View: 2544|Reply: 10
|
SYARAT SAH DAN PERKARA-PERKARA SUNAT DALAM SOLAT
[Copy link]
|
|
Syarat-syarat sah solat berjemaah ialah:
•Makmum Hendaklah mengikut imam
•Makmum tidak mendahului imam pada setiap pergerakan dalam solat
•Mengetahui gerak-geri perbuatan imam atau melihat saf-saf makmum di hadapan atau mendengar suara imam.
•Imam dan makmum berkumpul pada satu tempat
•Kedudukan makmum hendaklah ke belakang sedikit daripada imam.
•Makmum lelaki tidak boleh berimamkan wanita.
•Makmum tidak boleh mengikut imam yang diketahui batal solatnya
Sunat-sunat sembahyang
Sunat-sunat yang di tunaikan sebelum sembahyang.
•Azan
•Iqamah
•Meletakkan sesuatu (pemisah) di hadapannya yang memisahkan antaranya dengan orang-orang yang lalu lalang seperti dinding, tiang, tongkat,atau dengan menghampar sejadah dan seumpamanya. Sekiranya perkara-perkara tersebut tidak ada maka dia hendaklah membuat satu garisan di hadapannya.
Sunat-sunat yang di tunaikan ketika sembahyang
Sunat ab’ad
Sunat ab’ad ialah semua perkara yang kalau ditinggalkan maka ia boleh ditampung semula dengan sujud sahwi di akhir sembahyang.
•Tasyahud awal
•Selawat ke atas Nabi selepas tasyahud awal. Ia merupakan sunat yang kalau di tinggalkan perlu kepada melakukan sujud sahwi.
•Duduk untuk membaca tasyahud awal.
•Selawat ke atas keluarga Nabi s.a.w. selepas tasyahud akhir ( yang merupakan rukun dalam sembahyang)
•Membaca qunut ketika I’tidal di rakaat kedua pada sembahyang Subuh, dan di akhir rakaat sembahyang Witir selepas separuh daripada bulan Ramadhan dan juga ketika I’tidal di rakaat yang akhir pada mana-mana sembahyang yang dibaca Qunut Nazilah
Sunat Hai’at
Sunat Hai’at ialah perkara yang kalau ditinggalkan, ia tidak membawa kepada perlunya sujud sahwi.
•Mengangkat kedua tangan ketika takbiratul ihram, ketika rukuk dan bangkit daripadanya.
•Meletak tangan kanan di atas bahagian belakang tangan kiri ketika berdiri.
•Melihat tempat sujud
•Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram
•Membaca al-Isti’zah selepas doa Iftitah
•Membaca dengan kuat dan perlahan di tempat-tempat tertentu.
•Menyebut “amin” selepas Fatihah.
•Membaca sesuatu daripada ayat Al-Quran selepas fatihah.
•Mengucap takbir ketika bepindah dari satu rukun ke satu rukun.
•Membaca tasbih 3 kali dalam rukuk dan sujud.
•Membaca doa ( Rabbigh firli......) hingga seterusnya ketika duduk antara 2 sujud.
•Duduk istirehah sebelum qiam untuk ke rakaat yang ke 2
•Bertekan di tanah sewaktu hendak bangkit qiam
•Meletakkan kedua tangan di atas permulaan kedua paha ketika duduk membaca tasyahud awal dan akhir.
•Duduk tawarruk ketika duduk yang akhir ( ketika membaca tahiyyat akhir) dan duduk iftirash pada tempat selainnya.
•Memberi salam yang kedua.
•Sentiasa khusyuk di sepanjang sembahyang.
Sunat-sunat yang ditunaikan selepas sembahyang
•Istighfar, zikir dan doa
•Berpindah tempat dari tempat sembahyang fardu ketika hendak menunaikan sembahyang sunat. Ini dilakukan bagi membanyakkan tempat-tempat sujud kerana kesemuanya itu akan menjadi saksi untuknya.
Yang afdalnya ialah apabila bersembahyang (fardu) di masjid, maka sembahyang sunat dilakukan di rumah
•Apabila mereka (kaum lelaki) sembahyang di masjid dan di belakang terdapat golongan wanita, maka disunatkan kepada kaum lelaki agar tetap duduk di tempat mereka sehinggalah golongan wanita meninggalkan tempat mereka. Ini kerana bercampur dengan mereka adalah perkara yang boleh membawa kepada kerosakan.
Last edited by izamahmed on 27-6-2013 08:43 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
A person on wheel chair( due to his medical condition), boleh jadi imam tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
crankshaft posted on 27-6-2013 11:40 AM 
A person on wheel chair( due to his medical condition), boleh jadi imam tak?
depending on the mazhab , yang i tahu hanafians tekankan imam to bebas daripada keuzuran. |
|
|
|
|
|
|
|
better imam adalah seorg yg sempurna. sebab pergerakan imam menjadi ikutan makmum.
hukum seorang imam OKU saya tak pasti. kalau ada jumpa jawapan nanti saya update. |
|
|
|
|
|
|
|
artis boleh jadi Imam tak?
Imam plak boleh tak jadi artis? |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 28-6-2013 02:31 PM 
depending on the mazhab , yang i tahu hanafians tekankan imam to bebas daripada keuzuran.
nothing mentioned in AL QURAN or AL HADIS of this? |
|
|
|
|
|
|
|
crankshaft posted on 1-7-2013 02:38 PM 
nothing mentioned in AL QURAN or AL HADIS of this?
i guess the spefics are always from the hadith. |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 1-7-2013 03:06 PM 
i guess the spefics are always from the hadith.
So you are not sure? |
|
|
|
|
|
|
|
crankshaft posted on 1-7-2013 03:11 PM 
So you are not sure?
yep. unsure.
why?
are you wheel chair bound ke atau ade ke relatives yg berkerusi roda? if i may ask?
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 1-7-2013 03:14 PM 
yep. unsure.
why?
Buat perabis boras je........buang masa aku...cakap dari awal unsure bukankah senang?
Macam nak kena tapak dengan sepatu je.......
|
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana orang bisu menjadi imam solat jahar..?
sememangnya lebih baik imam adalah seorang yg sempurna,
yg lebih baik tajwidnya, rukunnya, ilmunya, umurnya, akhlaknya etc..
sekiranya semua pun bisu, berusahalah 'mencari' yang 'mampu'..
tiada halangan menjadi imam seandainya benar2 tiada pilihan..
seandainya benar2 tiada pilihan lain~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|