CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14727|Reply: 137

Harga kereta mula turun, 10 model dah mula turun harga- edisi janji ditepati

[Copy link]
Post time 10-6-2013 07:29 AM | Show all posts |Read mode

10 model kereta turun hargaOleh FAIRUS KASSIM
[email protected]
Mohamad Madani

KUALA LUMPUR 9 Jun - Langkah kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi aku janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mula menampakkan hasilnya apabila 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan.
Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama.
Petanda awal positif ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 bukan satu omongan kosong seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.
Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).
Pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, cara itu adalah lebih baik daripada memberikan pengurangan duti eksais sekali gus atau secara mendadak.
Katanya, walaupun duti eksais sekarang berada di tahap sekitar 65 hingga 105 peratus, tetapi pada hakikatnya, jumlah duti eksais yang dibayar oleh pengeluar kenderaan pemasangan tempatan (CKD) hanyalah sekitar 40 hingga 50 peratus.
Menurutnya, pengeluar kenderaan CKD telah membuat aktiviti tambah nilai kepada komponen tempatan dan mereka layak mendapat pengurangan duti.
"Bagi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dari negara yang mempunyai FTA dengan Malaysia, import duti juga telah dikurangkan.
"Sebagai contoh kenderaan CBU dari negara-negara ASEAN telah pun menikmati insentif bebas duti import bermula 2010 lagi, manakala CBU dari Jepun dan Australia juga menikmati insentif sama secara berperingkat hingga 2016," katanya kepada Utusan Malaysia.
Madani berkata, kaedah pengurangan lain yang dirancang kerajaan adalah melalui liberalisasi industri automotif tempatan dan kaedah tekanan pasaran.
"Dari semasa ke semasa, pengeluar kenderaan, vendor bersama dengan kerajaan akan membuat inisiatif untuk memperkasakan daya saing sektor automotif untuk membantu mengurangkan kos operasi, sekali gus mempengaruhi harga akhir produk," jelasnya.
Beliau berkata, penurunan harga kereta di negara ini telah dilakukan tetapi kurang dirasai rakyat kerana mereka mengharapkan penurunan yang drastik dan mungkin beranggapan harga kereta tempatan boleh menjadi setara dengan harga di Thailand.
Katanya, kerajaan telah menerangkan bahawa penurunan harga kereta mestilah dibuat secara berjadual dalam masa lima tahun kerana perlu melindungi nasib rakyat yang telah memiliki kereta.
"Ini penting, penurunan terlalu tinggi memberi impak negatif terhadap harga kenderaan terpakai, kereta yang masih lagi berhutang dengan pihak bank, industri kereta terpakai, institusi perbankan dan pihak lain yang terlibat secara langsung.
"Penurunan secara drastik juga akan merugikan semua orang terutamanya orang awam yang telah mempunyai kenderaan dan mereka akan mendapat tamparan hebat kerana harga kenderaan mereka akan mengalami penyusutan harga yang teruk.
"Bagi pengguna yang masih berhutang dengan bank, sudah semestinya jumlah hutang mereka akan melebihi nilai kereta disebabkan susut nilai pasaran semasa. Situasi ini tidak baik untuk ekonomi negara," jelasnya.
Ditanya, apakah faktor yang menyebabkan rakyat tidak merasai penurunan harga kereta, beliau menjelaskan setiap pengeluar kenderaan mempunyai strategi pemasaran yang berasingan.
"Pada permulaannya, kebanyakan pengeluar membuat penurunan melalui rebat dan promosi tetapi setengah pengeluar telah mengurangkan harga kereta secara mutlak.
"Harga kereta dan penurunannya adalah tanggungjawab pengeluar kenderaan," tegasnya sambil menerangkan peranan kerajaan adalah merangka dasar yang memberi pulangan yang baik kepada semua pihak.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_04/10-model-kereta-turun-harga#ixzz2VlTbrI2k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2013 07:32 AM | Show all posts
Tak bangkrap ke turun harga keta? Kata ari tu bangkrap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2013 07:32 AM | Show all posts
jazz hybrid dah turun..tgh tunggu insight hybrid (FL 2012) dan CR-Z turun plak...boleyla bawa awek DAP racist si pork-eater (pemakan babi) jalan2 sekitar jinjang dan kepong
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 07:37 AM | Show all posts
Jangan lupa bawak gi Penang

