View: 10829|Reply: 98
|
[Tempatan]
Kereta Terjunam Kerana Tertekan Pedal Minyak!
[Copy link]
|
|
JOHOR BAHRU: Seorang pekerja kedai buku di Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda di sini, tergamam apabila Proton Saga FLX warna emas dipandunya terjunam dari tempat letak kereta setinggi satu meter,di sini, semalam.
Mangsa, Zanariah Abu Bakar, 35, yang baru selesai menghantar dua anaknya berusia enam dan sembilan tahun ke sebuah tadika swasta di sini, bersyukur kerana terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Zanariah yang ditemui berkata, dia bekerja di kawasan berhampiran sejak 2009 dan menggunakan tempat letak kereta itu sejak dua bulan lalu selepas membeli kereta berkenaan.
"Saya tidak sangka tersalah tekan pedal minyak ketika meletak kereta dalam kotak menyebabkannya terus ke depan lalu terjunam menyebabkan kerosakan enjin.
"Sebenarnya hari ini saya mahu menghantar kereta ke pusat servis untuk kali kedua selepas singgah sebentar di pejabat, namun tidak menyangka tersilap menekan pedal minyak.
"Rasa terkejut dan tergamam selepas terjunam bersama kereta ke jalan raya, namun apakah daya ia sudah berlaku dan bersyukur kerana umur masih panjang," katanya.
Menurutnya, dia hanya sakit tengkuk dan bahu serta terkilan kerana kereta yang baru dibeli sejak dua bulan lalu mengalami kerosakan teruk.
Katanya, dia bernasib baik kerana tiada kereta melalui jalan di bahagian bawah kerana jika tidak boleh mengakibatkan kemalangan maut.
Dia mengakui kejadian itu disebabkan kecuaiannya tetapi berharap pihak berkuasa memasang penghadang atau tembok setinggi setengah meter bagi mengelak kejadian sama berulang.
"Sebelum ini ada beberapa kenderaan lain hampir terjunam apabila meletakkan kereta di kawasan berhampiran.
"Saya berpendapat lebih selamat sekiranya kawasan itu mempunyai penghadang besi atau tembok kerana dapat menghalang kereta daripada terjunam," katanya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu dan memberitahu ia akibat kecuaian.
|
|
|
|
|
|
|
|
dari mana datangnya bongkah2 batu tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tottot89 posted on 20-6-2013 11:22 AM
dari mana datangnya bongkah2 batu tu
dari penyiasatan abe keross, batu2 itu dari penampan depan, ada dlm setengah kaki kot , kereta itu rembat sekali penampan yg dalam setengah kaki tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
okie...i nak mengumpat pagi ni...
td menyumpah2 pemandu keta ni bawak menonong dari kiri masuk lane tgh dan lane kanan tanpa bagi signal...sial sungguh boleh menyebabkan org lain kemalangan..
lagi satu..pompuan ni bawak exora...nak masuk lane kanan dia bagi signal kiri....wei kak...tolong bagi signal betullllll...nyaris i tak bawak laju....
|
|
|
|
|
|
|
|
erm,majoriti tersilap tekan pedal ni pompuan,hu2...harap lebih berhati2 ye |
|
|
|
|
|
|
|
Pompan klau panik clutch jadi minyak,brek jadi minyak |
|
|
|
|
|
|
|
ada alasan nak beli saga SV nih |
|
|
|
|
|
|
|
ada alasan nak beli saga SV nih |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik bukan preve..... |
|
|
|
|
|
|
|
power punya tekan ni
sampai hancur batu kat depan dilanggarnya
sepatutnya tekan pelan2 je
|
|
|
|
|
|
|
|
salahkan x dak pengadang pulak.. lerww.. dia yg silap tekan pedal lewww |
|
|
|
|
|
|
|
sticker lesen P ............... |
|
|
|
|
|
|
|
Aik..jawa nie cuai btol lah
|
|
|
|
|
|
|
|
1st time bawak keta auto lupa angkat handbreak...
sebab biasa manual kalau tak angkat hbreak keta tak bergerak |
|
|
|
|
|
|
|
steady je Saga tu.. terjejas sikit jer
tu baru Saga,, belum Preveeeggghhthtttfftthh peYno lagi |
|
|
|
|
|
|
|
tu pasal kereta kat Jepun tak silap aku kalau reverse dia mesti ada tone, kadang2 berlagu2.. bunyi suara amoi jepun pun ada gak.. tu menandakan kereta anda dlm keadaan reverse walau kita tak perasan yg kita tershift kat "R"
mcm civic aku ada bunyi loceng kalau reverse .. kalau dah dekat baru ada bunyi sensor mcm biasa tu..
owner lama pasang kot.. amik dari halfcut jepang.. |
|
|
|
|
|
|
|
dragger posted on 20-6-2013 11:59 AM
tu pasal kereta kat Jepun tak silap aku kalau reverse dia mesti ada tone, kadang2 berlagu2.. bunyi s ...
tu namanye type R buzzer
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekali aku baca tajuk berita sudah aku tahu jantina pemandu.
Sangat tipikal.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|