CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1806|Reply: 5

[Jenayah] Lima kereta penduduk dipecah

[Copy link]
Post time 13-6-2013 09:21 AM | Show all posts |Read mode

Mohd Adzlan (kiri) dan Tan di lokasi kejadian menunjukkan ‘pintu’ yang menjadi laluan pihak luar keluar masuk kerana tembok dan pagar tidak sempurna.


Keadaan kereta Mercedes-Benz yang menjadi sasaran perompak, dalam kejadian awal pagi semalam

KUALA LUMPUR - “Saya tidak sangka kali ini kereta saya pula menjadi mangsa dipecahkan, dan lebih mengejutkan apabila ada empat deretan kereta lagi turut menerima nasib sama,” demikian kata penduduk Apartment Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan, Cheras, di sini, Junaidah Mohd Lani, 39.

Junaidah adalah seorang daripada lima pemilik kereta, termasuk sebuah kereta Mercedes-Benz yang dirompak, dipercayai berlaku awal pagi semalam.

Menurutnya, dia  menyedari kejadian itu kira-kira jam 7.10 pagi ketika mahu pergi ke tempat kerja, sebelum empat lagi pemilik kereta terbabit turun ke bawah.

Menurut Junaidah, kejadian seumpama itu bukan baru di kawasan perumahan mereka namun, kejadian yang menimpanya itu disifatkan sebagai yang paling buruk, kerana membabitkan lima kereta sekali gus.

“Kereta saya masih dalam keadaan berkunci ketika itu. Mungkin kerana itu penggera automatik tidak berbunyi. Tambahan pula, di kawasan ini, hampir setiap malam memang akan ada bunyi penggera.

“Saya rugi hampir RM3,000 apabila barang peribadi dalam dashboard dicuri, termasuk kos cermin yang perlu diganti,” katanya  semalam.

Sementara itu, suaminya, Mohd Adlan Mohd Taib, 39, berkata, dia percaya kejadian itu dilakukan oleh orang luar berikutan kawasan perumahan itu sentiasa menjadi tumpuan kerana kekurangan sistem keselamatan termasuk ketidaksempurnaan pagar dan tembok yang menjadi laluan buat mereka.

“Sebelum ini memang tidak pernah parkir kereta di kawasan itu kerana tahu ianya berisiko kerana gelap dan tersorok serta hampir dengan pagar yang lopong.

“Tetapi malam semalam (kelmarin), kami balik sudah lewat kira-kira jam 11 malam dan tiada parkir lain yang kosong. Ketika itu kami sedar terdapat sekumpulan remaja berkumpul di kawasan padang permainan berdepan tapak pakir,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Penduduk, Apartment Desa Tasik Fasa 1A, BS Tan, mengakui, banyak isu yang menjadi punca kepada kejadian jenayah yang semakin menjadi-jadi di perumahan itu.

“Laluan berhampiran kawasan parkir itu juga sudah lebih setahun terdedah kerana pagar dan tembok yang tidak sempurna dan beberapa lampu juga tidak berfungsi. Perkara ini juga telah dibangkitkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tetapi tiada tindakan diambil,” katanya.

Menurut, Setiausaha Persatuan Penduduk, Rusli Ismail,  pula, terdapat tiga pintu masuk yang terpaksa dibuka untuk penduduk, membuatkan kawalan keluar masuk sukar dibuat.

“Ia berikutan keberadaan gerai-gerai haram di bahu jalan yang menjadi halangan dan gangguan untuk satu pintu utama dibuka, bagi memudahkan penduduk,” katanya yang juga  Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemindahan Gerai-Gerai Haram di Sepanjang Laluan Pejalan Kaki di Bandar Tasik Selatan dan Desa Tasik.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2013 09:26 AM | Show all posts
mcm sepi je kawasan tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 09:39 AM | Show all posts
benci betul la org2 jahat ni,so selfish

dah tau takde duit,keje la
jgn menyusahkan org
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 11:09 AM | Show all posts
kasihannya la..


Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 11:13 AM | Show all posts
jahat....merompak ja kerjanya...pemalas..

pernah duk kawasan ni ..ramai rakyat kat sini....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 11:26 AM | Show all posts
whiteroses77 posted on 13-6-2013 09:39 AM
benci betul la org2 jahat ni,so selfish

dah tau takde duit,keje la

tu dinamakan penyakit pemalas.. xde ubat dia pun.. cuma anda antibiotik aje time kantoi kena lenjan ramai2.. tu pun utk sekejap aje..  tak gitu?

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.045382 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list