View: 2204|Reply: 0
|
[REBIU MUZIK] Boneka Rafia Mafia "Hidupkan kembali lirik bermakna"
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sudah lama tidak didengarkan dengan lagu-lagu yang mempunyai makna-makna yang tersirat serta dalam. Pada era langit terbuka kini, lagu-lagu yang penuh dengan makna cinta diagungkan secara berlebih-lebihan. Saya pada hari ini akan memetik sebuah lagu daripada The Fabulous Cats yang bertajuk "Boneka Rafia Mafia"
Lagu ini dimulaikan dengan intonasi muzik yang berunsur jenaka tetapi agak keras. Satu pentas yang sungguh besar mula dibayangkan.
Sambil intonasi di belakang terus bersambung, suara perempuan mula kedengaran. Penulis lirik bertanya "Adakah kita hidup didunia sebagai boneka kepada media?" Belum sempat terjawab soalan tersebut penulis bersambung lagi "Ada polis tetapi ibarat tiada"..
Farrish Zaquan mula memainkan peranannya. Penulis mendakwa media hari ini ibarat dipergunakan demi kepentingan sendiri. Gadis-gadis remaja yang rupawan menjaja rupa di kaca tele-V. Penulis membayangkan dunia kini secara zahirnya aman, tetapi sedang mengalami perang disebalik tabir. Selepas lirik ini, diulangi lagi korus untuk menegaskan bahawa media kini merupakan satu tunjang hadapan penyebar pemikiran terhad.
Penulis juga menggambarkan bahawa terdapat satu kelompok minoriti yang merasakan diri mereka tidak bersalah. Ini digambarkan melalui lirik "Lanang diam meratap membisu"
Main highlight lagu ini terletak diakhirnya apabila terdapat lirik yang mengutuk secara halus sekolompok puak yang menggunakan kuasa media.
Fiesta pendatang pendapatan saudagar antarabangsa disediakan
Apabila seorang terkemuka negara antarabangsa datang melawat negara, ianya diibaratkan seperti sumber pendapatan dan juga sumber publisiti. Penulis menzahirkan hasratnya bahawa mereka juga mencari makan dan tidak perlu diagungkan secara berlebihan.
Penglipurlara berkongsi wayang segelas minuman santapan kaisan
Sementara kebanyakkan pengarah-pegarah serta pelakon sedang melalui adegan-adegan yang terlampau 'ektrem' di kaca Tele-V, golongan atasan yang digambarkan melalui perkataan 'kaisan' sedang menikmati cerita-cerita tersebut dengan hati yang senang.
Abet kronisme berleluasa memberi darjat rendah penghibur desaPerluasaan kuasa berbentuk kronisme sedang berleluasa dan penulis memberi amaran secara halus. Kuasa-kuasa ini sedang menghiburkan/menggunakan penduduk-penduduk kampung ataupun desa sebarang pekerjaan atau lebih tepat lagi 'coverup' bagi menutup pemerintahan berbentuk "kronisme" ini.
Absolutisme media berleluasa dari jajahan kerajaan kita
Secara keseluruhannya, penulis menzahirkan bahawa kuasa media digunakan secara berleluasa untuk menjajah kerajaan.
Hujah penada mendatar dijulang permaidani merah walau cengi arcanyaWalaupun terdapat golongan yang sangat kecil, memperjuangkan hak melalui hujah (cybertrooper), akan tetapi kuasa mereka sebagai rakyat tetap ada walaupun tidak mempunyai permaidani merah untuk memberikan semangat kepada mereka.
Adakah lagi penjana seniman semua dimahkota jemari jelataSoalan yang amat ringkas. Penulis mempersoalkan "Wujudkah lagi seniman yang memperjuangkan ideologi sendiri?" Penulis menjawab secara langsung, "Semua telah dibayangi oleh peminat, mengikut telunjuk peminat"....
gala gemilang gah dikacamata mereka mereka untuk mereka mereka
gering ku ku gerakkan gerilla dimana ritma dan puisikan bertahtaJalur gemilang dimegahkan dimata rakyat untuk golongan atasan. Semangat 'patriotik' di politikkan secara halus. Tetapi penulis sedang berjuang secara senyap-senyap menggunakan ritma dan lagu sebagai karya agung untuk memerangi golongan yang menggunakan media.
http://www.youtube.com/watch?v=sPEIezBU3h8
Dengarkan lagu ini dan selamilah secara lanjut. The Fabulous Cats merupakan antara kugiran yang masih lagi mempunyai unsur karya agung yang menggambarkan secara langsung maksud muzik itu sendiri. Tetapi masyarakat muda sekarang memilih untuk menperdengarkan lagu yang berusur maksiat dan juga penzinaan yang bertetangan denga agama Islam secara tidak langsung.
-Nantikan rebiu seterusnya yang mungkin berkonsepkan cinta.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|