View: 1314|Reply: 11
|
[Tempatan]
Rakyat Myanmar perlu hormat undang-undang Malaysia
[Copy link]
|
|
Wan Junaidi Tuanku Jaafar
PUTRAJAYA{DIKEMASKINI] - Kerajaan Malaysia meminta kerajaan Myanmar menasihati rakyatnya yang bekerja di negara ini agar menghormati dan mematuhi undang-undang negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata usaha itu perlu diambil bagi mengelakkan insiden keganasan dan pertumpahan darah berulang lagi susulan sekumpulan warga Myanmar kerap kali bergaduh sesama sendiri khususnya di tempat kerja.
"Keganasan itu tiada kena mengena dengan rakyat dan pihak berkuasa Malaysia kerana bergaduhan itu hanya melibatkan sesama mereka.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah mengambil tindakan untuk memantau lokasi di mana sekumpulan warga Myanmar bekerja dan tinggal bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku," katanya pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Myanmar, U Zin Yaw dan Timbalan Menteri Kementerian Buruh, Guna Tenaga dan Keselamatan Republik Kesatuan Myanmar, Daw Win Maw Tun.
Dalam kejadian baru-baru ini, dua lelaki warga Myanmar maut dibunuh di Kampung Baru Ampang dekat sini pada jam 7.40 pagi dan di Pasar Borong Kuala Lumpur, kira-kira jam 3 petang pada hari sama.
Mangsa ditetak sekumpulan lelaki yang dipercayai rakyat negara itu di sebuah pusat cucian kereta di Kampung Baru Ampang.
Mangsa berusia 20-an mati ditetak di belakang badan serta leher oleh sekumpulan penyerang yang dipercayai lebih daripada 10 orang.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku dengar syarikat penerbangan Myanmar bagi diskaun mana2 rakyat depa nak berambus dari Malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
gede-bab posted on 13-6-2013 03:42 PM
aku dengar syarikat penerbangan Myanmar bagi diskaun mana2 rakyat depa nak berambus dari Malaysia.. ...
ye la kut.. bagus la cm tu!
|
|
|
|
|
|
|
|
diorg kesah ke undang2??
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn pesan kt myamnar je, pendtg asing dr negara lain pun kene alert jugak. ni negara org bukan negara bapak diorang. |
|
|
|
|
|
|
|
berun posted on 13-6-2013 03:45 PM
ye la kut.. bagus la cm tu!
patutnya polis tembak saja pendatang2 haram myanmar yang tak hormat undang2.... |
|
|
|
|
|
|
|
gede-bab posted on 13-6-2013 04:31 PM
patutnya polis tembak saja pendatang2 haram myanmar yang tak hormat undang2....
kt malaysia ni rmai NGo
kalu silap bikin rmai yg bajet nk bersuara hak kebebasan manusia walhal negara sendiri nk tergadai
|
|
|
|
|
|
|
|
Hampir semua negara2 asia diperlukan khidmat pekerja asing kat Malaysia ni. Dulu hanya indon, pastu masuk bangla, pastu dah tak cukup2 masuk lagi nepal, myanmar, vietnam, filipina, kemboja, thai.
|
|
|
|
|
|
|
|
hantar balik je pendatang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
cikatilia posted on 13-6-2013 03:46 PM
diorg kesah ke undang2??
Kan?? ada seekor myanmar kena tangkap psl meniaga secara haram pun blh tunjuk lagak dgn polis. Durang mana tau undang2. |
|
|
|
|
|
|
|
orang bodoh boleh diketahui dari segi percakapan dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
dh nama pendtg pangai cm harom!klo yg btul2 nk cari rezeki tu xpe lg.ni dhla dtg negara org..wat kaco lak tu.aku perasan skang,kbykn tukang msk kt restoran guna myanmar.aku bru ni mkn kt jj balakong..1 kedai ni guna pendtg je.yg filipina ad..yg indon ad..myanmar ad..dorg ni sng2 keje bhgn makanan..x bhy ke kot2 dorg ni ad penyakit pelik2? |
|
|
|
|
|
|
| |
|