View: 11392|Reply: 70
|
Mengapa Nabi Muhammad SAW larang kita meniup air minuman yang panas?
[Copy link]
|
|
Mengapa Nabi Muhammad SAW larang kita meniup air minuman yang panas?
Isnin, Jun 17, 2013 Ahmad Zaki No comments
Walaupun Nabi dan Rasul kita, Muhammad SAW telah lama wafat, namun baginda meninggalkan kita dengan "harta pusaka" yang sangat bernilai untuk umat akhir zaman menjadikannya sebagai bekalan untuk menjalani kehidupan dengan cara yang lebih terhormat dan membimbing ke arah yang di redhai Allah SWT. Harta pusaka yang di maksudkan ialah Al Quran, Hadith dan segala tingkah laku baginda semasa hidup yang disampaikan dari generasi ke generasi.
Nabi Muhammad SAW melarang para sahabatnya meniup air panas yang akan diminum. Baginda tidak menerangkan mengapa baginda melarang tetapi baginda hanya melarang perbuatan tersebut. Ternyata dalam penelitian sains,karbondioksida (CO2) yang dihembuskan dari mulut manusia bertemu air panas (H2O) akan menghasilkan persenyawaan H2CO3 dan jika bahan ini masuk ke dalam tubuh manusia maka ia boleh mengakibatkan komplikasi penyakit jantung. Hal ini boleh juga digunapakai pada makanan yang berkuah atau bersup.
Sungguh beruntungnya umat Islam kerana Allah SWT melalui Nabi dan RasulNya telah disalurkan ilmu pengetahuan sains yang sebelum ini tidak diketahui oleh para sainstis barat atau kafir, Namun atas kelekaan bangsa yang menganuti agama suci ini, makanya musuh-musuh yang ingin "membunuh" Islam pula yang bersungguh-sungguh mengkaji dan menggali ilmu-ilmu Tuhan ini yang terkandung dalam Al Quran dan Hadith.
Umat Islam pada hari ini (terutamanya di Malaysia) terlalu sibuk dengan mempersiapkan dan mengejarkan kekayaan di dunia dan meninggalkan persediaan untuk kehidupan di akhirat. Lihat sahajalah apa yang berlaku dalam filem-filem di Malaysia. Pengarahnya beragama Islam tetapi atas tangannya dia menghalalkan maksiat antara para pelakonnya atas alasan mengikut kehendak skrip. Sedangkan skrip paling utama yang wajib dipatuhi adalah dari Allah SWT sebagai dijadikan panduan di atas pentas hidup di dunia ini.
Itu belum lagi termasuk kegilaan belia kini menyertai pelbagai pertandingan untuk menjadi artis dan ibu bapa mereka merestui anak-anak mereka terutamanya anak perempuan berpakaian tetapi telanjang dalam pertandingan berkenaan. Apabila pertandingan sebegini disiarkan pula di televisyen, yang jadi penontonnya bukan hanya setakat golongan remaja dan ibu bapa malahan kanak-kanak juga turut mengikutinya. Ini akan merosakan pemahaman kanak-kanak terhadapan kepatuhan dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Maka dosa berangkai akan terus menerus bersambung sehingga tibanya hari terakhir kematian Dajjal yang dijanjikan Allah SWT akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nabi Muhammad SAW melarang para sahabatnya meniup air panas yang akan diminum. Baginda tidak menerangkan mengapa baginda melarang tetapi baginda hanya melarang perbuatan tersebut.
Kamu bodoh kah? 
Pernahkah kamu fikir kenapa Muhammad larang perbuatan spt ini hanya kerana ianya perbuatan yg menganggu orang lain? Apasal kamu nak buat cerita dongeng pasal CO2 lah, H2O lah seolah2 Muhammad sendiri tahu benda2 ini? Kamu fikir dgn buat cerita dongeng macam ini, Nabi kamu nampak hebat sangat?
