CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4033|Reply: 11

Asam Pedas Ikan Pari

[Copy link]
Post time 7-6-2013 10:36 PM | Show all posts |Read mode
Di sini saya kongsikan resipi Asam Pedas Ikan Pari untuk tatapan rakan-rakan di luar sana, diharap sudilah mencubanya ya...

Bahan-bahan (untuk 2-3 orang)
5/6 potong ikan pari
2 senduk cili kisar
1 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
2 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
5 helai daun limau purut
beberapa tangkai daun kesum
1 mangkuk air asam jawa
1 biji tomato
1 batang serai
3/4 batang bendi (optional)
Sedikit air
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:
1. Ikan pari dibersihkan dan ditoskan
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit. Tumiskan bahawa kisar sehingga naik bau. Titikkan serai dan masukkan ke dalam tumisan bawang.
3. Setelah naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak. Masukkan air asam jawa, daun limau purut, dan daun kesum dan biarkan mendidih.
4. Tambah sedikit air bagi mengelakkan kuah menjadi terlalu pekat. Masukkan gula dan garam dan kacau rata sebelum memasukkan ikan pari, tomato dan bendi. Ini bagi mengelakkan ikan pari hancur jika dikacau banyak kali.
5. Masak beberapa minit dengan api sederhana hingga ikan pari masak dan pecah minyak, tutupkan api. Bolehlah dihidangkan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2013 01:24 PM | Show all posts
mmg sedap masak asam, sy pernah cuba ngan ikan kembung dan tambah bunga kantan puhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 08:24 PM | Show all posts
aku lebih suka ia di masak asam pedas lada hitam..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 08:26 PM | Show all posts
2 inci halia*
1 inci kunyit hidup*


masak ikan halia tak perlu banyak seperti daging.. aku rasa halia sedikit dah ok.. kunyit di lebihkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2013 10:10 PM | Show all posts
redz85 posted on 10-6-2013 08:26 PM
2 inci halia*
1 inci kunyit hidup*

Yup betul, masakan ni sbnanya ikut selera tekak masing2... mcm saya, saya prefer halia lebih, tp kalau ada yg tak brapa gemar banyak halia, boleh je dikurangkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2013 10:12 PM | Show all posts
redz85 posted on 10-6-2013 08:26 PM
2 inci halia*
1 inci kunyit hidup*

Yup betul, masakan ni sbnanya ikut selera tekak masing2... mcm saya, saya prefer masukkan halia lebih sikit (lbh kurang dlm 2 inci) kalau msk asam pedas ikan pari, tp kalau ada yg tak brapa gemar banyak halia, boleh je dikurangkan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-6-2013 10:12 PM | Show all posts
redz85 posted on 10-6-2013 08:26 PM
2 inci halia*
1 inci kunyit hidup*

Yup betul, masakan ni sbnanya ikut selera tekak masing2... mcm saya, saya prefer masukkan halia lebih sikit (lbh kurang dlm 2 inci) kalau msk asam pedas ikan pari, tp kalau ada yg tak brapa gemar banyak halia, boleh je dikurangkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2013 10:14 PM | Show all posts
dellema posted on 10-6-2013 01:24 PM
mmg sedap masak asam, sy pernah cuba ngan ikan kembung dan tambah bunga kantan puhhhh

Betul tu, especially bila masak asam pedas daging, mmg sedap letak bunga kantan...,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2013 01:20 AM | Show all posts
Cuba sekali sekala korang gantikan halia dengan lengkuas.. ada beza sikit rasa dia.. ini saya ambik dari resepi mat gebu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2013 09:29 AM | Show all posts
abgBenzo posted on 13-6-2013 01:20 AM
Cuba sekali sekala korang gantikan halia dengan lengkuas.. ada beza sikit rasa dia.. ini saya ambik  ...

tak lari sgt ke rasa die abgbenzo??? tp ok gak sekali sekala tukar selera, tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2013 09:30 AM | Show all posts
redz85 posted on 10-6-2013 08:24 PM
aku lebih suka ia di masak asam pedas lada hitam..

lada hitam?? stori ckit....
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 09:35 PM | Show all posts
abgBenzo posted on 13-6-2013 01:20 AM
Cuba sekali sekala korang gantikan halia dengan lengkuas.. ada beza sikit rasa dia.. ini saya ambik  ...

kaka kalau masak lemak cili api..akan letak lengkuas+halia
lengkuas ni aroma berbeza dari halia
especially kalau masak gulai daging salai
haizzz sedap kalau buh lengkuas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.072225 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list