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 07:48 AM | Show all posts
harga keta duk banyak tu jahh, hanya BN mampu turunkan harga kereta dan rakyat masih tetap bayar pada harga sama macam dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 07:48 AM | Show all posts
tgh tunggu CRZ turun nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2013 07:50 AM | Show all posts
md.jie posted on 10-6-2013 07:48 AM
harga keta duk banyak tu jahh, hanya BN mampu turunkan harga kereta dan rakyat masih tetap bayar pad ...

Harga keta turun, road tax dgn toll naik
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 08:03 AM | Show all posts
Peterpan17 posted on 10-6-2013 07:50 AM
Harga keta turun, road tax dgn toll naik

insuran kereta naik setiap tahun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2013 08:08 AM | Show all posts
sebenarnya dah lama org bagi turun sikit sikit......sebelum PR cakap lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 08:15 AM | Show all posts
hehehehehee...kekadang kena ada pem,bangkang kat Malaysia nie......baru depa-depa nie listen....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 09:22 AM | Show all posts
Honda Jazz Hibrid (2.5%),

kenceng gila mabok..jazz hibrid tu turun harga sbb ia skg dipasang kat melaka,bkn lg import dari jepun...takde kena mengena dgn gomen pun..tetiba nak gomen take credit..Utusan ni kalo tak tipu melayu mmg tak sah



Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 09:37 AM | Show all posts
igtkn trun smpai 30% mcm sale kt sogo..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 09:39 AM | Show all posts
kaki kencing
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 09:41 AM | Show all posts
Exora (0.7%)
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 09:45 AM | Show all posts
dengan ini makin ramai la macai2 PR yg meroyan maki hamun kerajaan sbb penurunan hg kereta dibuat oleh kerajaan BN
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Land rover bila nk turun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2013 09:47 AM | Show all posts
tak ketinggalan jugak lembu lembu yg sebok menyalahkn Utusan, kononnye utusan yg menipu rakyat sedangkn wartawan hanye mengambil bahan dari pihak berwajib, bukan wartawan utusan yg pandai2 buat keputusan atau andaian atau spekulasi yg pembangkang selalu buat

ini jelas menunjukan bahawa macai2 PR sangat bengap dari segi pemberi dan penilaian sumber fakta
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 10:02 AM | Show all posts
" Penurunan secara drastik juga akan merugikan semua orang terutamanya orang awam yang telah mempunyai kenderaan dan mereka akan mendapat tamparan hebat kerana harga kenderaan mereka akan mengalami penyusutan harga yang teruk.

"Bagi pengguna yang masih berhutang dengan bank, sudah semestinya jumlah hutang mereka akan melebihi nilai kereta disebabkan susut nilai pasaran semasa. Situasi ini tidak baik untuk ekonomi negara," jelasnya.


kereta proton aku harga market tinggal RM35K je..sedangkan hutang kat bank ada dekat RM50K..tu baru pakai hampir 4 tahun Last edited by benzo33 on 10-6-2013 10:06 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
laaa lobai urban nak pakai honda yg pasang kt jepun dngn harga yg sama dgn preve ka???

prfthhhhhhhhhh

turun salah..x turun pun salah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 10:15 AM | Show all posts
akughi posted on 10-6-2013 09:47 AM
tak ketinggalan jugak lembu lembu yg sebok menyalahkn Utusan, kononnye utusan yg menipu rakyat sedan ...

FYI..keta yg Utusan yg dgn bangga kononnya turun sbb janji gomen ditepati tu mmg dah turun seblom PRU lagik..honda jazz hibrid tu contoh plg jelas..org melayu cam ko mmg tertipu laa sbb caya kat Utusan yg dah puluh kali kalah saman ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.053846 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list