View: 7665|Reply: 49
|
[Jenayah]
Gadis dilarikan lelaki Dayak dirayu pulang
[Copy link]
|
|
Nur Aida dipercayai dilarikan teman lelakinya.
Lelaki yang dikenali sebagai ‘Eri’ yang dikatakan melarikan Nur Aida.
KOTA BHARU - Seorang gadis berusia 19 tahun yang dipercayai mengikut teman lelaki baru dikenali sejak tiga bulan lalu dirayu pulang memandangkan keluarga amat merinduinya di Kampung Durian Daun, Kok Lanas di sini.
Gadis berkenaan, Nur Aida Hassan mula menghilangkan diri sejak tiga minggu lalu, berubah perangainya selepas mengenali lelaki yang dipanggil ‘Eri’ dipercayai berasal dari Sabah dan berbangsa Dayak yang cuba membantunya mendapatkan pekerjaan di sebuah Kilang di Johor Bharu.
Menurut bapanya, Hassan Dollah, 61, sebelum ini Nur Aida pernah memperkenalkan teman lelakinya itu kepada dirinya, selepas dia berkenalan dengan lelaki itu ketika mengikut ibu saudaranya ke Kuala Lumpur.
“Teman lelakinya (‘Eri’) pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Noraida, lalu saya suruh dia bawa keluarganya untuk bertemu dengan saya. Tetapi sehingga ke saat ini tiada tanda-tanda yang dia akan membawa keluarganya, malah melarikan anak saya pula.
“Saya cukup sedih dengan keadaan ini kerana anak saya yang merupakan anak keenam dari 12 beradik itu, tidak pernah melawan cakap saya sebelum ini namun selepas mengenali lelaki itu dia mula berubah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.
Hassan berkata, apa yang dibimbangkan, Noraida juga pernah memberitahu kakaknya yang tinggal di Kedah melalui telefon, supaya tidak lagi menghubunginya kerana dia akan mengikut lelaki itu ke Sabah dan kawasan itu tidak mempunyai liputan talian yang jelas.
“Saya merasakan anak saya telah kena buatan orang memandangkan dia langsung tidak mengingati keluarga dan tidak lagi bekerja malah talian telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi sehingga kini,” dakwanya.
Harapan Hasaan ialah jika sesiapa pernah terlihat atau mengenalinya boleh terus berhubung dengan keluarga di talian 019-9142008 atau 014-8066947.
|
|
|
|
|
|
|
|
sabahan ada dayak juga erk???dayak apa sea or land? |
|
|
|
|
|
|
|
katanya ... " “Saya merasakan anak saya telah kena buatan orang memandangkan dia langsung tidak mengingati keluarga dan tidak lagi bekerja malah talian telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi sehingga kini,”
toksah nak propa2 sgt ... sikit2 buatan org .. |
|
|
|
|
|
|
|
ogata posted on 12-6-2013 08:37 AM
sabahan ada dayak juga erk???dayak apa sea or land?
Dayak murut
|
|
|
|
|
|
|
|
erk.... mana ada dayak kat sabah... dayak tu sarawak lah... murut lg lah jauh nak kata dayak... memang sah x pernah g sabah dan x tau bangsa2 yang ada kat sabah |
|
|
|
|
|
|
|
Sabah mmg takder Dayak, tapi yg boleh consider Dayak sikit ialah Lundayeh, Lun Bawang, Murut sbb share budaya yg sama dgn org Ulu di Sarawak. |
|
|
|
|
|
|
|
sy rasa ni dayak sarawak atau kalimantan yg kerja di sabah....... Last edited by yarid on 12-6-2013 02:15 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 12-6-2013 02:13 PM
erk.... mana ada dayak kat sabah... dayak tu sarawak lah... murut lg lah jauh nak kata dayak... mema ...
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum-kaum_di_Malaysia
murut pon dayak...tidung bagai..depa digelar dayak juga...mcm rungus
|
|
|
|
|
|
|
|
rungus ngn tidung tu memang lah boleh di kategorikan sebagai dayak
tp murut ni lebih pada bangsa bisaya/dusun/kadazan |
|
|
|
|
|
|
|
buatan orang la sangat. dilarikan ke melarikan diri? |
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 12-6-2013 02:24 PM
rungus ngn tidung tu memang lah boleh di kategorikan sebagai dayak
tp murut ni lebih pada bangsa ...
dah dikategorikan dayak
kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah. Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong, Pensiangan dan Keningau. Dahulu mereka tinggal di dalam rumah panjang dan hidup harmoni dalam keluarga besar. Kebanyakan mereka adalah petani berpindah, pemburu dan penangkap ikan sungai. Mereka juga mejalankan pemungutan hasil hutan(damar, rotan dan madu lebah).Pada masa kini kaum murut sudah ada yang berkhidmat dalam sektor awam dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertahanan. Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan,dan Murut Serundung. Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain seperti Lun Bawang/Lun Dayeh. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka.
depa tetap dayak
Last edited by the_killer on 12-6-2013 02:33 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai.. buatan orang sangat la |
|
|
|
|
|
|
|
the_killer posted on 12-6-2013 02:32 PM
dah dikategorikan dayak
kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah.Tempat tinggal me ...
x nampak pun di labelkan sebagai dayak????
|
|
|
|
|
|
|
|
cinta itu buta makcik..tak payah nk tunggu kene buatan orang..kalu dah kemaruk cinta, ramai je yang buang family..sanggup bersusah payah naik bot pancung bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 12-6-2013 02:36 PM
x nampak pun di labelkan sebagai dayak????
kan murut terbahagi kepada beberapa bahagian...salah satunya tidung...tidung itu dayak..
Dayak terkenal di kawasan Sarawak dan kalimantan. manakala di Sabah dayak kurang di perkenalkan.
Di Sabah Dayak Dusun adalah merupakan penghuni yang mendiami pesisir pantai utara borneo. Dayak Dusun ini juga di kenali sebagai Momogun bagi negeri sabah.
Dayak Dusun lebih suka hidup dalam petempatan "Rumah di dalam Rumah" iaitu Rumah Panjang. Konsep Rumah panjang ini adalah sebuah rumah berkonsepkan pangsapuri atau rumah teres.
Dayak Dusun yang sering di kenali di sabah ialah Momogun Rungus dan Murut.
http://www.sabahforum.com/forum/kadazandusun-murut/topic3197.html
|
|
|
|
|
|
|
|
uish....tak pernah melawan tapi sekali melawan, naya...cinta mati tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
ogata posted on 12-6-2013 08:37 AM
sabahan ada dayak juga erk???dayak apa sea or land?
dayak lombok...
|
|
|
|
|
|
|
|
selalu sgt jadik kes mcm nih |
|
|
|
|
|
|
| |
|