CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2742|Reply: 5

Kelawak mula cipta nama ketiak

[Copy link]
Post time 18-6-2013 09:38 AM | Show all posts |Read mode



BEKAS
peserta Bintang Mencari Bintang (BMB), Kelawak yang dianggotai Syed Atiq dan Muhd Maaruf sudah mula mengorak langkah pertama dalam dunia lakonan.

Atiq dan Maaruf tampil di pentas Teater Nyonya & The Gang yang mula dipentaskan bermula Jumaat lalu hingga Khamis ini.

Menurut Atiq, watak yang ditawarkan kepadanya berbeza selepas keluar daripada program realiti BMB.

“Saya bekas pelajar Aswara, jadi dah biasa dengan teater. Tapi, sebelum ini saya selalu bawa watak serius.

“Sekarang ini, saya seperti sudah dicop untuk bawa watak lawak,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui baru-baru ini.

Atiq memegang watak sebagai Sam, seorang yang alim tapi penuh muslihat, sementara Maaruf pula membawa watak Zack.

Keletah kedua-dua anak muda ini dapat disaksikan pada babak selingan di mana mereka bernyanyi dan menari bersama Don Dang Crew, Zeppo Youngsterz Crew dan Secrets Crew.

Akui Atiq, di pentas teater, dirinya lebih bebas berkarya mengikut acuannya sendiri.

“Saya lebih bebas berkarya di sini. Kalau dalam BMB, mungkin saya tak boleh terlalu bebas sebab saya perlu dengar dan hormati pendapat Raja Azura dan Maaruf,” katanya yang menyimpan impian untuk berlakon di samping pelakon terkenal, Stephen Chou.

Dalam perkembangan lain, Kelawak bakal tampil di pentas akhir BMB, Ahad ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2013 09:17 AM | Show all posts
Aku suka titan..go titan go
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 09:33 AM | Show all posts
bagus la..wpn terkeluar awal
still ade job
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2013 10:29 PM | Show all posts
tak agak2 impian nk blakon ngn stepen chow....uuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2013 11:22 PM | Show all posts
group ni antara yang paling bosan dalam BMB, selain protege2 Senario
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2013 10:07 AM | Show all posts
kelawak ke laut
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.038587 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list