Cakap je - meniup air panas itu satu perbuatan yg boleh menganggu ketenteraman orang lain makan atau minum bersamanya. Senang cerita dan lebih logik sikit.  |
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa kecik2 .. teringat seorang pakcik
bagi tahu tentang hal ni
kita dok tanya la
kenapa harus buat begitu & begini
pakcik tu kabo
mudah aje dalam kehidupan ni
semua sunnah Nabi SAW .. kita cuba amalkan sebanyak mungkin secara istiqommah
sebab kesemuanya bersebab dan pasti ada kebaikan
orang sekarang je .. semua nak dalam bentuk fakta
erti kata lain, kalau ada bukti saintifik, baru la nak percaya
rugi betol |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai bijak pandai sekarang..semuanya nk ikut arus kemodenan dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk yg menarik. tq 4 sharing.
saya sekadar ingin menerangkan apa yg saya fahami berdasarkan keterangan di atas.
sebenar apa yg dinyatakan pada tajuk ini merupakan bukti rahmat yg Allah berikan kpd manusia (teknologi dimasa hadapan semata2 memelihara diri manusia) dan menjelaskan bukti kenabian dan kerasulan baginda Rasullullah saw kepada manusia utk kembali beriman kepadaNya.
sekian, terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Maaflah sebab Uncle sebenarnya 'KURANG SUKA" dan "KURANG SETUJU" dgn artikel sebegini...
Kalau membicarakan larangan Rasullullah s.a.w meniup minuman/makanan panas..atau bernafas ketika minum...itu bagus sja...
TAPI....
membuat pembuktian dengan sains yg agak 'kurang fakta" atau"kurang pengkajian" ini yg sangat sangat uncle TAK SUKA! 
Artikel artikel sebegini yg akan mengakibatkan umat islam diketawakan & diperbodohkan...
Cuba fikir.....Carbon dioxide larut dalam air...adalah perkara biasa....& kandungan Carbonic Asid dlm pelbagai minuman bergas sudah tentu jauuuuhhhhh lebih tinggi..berbanding daripada dalam secawan kopi panas yg di tiup!
Tambahan ...kadar larutan Carbon dioxide berkadar songsang dgn suhu.....sebab tu carbonated drinks tu dimasukkan gas pada suhu hampir beku!
Sedang carbonated drinks seumpama pepsi, Coke etc etc pun ...dikatan "kurang sehat" sebab KANDUNGAN GULA YG TINGGI .....bukan sebab carbonic Asid!
So...utk kita berhujah dgn penuh emosi dgn sains sekolah rendah kita, bagi membuktikan kebenaran hadith Rasullullah s.a.w ....adalah satu langkah yg SANGAT SANGAT KURANG BIJANG...& sengaja mengundang umat bukan slam utk mentertawakan Umat islam....
Bukan mempertikai Hadith..Sadaqa Rasullullah s.a.w.....ada byk hikmah dalam larangan tersebut....tapi rasanya ini bukanlah salah satu drpnya...mengkaitkan secara langsung "menghembus" dgn Carbonic asid dan komplikasi jantung adalah suatu perkara yg amat 'kurang fakta"
Bukan pertikai hadith.....Tapi mempertikai kaedah pembuktian yg sangat dangkal...
Maaf.....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 27-6-2013 11:43 PM 
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Maaflah sebab Uncle sebenarnya 'KURANG SUKA" dan "KUR ... Bukan mempertikai Hadith..Sadaqa Rasullullah s.a.w.....ada byk hikmah dalam larangan tersebut....tapi rasanya ini bukanlah salah satu drpnya...mengkaitkan secara langsung "menghembus" dgn Carbonic asid dan komplikasi jantung adalah suatu perkara yg amat 'kurang fakta"
Bukan pertikai hadith.....Tapi mempertikai kaedah pembuktian yg sangat dangkal...
i have to agree on this one.
