CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14572|Reply: 146

Tuhan suka keluhan orang berdosa

[Copy link]
Post time 19-6-2013 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Keluhan orang berdosa kerana dosa-dosanya
Tuhan amat suka
Lebih-lebih lagi gugurnya air matanya
waktu menangis mengenangkan dosa-dosanya
memadamkan api Neraka
Takutnya kepada Tuhan kalau-kalau terbuat salah
atau takut tidak diampunkan dosa
adalah ibadah
Sedangkan orang beribadah
belum tentu lagi jadi ibadah
Kerana ibadah itu mestilah dirasa oleh hati
di dalam ibadahnya
Penghayatan itu adalah kerja hati
Kalau fizikal sahaja yang nampaknya beribadah
hati tidak beribadah
tidak ada erti apa-apa dengan ibadahnya
Tuhan tidak pandang rangka
tapi pandang isinya
Rangka cantik macam mana sekalipun
tidak ada isi, tidak ada erti apa-apa
Rasa bertuhan dibawa ke mana-mana
ini adalah ibadah batin
Pahalanya sentiasa mengalir selagi ada rasa
Rasa hamba dibawa ke mana-mana
lemah dan tiada kuasa
adalah juga ibadah batin
Rasa hamba itulah sifat hamba yang sebenarnya
Janganlah sifat hamba itu ditukar
kepada sifat tuan atau ketuhanan
Itu sombong namanya
Dia ambil pakaian Tuhan dan dipakainya
Tuhan sangat murka
Sifat ketuanan itu ialah bangga diri, Tuhan benci
Siapalah kita manusia ini hendak rasa bangga
Takkan kita tidak sedar lemahnya diri manusia ini
Mengapa pula kita rasa ada kuasa dan bangga diri pula
Ini sikap orang yang tidak sedarkan diri
Takkan kita tidak sedar
bahawa kita ini dhaif dan lemah
Setiap saat kita perlu bantuan
Bantuan oksigen, bantuan kesihatan
bantuan kerehatan
Bantuan-bantuan yang diperlukan itu
siapa yang empunya?
Takkan kita buat tidak tahu dari mana kita dapat
Kalau kita sedar ini semuanya
di dalam fikiran setiap masa
atau di dalam perasaan
itulah dia ibadah
Ibadah tanpa perbuatan
ibadah batin atau ibadah rohaniah namanya
Perasaan itu atau kesedaran itu
adalah diberi pahala
                                                                                                                                               


Last edited by servantforever on 10-9-2013 06:52 AM

Rate

1

View Rating Log

Related collections:

  • · Agama|Threads: 1, Subscribe: 0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2013 04:05 PM | Show all posts
kalau kita byk kaji Hadis,tentu kita akan jumpa Hadis pasal taubat.
sesungguhnya Allah suka kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat.
kasih sayang Allah lebih kepada hamba-hamba-Nya yg bertaubat berbanding dgn hamba-hamba-Nya yg masih tak sedar diri yg mereka hari-hari ada buat dosa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 04:15 PM | Show all posts
subhanallah
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 04:16 PM | Show all posts
tapi taubat seorang Sunni dgn syiah berbeza,
kalau syiah sanggup sakitkan diri sendiri,tp cara taubat org-org Sunni sgt cool.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 07:25 PM | Show all posts
mr_evergreen posted on 19-6-2013 04:05 PM
kalau kita byk kaji Hadis,tentu kita akan jumpa Hadis pasal taubat.
sesungguhnya Allah suka kepada  ...

Adakah istilah taubat biasa? Atau seme taubat itu bersifat taubat nasuha?

Hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 10:32 PM | Show all posts
mr_evergreen posted on 19-6-2013 04:16 PM
tapi taubat seorang Sunni dgn syiah berbeza,
kalau syiah sanggup sakitkan diri sendiri,tp cara taub ...

Syiah sanggup sakitkan diri tu bukan pasal dia tengah bertaubat
(wa bukan sokong Syiah/pengikut Syiah ye....sekadar berkongsi)

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2013 10:49 PM | Show all posts
Allah tak suka orang bertengkar
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 02:19 PM | Show all posts
salam

Dari Abu Hurairah r.a.
Dari Nabi s.a.w sabdanya :

‘‘ Allah Ta’ala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu
melebihi kegembiraan seseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang.’’

Sahih Muslim

wassalam


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2013 09:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 11:31 AM | Show all posts
If I could digest correctly the mauduk....

Untuk  disukai oleh PENCIPTA...we must first and foremost BERBUAT DOSA...only then kita ada ruang untuk berkeluhan dengan TUHAN akan dosa dosa yang telah kita lakukan?

