CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1409|Reply: 0

[Dunia] Sah tiada kebakaran di kawasan Sime Darby

[Copy link]
Post time 27-6-2013 11:37 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Sime Darby Plantations hari ini mengesahkan tiada kebakaran di kawasan operasi syarikat itu di Indonesia selepas mengkaji data titik panas bagi tempoh 25 Mei hingga 25 Jun ini.
   
Syarikat itu berkata kajian data itu adalah daripada agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan peta sistem kedudukan global syarikat berkenaan bagi kawasan konsesi di bawah PT Tunggal Mitra Plantation (PT TMP) dan PT Bhumireksa Nusa Sejati (PT BNS) di Riau, Indonesia.
   
"Apabila pemadanan data titik panas dan peta kawasan konsesi menunjukkan semua titik panas berada di luar konsesi PT TMP," katanya syarikat multinasional itu dalam kenyataan di sini.
   
Ia berkata terdapat tiga kawasan titik panas dalam kawasan konsesi PT BNS tetapi terletak di luar kawasan operasi syarikat di mana komuniti tempatan yang menduduki tempat itu menanam tanaman kontan seperti jagung, tebu dan nenas serta tanaman saka seperti kelapa dan buah pinang.
   
Sime Darby menjelaskan bahawa satelit NASA mempunyai maklumat lapuk mengenai kawasan konsesi tanah syarikat berkenaan yang telah dikurangkan selepas proses pelesenan dimuktamadkan.

"Satelit NASA menunjukkan kawasan konsesi PT BNS ialah 180,392 hektar dan pada hakikatnya hanya 25,662 hektar. Daripada jumlah ini, 18,688 hektar adalah kawasan tanaman sebenar dan 1,530 hektar adalah kawasan pembangunan dan kediaman.
   
"Baki tanah kini diduduki oleh masyarakat tempatan," katanya sambil menambah terdapat juga percanggahan berkenaan dengan kawasan konsesi PT TMP itu.
   
Data daripada satelit NASA menyatakan saiz konsesi syarikat adalah 38,473 hektar manakala konsesi sebenar hanya 13,836 hektar di mana 2,474 hektar diduduki oleh masyarakat tempatan, katanya.
   
Sime Darby Plantations akan menyiarkan dan mengemukakan laporan ini kepada Rundingan Meja Bulat Mengenai Kemampanan Minyak Sawit seperti diminta, katanya.
   
Walau bagaimanapun, Sime Darby Plantations dan syarikatnya PT TMP dan PT BNS akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengurus sebarang titik panas dan kebakaran demi kepentingan pekerja, orang awam dan alam sekitar, katanya.
   
Syarikat itu turut mengulangi komitmen kepada dasar sifar pembakaran dalam operasinya di seluruh dunia.
   
Jumaat lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan menggesa syarikat milik Malaysia yang beroperasi di Indonesia supaya mematuhi semua undang-undang dan peraturan setempat dan memastikan mereka tidak menyumbang kepada masalah alam sekitar.
   
Kejadian membakar di Riau telah menyebabkan masalah jerebu melanda beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.056204 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list