar dunia, China.

Dibangunkan oleh pasukan reka bentuk Nissan Design China (NDC) dan Nissan Global Design Center (NGDC) di bawah pimpinan Naib Presiden Senior Nissan dan Ketua Pegawai Kreatif, Shiro Nakamura, Friend-ME adalah salah satu daripada penerokaan terperinci yang mengambil kira keperluan pelanggan China dan kini sedang menuju ke arah aspirasi berkenaan.

Menekankan dinamik sosial lelaki China di pertengahan usia 20-an, Friend-Me merupakan sebuah kereta sedan empat penumpang yang direka dengan pandangan automotif yang sangat berbeza.

Luaran model sedan ini menampilkan rekaan luaran agresif dengan otot-otot tegang yang memaparkan garisan berani yang lebih menyerlah ketika malam.

Menerusi pendirian yang rendah dan luas dengan bahagian hadapan yang pendek dan overhangs di belakang memberi kesan yang chunky, agresif dan sporty. Aliran tenaga juga dapat dilihat menerusi reka bentuk gril berbentuk V-motion dan mengalir terus ke bonet dan garis bahu. Manakala lampu utama dan kombinasi lampu belakang yang unik diterjemahkan menerusi signatur boomerang.

Rekaan bumbung ringan yang nipis dan terapung sekitar tiang C begitu sepadan dan menghasilkan keharmonian canggih. Begitu juga, penggunaan warna badan Neon Grey yang dibangunkan khas memenuhi cita rasa anak muda kini seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pantas.

‘Oracle stone’ berkongsi pengembaraan

Bahagian kabin membentangkan kerusi 2+2. Bagaimanapun penumpang boleh berkongsi maklumat yang sama seperti pemandu: kelajuan, navigasi, baki bahan api - segala-galanya.

Ia dikongsi menerusi paparan skrin konsol tengah yang unik bermula dari papan pemuka hadapan sehinggalah ke bahagian belakang di antara tempat duduk belakang yang menggunakan kemasan onyx-black. Selain itu, mereka juga boleh berkongsi data telefon bimbit dengan memuat turun pada skrin untuk penumpang kabin.

Nissan Friend-ME direka sebagai satu impian dalam jangkauan pelanggan muda di China. Berdasarkan kepada seni bina sedan Nissan yang sedia ada, ia memerlukan sekurang-kurangnya komponen unik. Dan untuk menggerakkan ia, Nissan membayangkan ia bakal dijana dengan PureDrive hibrid yang memberikan perbatuan tambahan bagi pemanduan bandar.

Kereta konsep ini sesuai digunakan di seluruh dunia, tetapi permulaan Friend-ME adalah hasil penyelidikan Nissan ke dalam aspirasi pelanggan ditakdirkan untuk muncul sebagai segmen pasaran tunggal terbesar di dunia iaitu di Bālínghòu. Di mana kira-kira 240 juta rakyat China yang lahir pada 1980-an berasal dari wilayah berkenaan.  

Dengan reka bentuk luaran, Friend-ME menangani keseimbangan kelas pertengahan bahawa belia Bālínghòu perlu memberi perhatian.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Strategi Produk dan Perancangan Termaju Nissan, Francois Bancon jika ada satu perkara yang kita mahu Nissan dikenali, ia adalah wawasan unik yang kuat yang dapat merangsang dan menggembirakan pelanggan di China dan Friend-ME adalah permulaan.

“Jelas sekali, cita rasa mereka akan membentuk trend automotif di seluruh dunia untuk dekad akan datang. Oleh itu, kita percaya ia adalah penting untuk mendengar dengan hormat dan bertindak balas dengan meletakkan impian dalam jangkauan mereka. Itulah sebabnya Friend-ME adalah cadangan pertama kami dalam dialog yang berterusan,”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2013 12:13 AM | Show all posts
nice !!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.248307 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list