sebab Allah tu BIJAK dan bagi manusia normal dalam badan kita ALlah jadikan buah pinggang dan peparu dan kedua dua organ ini terlibat dalam pengawalan pH dalam darah
kidney tu organ paling penting dan actually minimum tekanan darah yg diperlukan badan untuk kidney berfungsi ialah 90mmHg...
so, ion ion HCO3 , K + , H, Na + dalam sodium pump dalam tubul pengumpul kat dalam kidney bertanggugngjawan nak kawal pH.
dan dalam badan pulak ada carotid bodies - chemoreceptors yg detect paras pH dalam darah ...
so ....u know ALLAH itu bijak ...so kita ni taklah se fragile yg disangkakan
dan juga dengan mengetahui hakikat ini
u see? betapa bijak ALLAH itu dan betapa u know kita ni actually hamba je...
dan apa yg DIA minta adalah kita ...tunduk.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
so sapa nak tahu
lebih lanjut
google
respiratory acidosis
respiratory alkalosis
hyperventilating effect
pH balance in blood |
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 27-6-2013 11:43 PM 
Bukan mempertikai Hadith..Sadaqa Rasullullah s.a.w.....ada byk hikmah dalam larangan tersebut....tapi rasanya ini bukanlah salah satu drpnya...mengkaitkan secara langsung "menghembus" dgn Carbonic asid dan komplikasi jantung adalah suatu perkara yg amat 'kurang fakta"
Bukan pertikai hadith.....Tapi mempertikai kaedah pembuktian yg sangat dangkal...
Sebenarnya saya pun dah hampir nak komen sepertimana Uncle komen, tapi saya biarkan dulu tengok sesiapa yang respon.
Untuk pengetahuan tuan pembuka thread, kandungan karbon dioksida (CO2) dalam carbonated drinks adalah jauh lebih tinggi daripada yang CO2 dapat larut dalam air minuman hasil dari hembusan.
Kita diajar dalam subjek biologi, bahawa kita sedut oksigen (O2) dan hembus karbon dioksida (CO2), TETAPI kita mungkin faham seolah-olah O2 tulen (100%) disedut dan kita hembus CO2 tulen (100%), seolah-olah sedut oksigen 100%, kemudian semua oksigen tukar jadi karbon dioksida!
Hakikatnya bagi yang mendalami ilmu sains pernafasan, HANYA PERATUSAN KECIL daripada O2 yang ditukar kepada CO2 melalui sistem respirasi manusia. Untuk memudahkan pelajar peringkat sekolah rendah & menengah faham, kita didedahkan: sedut O2, hembus CO2.
Umumnya, yang LEBIH TEPAT:
-kita sedut sebahagian besar dari nitrogen, dan juga oksigen, dan sebahagian kecil karbon dioksida dari udara...
-kita hembus sebahagian besar nitrogen (kerana tidak bertindak balas), berserta oksigen yang tidak bertindak balas, dan karbon dioksida yang telah disedut campur dengan karbon dioksida yang terhasil dari tindakbalas oksigen
Haaa kan dah masuk subjek CHEMISTRY kat sini.... ni yang saya malas tulis terlalu teknikal ni.....
Last edited by mnm77 on 28-6-2013 01:03 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kamu bodoh kah?
Pernahkah kamu fikir kenapa Muhammad larang perbuatan spt ini hanya kerana ianya perbuatan yg menganggu orang lain? Apasal kamu nak buat cerita dongeng pasal CO2 lah, H2O lah seolah2 Muhammad sendiri tahu benda2 ini? Kamu fikir dgn buat cerita dongeng macam ini, Nabi kamu nampak hebat sangat?
Cakap je - meniup air panas itu satu perbuatan yg boleh menganggu ketenteraman orang lain makan atau minum bersamanya. Senang cerita dan lebih logik sikit.
