Antara alasan yang sering dilontarkan oleh mereka yang tidakmahu menutup aurat: 1. Merekajahil tentang dalil-dalil dari al-Quran dan al-Hadis mengenai kewajibanmenutupi aurat. Katanya, "Maaf, kami tak tau pun?" Mereka jugajahil akan pengertian aurat. Mereka tak kenal dengan alim ulama' danmereka juga tidak mahu atau mungkin tak berpeluang mendekati alim-ulama. # Jadi,kalau dah tak tahu mengapa tidak diusahakan untuk mengambil tahu? 2.Menutup aurat ni panas dan merimaskan. Tak terfikirkah mereka betapa panasnyalagi neraka di akhirat kelak berbanding tempat persinggahan kita di dunia ini? # Yangmenutup aurat mengatakan bahawa dengan menutup aurat ni, diri berasa lebihselesa dan tenteram. Kenapa mereka boleh, anda pula sibuk kata tak boleh? 3. Katamereka lagi, orang yang tutup aurat pun belum tentu baik perangainya. Jadi,itukah alasannya mengapa anda tidak menutup aurat? Sebenarnya, dalamkehidupan sebagai seorang muslim asasnya adalah ketaqwaan dan keimananiaitu seberapa taat kita kepada Pencipta kita iaitu Allah SWT. Persoalansiapa baik dan tidak, tak sepatutnya timbul. Yang patut kita fikirkan,siapakah yang lebih takwanya disisi Allah. #Adakah kita sudah cukup baik di sisi Allah? Apakah usaha kita untuk menambahkantakwa kepadaNya? 4. Adajuga golongan CERDIK yang tahu menutup aurat itu WAJIB tetapimereka beralasan, "belum sampai serulah nak tutup aurat." Sombongnyaanda dengan Allah SWT. Ingkarnya anda dengan perintah ALLAH dan Rasul.Seolah-olah, ketetapan Allah itu tidak penting dan bolehditangguh-tangguh. Persoalannya, adakah nak mati tu ada tarikh-tarikhnya yangdiberitahu terlebih dahulu atau diseru terlebih dahulu, "Hei kamu,pada tarikh sekian-sekian, maka kamu akan dimatikan, maka bertaubatlah..." Adake? Ada ke dalam al-Quran kata, hukum tu boleh main tangguh-tangguh ikutsuka hati je? Belum sampai seru membawa maksud, hidayah belumsampai. Masalahnya, kalau anda tak usahakan untuk cari hidayahtu, manalah nak datangnya hidayah tu? # Kalauhidup pun anda sukakan kepada yang tidak baik (melanggar ketetapan ALLAH)ada ke hidayah tu nak datang dekat dengan diri anda? 5. Merekamerasakan diri sudah cukup bagus dan bergaya dengan gaya yang up to date danmoden. Persoalannya, apakah tujuan sebenarnya kehidupan kita di muka bumiini? Adakah gaya yang anda tampilkan itu menepati kehendak Allah SWT dancukup bagus disisi-Nya atau pun tak? Anda janganlah memalukan umat Islam! Islamkan ada gayanya tersendiri. Kenapa mesti diikut gaya yang bukan milikIslam (boleh mengambil budaya lain, tak salah. Dengan syarat tidak melanggarbatas-batas yang ditetapkan). Tindakan anda itu seolah-olah mengatakanbahawa ketetapan Allah itu tak cantik! Jadi, secara tak sengajanya anda telahmenghina ketetapan Allah! # Danketahuilah bahawa disisi orang yang benar-benar beriman, yang paling indah ituadalah segala yang menepati kehendak Allah. Dan, sebaik-baik wanita ialahwanita yang solehah. 6. Alasanseterusnya, "Kami tak tahu pun. Penting sangat ke perkara ni?"Mereka mungkin tidak faham secara keseluruhannya apa itu Islam. Sangatmenyedihkan. Mengaku Islam, tetapi jahil berkaitan Islam. #Mengapa anda sombong untuk menimba ilmu yang berkaitan? 7. Lagikata mereka, "Apa baiknya menutup aurat ni?" Merekameragui al-Quran. Kenapa tidak dikaji al-Quran itu denganbersungguh-sungguh? Sedangkan, mereka yang bukan Islam pun boleh masukIslam apabila mereka mengerti akan Islam dan al-Quran dengan baik. Bagaimanapula dengan anda yang dilahirkanIslam ini? #Tahukah anda betapa indahnya Islam? 8. Alasanlainnya, "Orang yang hebat-hebat macam menteri, profesor, doktor, artisdan cikgu saya pun tak tutup aurat. Kenapa mesti saya menutupnya?" Kenapaanda melihat kepada pangkat dan darjat? Kenapa anda tidak melihat kepadaorang-orang yang beriman dengan baik terhadap suruhan Allah SWT? Mengapa tidakdikaji atau ditanya kepada mereka yang pakar bab-bab agama? #Adakah darjat dapat membawa kepada keredhaan Allah? Sedangkan anda tidakpeduli dengan perintahNya dan sentiasa melanggar laranganNya tanpa pernahmemikirkan untuk bertaubat dan mencari kebenaran. 