View: 4244|Reply: 35
|
[Tempatan]
HOTWEEL SAGA terhumban dalam parit
[Copy link]
|
|
PARIT BUNTAR - Gara-gara pitam ketika memandu, seorang penjawat awam berhadapan detik cemas apabila kereta dipandunya terhumban ke dalam sebuah parit di Jalan Sempadan Kiri, di sini, kelmarin.
Lebih mengejutkan, kereta yang dinaikinya baru digunakan sehari selepas dibaik pulih di sebuah bengkel di sini akibat dalam kemalangan tiga minggu lalu.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Izlan, 28, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 12.30 tengah hari, dia dalam perjalanan dari rumahnya di Parit Kasa ke pekan Parit Buntar sebelum pitam secara tiba-tiba ketika memandu.
Menurutnya, dia langsung tidak sedarkan diri dan hanya menyedari dirinya terbaring di atas tanah berhampiran lokasi kejadian setelah diselamatkan seorang penduduk di situ.
“Seorang penduduk memberitahu kereta dipandu saya hilang kawalan secara tiba-tiba, terus memasuki laluan bertentangan dan akhirnya terhumban ke dalam parit di Kampung Batu Dua.
“Mujurlah tiada kenderaan berada di laluan bertentangan dan keadaan air dalam parit cetek akibat musim kemarau, jika tidak saya tidak dapat membayangkan perkara tidak diingini berlaku pada saya,” katanya sewaktu ditemui, di sini.
Izlan berkata, kejadian serupa berlaku kepadanya sebelum ini sehingga menyebabkan kereta dipandu bertembung sebuah kenderaan lain dalam kejadian kemalangan tiga minggu lalu.
“Mungkin selepas ini saya akan membuat pemeriksaan kesihatan dan lebih berhati-hati memandu bagi mengelakkan kejadian serupa berulang kembali,” katanya.
Sementara itu, saksi kejadian hanya dikenali sebagai Haris, 24, berkata, kenderaan jenis Proton Saga yang dipandu mangsa hilang kawalan secara tiba-tiba sebelum terhumban ke dalam parit.
Jelasnya, dia bersama beberapa penduduk lain segera meluru ke kereta itu untuk menyelamatkan mangsa dan mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Sejurus mangsa sedar, dia mengakui mengalami pitam sewaktu memandu dan mujurlah tiada perkara buruk berlaku,” katanya.
Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan lanjut oleh seorang penduduk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik....tk dalam.
Parit2 camtu byk ikan keli. Haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
edmundo posted on 7-6-2013 11:39 AM
Nasib baik....tk dalam.
Parit2 camtu byk ikan keli. Haha..
ikan puyu, belut ada jugak tak? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kereta tu terus dibiarkan kan situ..boleh menjadi tempat pembiakan ikan sepat benua |
|
|
|
|
|
|
|
terjun ke dalam parit di parit buntar..ok la tu..asal orang parit, mandi lam parit.. |
|
|
|
|
|
|
|
xyah drive la kalau dah berkali pitam tetiba....bahaya diri sndr dan org lain.... |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni ada masalah kesihatan la...asyik pitam aje |
|
|
|
|
|
|
|
Izlan berkata, kejadian serupa berlaku kepadanya sebelum ini sehingga menyebabkan kereta dipandu bertembung sebuah kenderaan lain dalam kejadian kemalangan tiga minggu lalu.
“Mungkin selepas ini saya akan membuat pemeriksaan kesihatan dan lebih berhati-hati memandu bagi mengelakkan kejadian serupa berulang kembali,” katanya.
JPJ tarik balik je lesen memandu sebelum nyawa org yg tak berdosa melayang....
|
|
|
|
|
|
|
|
tu nasib baik ke dalam parit..
kalau pitam tgh bawak kete kat jalan besar, tersasar masuk laluan bertentangan, tak pepasal arwah..
bahaya wooo cik abang nih..harapnye pasni dia tak le bawak kete sesorang |
|
|
|
|
|
|
|
parit ni dpt nama baru tak? "PARIT SAGA" |
|
|
|
|
|
|
|
Orang ini tidak layak memandu, dah banyak kali eksideng. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm saya low blood pressure sblm pitam mesti dah rasa kabur2 pening2 dulu...
Sempat la nak berhenti tepi jalan kasi tenang jap. |
|
|
|
|
|
|
|
bahayanya la. jangan sampai ada nyawa yang melayang sudah |
|
|
|
|
|
|
|
WIFEY_KETIAK posted on 7-6-2013 11:58 AM
kereta BUATAN malaysia... hahaha cepat sgt patah tercabut nya...kemek smua.
Bingai ke hape? Tak tau ke bumper tu termasuk dlm crumple zone? Cuba la pakai bumper besi, tgk tercampak tak tercampak keluar keta bila head on collision. Nk pakai bumper buluh pon bole, blh gak saksikan scene final destination.
|
|
|
|
|
|
|
|
pitam plak.. sian. tp bahayakan diri sendiri & org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tahu mcm Tu takyah le memandu... |
|
|
|
|
|
|
|
“Mungkin selepas ini saya akan membuat pemeriksaan kesihatan dan lebih berhati-hati memandu bagi mengelakkan kejadian serupa berulang kembali,” katanya.
kang aku kata bangang kecik ati... |
|
|
|
|
|
|
|
baik pi check cepat2,karang pi langgor org lain xke nanye,hu2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|