NI DAH KIRA MENGHINA!!! SAYA AKAN BUAT ADUAN!!
|
|
|
|
|
|
|
|
uniq61 posted on 28-6-2013 04:04 PM 
NI DAH KIRA MENGHINA!!! SAYA AKAN BUAT ADUAN!!
Yalah itu. Memang perbuatan menghina. Bukan menghina Muhammad kamu tetapi kebodohan kamu (orang2 Islam) menbuat cerita2 dongeng semata2 utk menaiktaraf Muhammad kamu menjadi "Superman". 
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bubuh air panas bawah kipas meja macamana plak? Aku selalu buat mcm nie. |
|
|
|
|
|
|
|
Yalah itu. Memang perbuatan menghina. Bukan menghina Muhammad kamu tetapi kebodohan kamu (orang2 Islam) menbuat cerita2 dongeng semata2 utk menaiktaraf Muhammad kamu menjadi "Superman". kebodohan kamu (orang2 Islam) KENYATAAN NI INI BULAN MENGHINA ISLAM KE???
JANGAN SPIN LAH LAHANATULLAH..!
KAMU BERANI BERKATA SEBAB TIADA NAMA SEBENAR KAMU...KAMULAH PENAKUT DAN BODOH SAMA SEPERTI ORANG SEUGAMA KAMU... Last edited by uniq61 on 28-6-2013 05:23 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Sephiroth posted on 28-6-2013 03:11 PM 
Kamu bodoh kah?
Pernahkah kamu fikir kenapa Muhammad larang perbuatan spt ini hanya ...
hellooo ..
dont be a goon ..
you guess we muslims dont know about table manners .. hrrmm
you make a poor case ..!
|
|
|
|
|
|
|
|
Sephiroth posted on 28-6-2013 03:11 PM 
Kamu bodoh kah?
Pernahkah kamu fikir kenapa Muhammad larang perbuatan spt ini hanya ...
You could at least vent your opinion decorously but you also choose to be rude tau.
Kalau nak tegur pun jangan tulis : Nabi ..hebat sangat
well actually he was a great human being as a prophet . Buangkan prejudis.
|
|
|
|
|
|
|
|
uniq61 posted on 28-6-2013 05:22 PM 
KENYATAAN NI INI BULAN MENGHINA ISLAM KE???
JANGAN SPIN LAH LAHANATULLAH..!
KAMU BERANI BERKATA ...
Saudara , kita boleh ambil iktibar dalam thread ini. lelagi bebenda berupa
science dan Al Quran kata apa...
saya ambil maklum bahawa most of us teringin untuk menyampaikan sesuatu ttg Islam dan ini baik ...saya galakkan dan ada beberapa cadangan untuk masa akan datang yakni
a) kalau bebenda berupa penemuan saintifik - rasanya kalau saudara nak buka thread dan tak sure sahih ke tak
saudara mungkin boleh nyatakan di akhir artikel ini : sapa sapa tolong verify atau confirmkan , gitu
b) sediakan rujukan tentang apa yg dikatakan dalam artikel itu ya lebih credible
c) kita kena faham ini ya - Al Quran boleh berdiri sendiri tanpa sains dan tak perlukan pembuktian sains. Tapi lazimnya apa yg dikatakan oleh kalamullah yg berupa mukjizat makhnawi ini akan compliment ilmu ilmu lain ....penemuan saintifik actually selari dan kalau silap ini atas kesilapan atau terhadnya ilmu pengkaji bukannya Al Quran
i mean ini menunjukkan bahawa kita as a Muslim juga kena terus menimba ilmu ...dan kuatkan asas ilmu saintifik supaya kita dapat menilai fakta.
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalam..
Mmg dari aritu lg rase nak komen, tp aritu byk pakai Tab so mcm payah nak tulih panjang2...hari ni baru sempat pakai PC, so bleh taip dgn lebih bebas. Tak best taip kat Tab 10.1 sbb terhad.