9. Merekajuga berkata begini, "Eh! Astora Jabat kata boleh apa tak pakai tudung,bukan salah mana pun?" Adakah anda mahu tergolong dalam golonganpengikut Astora Jabat? (Orang yang dianggap banyak menyelewengkan faktaagama melalui tulisannya di akhbar-akhbar perdana). # Muftipun dah sepakat mengatakan Astora Jabat ni orang yang bermasalah, anda mahumengikutnya juga ke? 10. Danyang terakhir, mereka memang tidak mahu menerima kenyataan terhadap kebenaranyang hakiki. Hati mereka penuh dengan kebencian terhadap kebenaran. Merekaselalu berkata, "Eh, aku punya suka lah! Kau sibuk apa? Kalau berdosapun, aku yang berdosa, bukannya kau." Allah! Tak tahu dah nakkata apa. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh menyelamatkan mereka. # Danketahuilah, sesungguhnya Allah SWT sentiasa menghendaki kamu bersegera kepadataubat. Antara garis-garis panduan pakaian wanita Islamadalah seperti berikut..
1. Pakaian itu mestilah menutup aurat.
Rasulullah saw bersabda: Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya,Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Makanabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabilawanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecualiini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya” 2. Pakaian itu tidakterlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar “Dua orang ahli neraka yangbelum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembudigunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaiantetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranyabagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akandapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yangsangat jauh”
(Riwayat Muslim) 3. Pakaian itu tidak ketatatau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagianbentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dariinsan itu. Dalam sebuah riwayat dariAbdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorangdengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikankepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin akutelah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidakkelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidaknampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak” 4. Warna pakaian itu suramatau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perangsehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbabatau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita padazaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam) 5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauanyang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini adapengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakaibau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan olehRasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina. “Wanita apabila memakaiwangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini danbegini iaitu pelacur ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi) 6. Pakaian itu tidakbertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telahmelaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupailelaki”
(Riwayat Bukhari) 7. Pakaian itu tiadabertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik. 8. Pakaian itu bukanlah libasush-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk ataubergaya. Kesimpulan: Sesudah masyarakat beradap meningalkan tamadun jahiliah kuno,'berpakaian tetapi berteanjang', mangapa masih ada golongan yang mahu mengambilbudaya itu kembali dan menganggapnya sebagai tamadun yang moden? Naa'uzubillahi zalik!(IH) Renungan: Sama-samalahkita muhasabah segala kesilapan diri. Fikir-fikirkanlah.. Menutupaurat adalah seruan dan perintah daripada Yang Maha Kuasa. Apakah kita harusmeragui akan hikmah yang tersirat disebalik penutupan aurat ini? Penutupanaurat secara lengkap adalah lambang kepada keindahan dan kehebatan wanitadisisi Allah dan orang-orang yang beriman. Ia juga adalah lambang kepadapenolakan budaya jahiliyyah setelah kedatangan Islam. Ia juga merupakanlambang agung kepada kesucian hak dan maruah wanita disisi Islam (agama yangbenar dan suci). Islam bukanlah agama yang mengejar gaya dan identiti yangmenjahanamkan. Semoga kita ditempatkan di dalam kalangan orang-orangyang soleh dan solehah hendaknya. |