Nauzubillah......

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 12:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 03:24 PM | Show all posts
kalau kita kenal diri,kita tentu selalu muhasabah diri
cuba tanya diri kita sendiri apa tujuan audit diri?
fikirlah sendiri dan tafsirlah sendiri.
kenapa pemuda As-shahibul kahfi sanggup berkurung dalam gua,sampai Allah tidurkan mereka beratus-ratus tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 12:42 PM | Show all posts


Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( riwayat Imam al-Bukhari ).
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 11:05 AM | Show all posts

Hadis Qudsi
Tiga golongan manusia yang dicintai dan dibenci ALLAH S.W.T..

1. AKU cintakan orang kaya yang pemurah, TETAPI AKU lebih cintakan orang miskin yang pemurah.
2. AKU cintakan orang miskin yang rendah hati, TETAPI AKU lebih cintakan orang kaya yang rendah hati.
3. AKU cintakan orang tua yang taat, TETAPI AKU lebih cintakan pemuda yang taat.

1. AKU bencikan orang kaya yang sombong/takabbur TETAPI AKU lebih bencikan orang miskin yang sombong/takabbur.
2. AKU bencikan orang miskin yang kedekut TETAPI AKU lebih bencikan orang kaya yang kedekut.
3. AKU bencikan pemuda yang melakukan maksiat TETAPI AKU lebih bencikan orang tua yang melakukan maksiat.

kita digolongan mana kawan-kawan??
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 11:13 AM | Show all posts
"Manusia ni..bila hati dia KOTOR, dia SUKA CERITA BURUK orang..kalau hati dia bersih, dia tak suka cerita..jadi kita nak KENAL hati kita kotor atau bersih, kita suka cerita buruk orang..ataupun kita TUMPANG DENGAR..kita boleh TAHULAH kalau hati kita bersih atau kotor..”
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
saya paham lah..saya suka isi dia..padat dan tersentap saya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2013 09:09 AM | Show all posts
crankshaft posted on 27-6-2013 10:31 AM
If I could digest correctly the mauduk....

Untuk  disukai oleh PENCIPTA...we must first and forem ...

itu bukan tafsirannya..

tak payah fikir nak buat dosa pun, mmg manusia akan berdosa,
sbb manusia xsempuna, mudah buat silap, hatiny fragile..
bezanya antara sedar dan tak sedar je..
sbb itu lah kita digalakkan utk buat audit diri,
buat keluhan tentang dosa2 yg kita buat..
kan Allah suka mreka yg menangis kesal kerana membuat dosa.
xperlu cari ruang itu, sbb Allah sentiasa buka ruang utk kita...

kita duk mengejek org sampai org terasa hati pn dah berdosa,
walau dgn niat hanya utk bergurau, joke katanya..
kita xsedar pun kita ni byk dosa,
tapi masih persoalkan "perlu ke kita berbuat dosa semata-mata nak dkat dgn pencipta"
Wallahualam..





Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 09:46 AM | Show all posts
Bismillah

beruntung kalau org tau yg dirinya berdosa dan segera mohon ampunan-Nya.
ruginya kalau org yg tak tau apa yg dia buat dan tak faham adab dan tuntutan Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 07:21 AM | Show all posts
miss_calamansi posted on 10-9-2013 09:09 AM
itu bukan tafsirannya..

tak payah fikir nak buat dosa pun, mmg manusia akan berdosa,

Kalau jenis yang lokek air mata atau memang jenis kurang air dalam badan macam si MBA......tapi tetap kesal juga akan dosa dosa yang telah dilakukannya sepertimana orang yang murah air mata..... TUHAN kurang suka pada MBA compare to yang murah air mata itu kah?

Jumlah air mata yang mengalir itu menandakan ketinggian tahap keikhlasan/ kesungguhan kita memanjatkan doa keampunan pada TUHAN kah?

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 10:24 AM | Show all posts
crankshaft posted on 27-6-2013 11:31 AM
If I could digest correctly the mauduk....

Untuk  disukai oleh PENCIPTA...we must first and forem ...

tentulah ini kategori salahfaham.....

Tuhan suka orang yang bertaubat......kerana dia ada kelebihan dia.....

dan Tuhan tentulah suka org yg menjaga dirinya dari dosa, tentu dia ada kelebihan dia....

lagipun, biasanya sifat  org yg alim yg tidak melakukan maksiat yg banyak pun, mereka TETAP bertaubat....

malahan nabi sendiri bertaubat 100 kali sehari....

wallahua'lam....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.086737 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list