Tp Alhamdulillaah, apa yg sy percaya & pndgn sy rupanya2 sama dgn beberapa org kat sini, mudahnya yg mula2 ankel OWL, kemudian diikuti mbhcsf mnm77 dll...cuma tak setuju dgn ketegasan melampau Sephiroth.
Pd sy ramai umat Islam zaman skrg terlalu suka nak mengaitkan apa saja yg disuruh ALLAH & Rasulullaah dgn perkaitan sains, anything. Sy tak kisah bab puasa sbb mmg itu terbukti malah disebut dlm hadith kebaikannya utk kesihatan, namun utk bab2 spt larangan meniup minuman panas ni & perkaitannya dgn CAD (coronary artery disease) or cardiovascular disease, sy sgt2 tak bersetuju....kerana sekalipun benar dakwaan itu, sy percaya sumbangannya kpd masalah penyakit jantung terlalu sket, malah terlalu remote utk dikaitkan sbg boleh jd penyumbang kpd penyakit jantung...
Pd sy, kkdg umat Islam hanya mula meyakini kebenaran Islam hanya selepas dibantu dgn 'penemuan2 sains' yg kkdg tak terbukti pun kebenarannya...hanya utk mengatakan setiap suruhan & larangan pasti ada hikmahnya sdgkan yg jelas telah diterangkan para 'ulamak akan 'illah pengharaman sesuatu.
Sbg contoh, kajian mane ntah kononnya hanya dgn bersujud mampu berikan oksigen utk sampai ke otak di mana oksigen takkan sampai ke otak sepenuhnya melainkan dgn bersujud, maknanya hebatnya sujud yakni termasuk utk bg oksigen ke otak dgn sempurna...malangnya ini tidaklah terbukti secara saintifik malah digembar-gembur dlm internet semata2, ditambah pula antara amalan2 agama lain jgk turut terdpt perbuatan sujud...jd adakah tuhan2 mereka jgk tahu akan hikmah bersujud?
Plus isu kajian ttg solat berjemaah yg dikatakan dpt membantu mengimbangi cas2 ion dlm tubuh manusia hanya dgn solat berjemaah sdgkan kalau nak ikut, bukan hanya solat jemaah tp byk aktiviti berjemaah termasuk perhimpunan2 & mcm2 lg yg aktiviti yg berkumpul ramai2 turut boleh dpt beri kesan yg sama, itupun kalau benar dakwaan2 tu sume.
So jgnlah biarkan Islam ditertawakan dgn kajian2 sains spt ini kerana keyakinan & keimanan umat Islam pd agama Islam bukanlah pd kebenaran2 yg dibuktikan scara saintifik atau yg dpt dilihat, kebenaran Islam telah jelas sama ada dlm al-Qur'an atau pd tanda2 yg telah dinyatakan, maka jadilah umat Islam yg progressif lg bijaksana bukan umat Islam yg jumud tp cuba bersikap terbuka...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
well...tangan saya tidak dapat menahan dari membicarakan satu aspek
Bucailleism?
Buccailleisme - diambil sempena nama surgeon - Maurice Buccaille
yakni satu lagi kerangka peimikiran yg menekankan kebenaran al Quran dan dapatan sains / penemuan sains yg selari dengan apa yg dinyatakan
kat sini ada positifnya - sebab yg menilai fakta sains itu seorg yg dilatih dalam kerangka emprikal , it so happened that he was given pentunjuk yg ALLAH itu Al HAKIM....
well...
ada yg kata pemikiran ini pun kena berhati hati - atas sebab yang sama jugalah - Al Quran tidak memerlukan pembuktian kebenarannya melalui sains sebab ia Kalamullah - dan ada juga ada yg tahu dan menekankan unsur unsur yg positif tentang penemuan sains dan Al Quran especially tentang percampuran dan batas sempadan air tawar di muara dan laut ...
Last edited by mbhcsf on 1-7-2013 12:33 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|