CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2819|Reply: 8

Pantai Timur - Pantai Barat Malaysia perlukan LEBUHRAYA KARAK 2

[Copy link]
Post time 10-6-2013 07:06 AM | Show all posts |Read mode
Percayakah anda untuk menghubungkan pantai barat n timur di malaysia ini hanya ada 1 sahaja lebuhraya? dengan jumlah kenderaan yg meningkat 4 kali ganda sejak sepuluh tahun yang lepas, keuntungan dari lebuhraya ini digunakan untuk penyelenggaraan n entah ke mana. bayaran tol sebanyak rm3 serta rm5 semasa di tol gombak hanya mencekik darah.

saban tahun apabila balik raya atau cuti panjang, lebuhraya ini mengalami kesesakan luar biasa sehingga mencapat tahap 20km/j sahaja. kadangkala ramai di antara kita yg terperangkap dalam kesesakan dengan menggunakan gear 1 sahaja sepanjang perjalanan naik n turun bukit.

justeru, setelah saya memberi cadangan n aduan di lembaga lebuhraya Malaysia, dan seperti aduan sebelumnya , mereka tidak membalas aduan, atau mungkin terlupa, atau mungkin TIDAK membaca aduan langsung. saya mengambil kesempatan di sini untuk menyeru mana2 warga forum menyokong cadangan ini. saya x tahu ke mana lagi untuk memberi cadangan. saya juga  x pasti adakah website utama kerajaan dibuka n dibaca oleh pihak menteri saban hari.

Bukannya bertujuan untuk memburukkan mereka, namun 2 perkara penting yg ingin disimpulkan adalah:

1. Cadangan pembinaan lebuhraya karak 2.

2. Email2 aduan yg tidak berbalas di web kementerian diambil peduli secara serius.

semoga Allah membuka jalan kemudahan bagi mereka yg berusaha berkhidmat dengan telus kepada rakyat. dan mereka yg x beramanah, rakyat akan tuntut di hadapan Allah kelak.

terima kasih.


  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2013 07:14 AM | Show all posts
Lebuhraya Karak tu dah naik KERAK dibuatnya

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 07:14 AM | Show all posts
sangat2 bersetuju. kekalkan perkhidmatan jalan yg ada. (dengan tol mahal rasanya xde masalah utk selenggara), n bina lg 1 lebuhraya mungkin dr arah lain tp masih dalam haluan utk hubungkan timur barat. mungkin ikut bentong utk mudah ke lipis/klantan

cdgn tmbhn : tambahkan tempat berhenti. sbb sy tgk jem sbnrnya berpunca dari tempat rehat yg x cukup. kereta yg sesak sewaktu masuk ke petronas (karak), menyebbkan kereta belakang terkandas. (mula2 ingt jem pagi sebelum raya tu sbb bnyk keta di lebuh karak tp bila smpai ke petronas ni nk rehat br paham, keta kt sana penuh n smpai ke luar. keta luar x dpt lalu n jadilah jem)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2013 07:26 AM | Show all posts
betul tu, ada juga kesesakan yg disebabkan oleh kemalangan, yg ni mmg tak dinafikan dan dimaafkan kerana bencana yg berlaku. namun, jika ada dan dapat dibuat lagi satu lebuhraya amat baik kerana karak ini tidak ada jalan dalam . jika sesesakan berlaku di bentong atau temerloh saya rasa tidak ada masalah kerana ada jalan kampung atau jalan lama. namun berbeza bg karak, hanya ada highway yg digunakan sejak saya kecil lagi.

dengan kesesakan luar biasa ini, kita perlukan karak 2 sebagai alternatif. semoga projek ini memudahkan pengguna kerana sekarang, balik hujung minggu juga sesak. dulu hanya waktu perayaan sahaja yg sesak.  
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 08:07 AM | Show all posts
klu aku jadi PM aku dah buat dah highway terus ke Kelantan walopun aku x suka PAS

just sambung je highway Pantai Timur ke Kuantan dan dari Kuantan atau dari Jabor ke Bukit Besi serta buat sambungan dari K Terengganu ke Kota Bharu.

dan satu lagi...buat sambungan dari Grik ke Kota Bharu melalui Gua Musang tapi lane 4 lorong PLUS kne besarkan la jadi 6 lane dlu
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 08:59 AM | Show all posts
utk perkara 2.... tiada respon dari email yang dihantar - boleh buat aduan terus ke Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2013 09:21 AM | Show all posts
Karak kan ada jln dalam..? ikut jln kpg la..
Padan la muka puak2 klate yg dungu dok reti mikir..
amik ko..tersadai la kat jln...

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 10:10 PM | Show all posts
Dah ada #2. Tapi bukan karak 2. It is known as east west 2.
Yg dari simpang pulai ke gua musang tu. Joint ke tasik kenyir masih in construction
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2013 08:49 AM | Show all posts
balik aje la ikut simpang pulai then tros ke lojing thru cameron highland tu..
jln elok...apa susah..????
cuma mals sikit ehh..??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.062933 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list